"I'm in Pink!"
Wah, ceria saja kapsyen Nabila Razali memuat naik gambarnya anggun berbusana merah jambu ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 (ABPBH 31) di Instagram.
Bagaimanapun, penampilan Nabila pada malam anugerah berprestij itu menerima kritikan dan kecaman netizen yang menyifatkan pemakaian tudungnya tidak mengikut syariat Islam.
Bertudung tapi telanjang
Selain itu, busana yang dikenakan Nabila turut dikatakan tidak sesuai dan seperti sedang berkemban.
Berkemban tapi pakai tudung
Kredit foto: IG Nabila Razali
Malah, netizen turut mengkritik suaranya sumbang ketika membuat persembahan bersama Ismail Izzani.
Semoga Nabila tidak patah semangat dengan segala kritikan diberikan, sebaliknya menjadikan ia sebagai pendorong untuk menjadi lebih baik dalam industri serta sebagai seorang muslimah. - CARI |