Edited by geretsey at 5-10-2018 01:47 PM
Sebanyak 25 gegaran gempa bumi yang telah berlaku di negara Indonesia sejak 2000 hingga September 2018.
Baru- baru ini kita dikejutkan dengan bencana gempa bumi serta tsunami yang berlaku di daerah Sulawesi, Palu dan Donggala yang juga meragut beratus nyawa dan kemusnahan harta benda serta kediaman. Berikut beberapa senarai gegaran gempa bumi serta tsunami yang pernah berlaku di negara Indonesia yang dicatat oleh sumber media lain: -
Pada tahun 2000, terdapat 2 gegaran gempa bumi yang berlaku di Kepulauan Banggai, dengan ukuran 6.5 magnitud dan di Bengkulu dengan ukuran 7.3 magnitud diikuti pada tahun 2004 dengan 2 gegaran gempa bumi pada ukuran 7.3 magnitud di Alor dan 9.4 magnitud di Aceh dan Sumatera Utara. Pada tahun tersebut jugamerupakan bencana yang paling dahsyat berlaku secara tidak langsung telah memberi impak besar kepada negara lain juga, seperti Malaysia. Seterusnya sekali gegaran gempa bumi pada tahun 2005 berukuran magnitud 8.2 di Pulau Nias. Tahun 2006 pula, sebanyak 3 gegaran gempa bumi yang berlaku mewakili Daerah Istimewa Yogyakarta dan Klaten berukuran 5.9 magnitud manakala di Ciamis dan Cilacap dengan ukuran 7.7 magnitud serta 6.0 magnitud di Pulau Simeulue.
Pada tahun 2007 pula sebanyak 3 kali gegaran yang belaku, berlainan tempat pertama di Kota Solok, Tanah Datar dan Bukittinggi dengan ukuran 6.4 magnitud, gegaran yang kedua di Kepulauan Mentawai dengan ukuran 7.7 magnitud seterusnya di Sumbawa, 6.7 magnitud. Di Sulawesi Tengah pernah digegarkan gempa bumi pada tahun 2008 dengan 7.7 Skala Richter dan pada 2009 telah mencatatkan angka gegaran paling banyak yang telah berlaku di Manokwari 7.2 magnitud, Tasikmalaya dan Cianjur 7.3 magnitud, Padang & Kota Pariaman, Kota Padang dan Agam 7.6 magnitud, Kerinci 6.6 magnitud, dan yang terakhir di Pulau Sumbawa 6.7 magnitud.
Pada tahun 2010, hanya sekali gegaran di Sumatera Barat 7.7 magnitud, dengan nilai gegaran yang sama juga berlaku di Pulau Sumatera 8.5 magnitud pada tahun 2012 serta pada 2013 sekali lagi bencana tersebut berlaku di Aceh berukuran 6.2 magnitud. Pada tahun 2016 gegaran berlaku di Kepulauan Mentawai berukuran 8.3 magnitud dan Kabupaten Pidie Jaya 6.5 magnitud.
Bencana terbaru berlaku pada tahun ini, sebanyak 3 gegaran yang mewakili 2 gegaran terjadi di Lombok pada bulan Julai yang lalu dengan ukuran 6.4 magnitud seterusnya sekali gegaran pada bulan September dengan 6.7 magnitud yang mengakibatkan bencana tsunami yang berlaku di Sulawesi, Pulau Palu dan Donggala berukuran 7.5 magnitud. Malah bencana ini juga seakan sama teruknya dengan gempa bumi & tsunami yang terjadi di Aceh dahulu.
Gambar sebelum & selepas bencana, Masjid Apung Palu atau Masjid Arkam Bab Al Rahman
Sumber gambar dari:
https://pojoksatu.id/news/berita-nasional/2018/09/29/pasca-tsunami-palu-masjid-berdiri-utuh-laut-lihat-fotonya/
https://www.bengkulutoday.com/sites/default/files/styles/article_big
Bagi negara Malaysia, kita perlu berjaga-jaga juga walaupun kita tidak di kawasan lingkaran api Pasifik seperti yang dinyatakan oleh Profesor Madya Mustaffa Kamal Shuib, pensyarah di Jabatan Geologi Universiti Malaysia Malaya (UM) dalam temubualnya bersama Mingguan Malaysia (2015).
Indonesia merupakan salah satu negara yang terletak di lingkaran api pasifik.
Sumber: https://breakingnews.co.id
Tetapi Malaysia juga akan turut merasai impak yang berlaku di kawasan lingkaran tersebut. Malahan, gegaran gempa bumi yang pernah berlaku di negara kita seperti di Ranau, Sabah sudah cukup memberi impak besar kepada kita. - CARI
|