View: 1632|Reply: 14
|
'The Star' Digesa Minta Maaf Kepada Dr Mujahid Dalam Tempoh 24 Jam
[Copy link]
|
|
Selain menafikan tajuk laporan yang memetik beliau sebagai berkata bahawa serbuan ke atas premis persendirian yang disyaki menjadi lokasi khalwat atau maksiat akan dihentikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut menggesa syarikat media,The Star memohon maaf secara terbuka.
Kredit foto: http://buletindunia.com
Memetik laporan Berita Harian, Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu, Siti Zulaikha Zulkifli berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.
Tegas Siti Zulaikha, ketika temu bual bersama media berkenaan, menteri terbabit langsung tidak mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.
“Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada beliau (Mujahid),” katanya
"Jika perkara berkenaan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil."
Semalam, akhbar itu menyiarkan laporan bertajuk ‘No More Moral Policing’ serta versi online ‘No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives, says Mujahid’. (‘Tiada lagi kepolisan moral’ dan ‘Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau menerjah kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid’).- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
udah x menaku pulak.. u-turn lagi ka mujahid?? walhal atok n mahacai dah sokong mati matian .. hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
x baik sapa u turn cite ni. sapa betul ni |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan ada video statement mujahid ketetas pasal isu ni..i rasa the star tak spin pun |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni isu lgbt, lepas tu khalwat. cerdik habis berbanding ahmad maslan |
|
|
|
|
|
|
|
MadameOnion replied at 8-10-2018 12:28 PM
tapi kan ada video statement mujahid ketetas pasal isu ni..i rasa the star tak spin pun
Yes, ada video. Taktau la apa dia nak spin lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
aku sokong no more moral policing lagi.......org kita je yg kononnya nak amal makruf nahi mungkar cara serbu rumah org khalwat...siapa mengajar ntah........ |
|
|
|
|
|
|
|
"sampai nak panjat" tu ka? wakakakkakakakakkaka
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun ada video menteri ph tetap akan coba spin sampai hancing.. contoh dah byk
|
|
|
|
|
|
|
|
mujahid dah nafikan dia kata akhbar spin
|
|
|
|
|
|
|
|
tobby replied at 8-10-2018 01:20 PM
walaupun ada video menteri ph tetap akan coba spin sampai hancing.. contoh dah byk
Haha. Kerja dia spin saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 8-10-2018 04:14 PM
Haha. Kerja dia spin saja.
Tun Mahathir sokong Mujahid.
Tapi Mujahid nafi dia kata apa yang Mahathir sokong.
Jika perkara mudah pun kena spin, apatah lagi hal2 besar lain lg byk la spin |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat apa dalam video tu sampai kena troll habis dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak menyebelahi mana2 pihak, cuma saya agak keliru di mana Mahathir & Majlis Belia Malaysia menyokong kenyataan Mujahid sedangkan dalam masa yg sama Mujahid menafikan pernah keluar kenyataan camtu. Jadi yg mana satu betul ni? Mujahid, Mahathir atau The Star? |
|
|
|
|
|
|
|
Pencegah maksiat perlu dipilih hanya dari kalangan sukarelawan Muslim yang sudah ada pekerjaan bermakna; yakni produktif dari segi ekonomi. Golongan ini lebih berakal dan sopan. Menggaji individu haprak haprak sebagai pencegah maksiat seperti yang dilakukan sekarang hanya akan menyebabkan pelbagai masalah. Monyet monyet yang digaji itu bukan saja biadab dari peringkat mengetuk pintu dan memperkenalkan diri lagi, malah mereka akan sentiasa takut kehilangan kerja hinggakan jika mendapati tiada sebarang maksiat dalam bilik yang diperiksa, mereka akan frust tahap gaban dan melatah soalan bodoh bodoh serta memarahi penghuni bilik kerana tidak berkhalwat |
|
|
|
|
|
|
| |
|