CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2028|Reply: 10

Pemandu Bas Digantung Kerja Kerana Biarkan Monyet Duduk Di Bahagian Stereng

[Copy link]
Post time 8-10-2018 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Disebabkan membenarkan seekor monyet ‘memandu’ kenderaan yang dipandunya, seorang pemandu bas di India digantung tugas selepas video mengenai insiden itu tular di media sosial.




Kredit foto: Video dari Youtube The News Agent



BBC melaporkan, tindakan tegas wajar diambil biarpun tiada seorang pun penumpang di dalam bas berkenaan membuat aduan terhadap pemandu tersebut dalam kejadian yang berlaku di negeri Karnataka itu.


Jurucakap syarikat menegaskan, tindakan pemandu yang dikenali sebagai M.Prakash amat tidak bertanggungjawab dan keselamatan penumpang tidak boleh dibahayakan dengan membenarkan seekor monyet memandu bas.


Namun agak mengejutkan, keputusan syarikat itu tidak disenangi kebanyakan pengguna media sosial.







Rata-rata membidas pengurusan syarikat itu tiada sifat belas kesian dan menganggap hukuman yang dikenakan terlalu berat untuk kesalahan yang pertama kali sahaja.


“Agak comel, mengapa perlu digantung. Dia sepatutnya hanya diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,” kata pemilik akaun Twitter, Parag Heda.


Menurut saksi, monyet itu menaiki kenderaan terbabit bersama seorang penumpang namun enggan duduk di tempat duduk disediakan melainkan haiwan berkenaan hanya mahu duduk di bahagian hadapan bas.


"Walaupun monyet itu duduk pada bahagian stereng, Prakash dilihat masih memberi tumpuan pada pemanduan dengan memegang stereng berkenaan menggunakan sebelah tangannya ketika monyet itu terus memberi perhatian kepada trafik di hadapannya," tambah saksi.- CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 12:47 PM | Show all posts
Walau pun berbahaya...rasa nak ketawa pun ada... cause I wasn't in the bus!
Tapi kalau la monyet tu rasa nak pulas stering kiri kanan...melelong la bas tu...
Tapi terfikir juga, masa mula bertugas, takda sesiapa ke perasan driver bas bawa monyet naik bas?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 12:51 PM | Show all posts
Perbuatan yang boleh membahayakan diri dan penumpang, sama macam kes sesetengah mak pak yang suka memandu sambil meriba anak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 12:52 PM | Show all posts
motif bawak monyet p keje?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 01:05 PM | Show all posts
Agak comel, mengapa perlu digantung.


Kalau ada keluarga dia dalam bas tu, mesti dia takkan keluarkan statement ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 01:07 PM | Show all posts
penduboq etis bawak pak menakan pi kereja ka tu...wakakakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 8-10-2018 12:52 PM
motif bawak monyet p keje?

Monyet jadi substitute driver kut...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 01:25 PM | Show all posts
bahaya ooo kalua di pusing streng tu oleh monyet ……….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 01:33 PM | Show all posts
netizen..tak kisah la negara mana pun kebanyakan mmg bangang
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 02:07 PM | Show all posts
zuuu replied at 8-10-2018 01:17 PM
Monyet jadi substitute driver kut...

kaki dia tak sampai pun kat paddle minyak and brake
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 06:26 PM | Show all posts
comel pulak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.041481 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list