"Saya berharap agar orang ramai jangan terlalu cepat menghukum apa yang dilakukan seseorang selebriti kerana setiap perkara yang dilakukan pasti ada sebab."
Ha, siapa yang sebelum ini mengutuk dan mengecam tindakan Janna Nick mengenakan bayaran RM50 bagi perkhidmatan ucapan Hari Jadi #WishServiceByJannaNick, pergi minta maaf cepat!
Ini kerana Janna melakukannya demi niat murni bagi membantu golongan yang memerlukan.
Memetik Astro GEMPAK, bayaran diterima daripada perkhidmatan ucapannya itu bukan digunakan untuk tujuan peribadi, sebaliknya digunakan sebagai tabung untuk Wish For Their Hope (WFTH).
"Alhamdulillah, ini merupakan langkah awal untuk saya membantu golongan yang memerlukan dan apa saya buat sepanjang minggu lalu mempunyai alasan dan tujuan tersendiri.
"Sekarang merupakan masa untuk saya memberi balik kepada komuniti kerana bagi saya apa guna kalau ada platfom media sosial jika tidak digunakan dengan betul," katanya kepada Gempak.
Kredit foto: mStar Online
Menurut Janna, dia tidak makan hati dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini kerana dia tahu apa yang dilakukannya adalah perkara betul dan berharap orang ramai jangan terlalu cepat menghukum kerana setiap apa yang dilakukan seseorang pasti bersebab.
Sementara itu, Janna dalam kenyataannya di Insta Story menyatakan sudah memaafkan semua pihak yang tersalah anaggap terhadapnya sebelum ini.
Kredit foto: IG Janna Nick
Inilah niat sebenarnya. Semoga niat murni Janna dipermudahkan dan memperoleh kejayaan. - CARI |