Gara-gara tidak tahan dipermalukan di hadapan guru lain oleh guru besar, seorang guru bertindak mengelar tangan kirinya akibat tidak dapat mengawal perasaan.
Kejadian mengejutkan itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Sungai Buloh, Selangor pada 2 Oktober lalu.
Menurut laporan polis yang telah dibuat, guru tersebut mendakwa bahawa guru besar berkenaan telah memalukannya di hadapan guru-guru lain selain mengugut akan menjatuhkannya serta membalas dendam.
Geram dengan perlakuan guru besar itu, guru berkenaan terus mengelar tangan kirinya, namun tidak diendahkan oleh guru besar terbabit.
Bagaimanapun, guru besar berkenaan mengarahkan guru lain untuk membawa mangsa ke klinik swasta bagi mendapatkan rawatan.
Guru berusia 28 tahun itu juga mahu guru besar berkenaan membayar ganti rugi serta kos rawatannya. Namun, menurutnya sehingga kini pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masih belum mengambil sebarang tindakan ke atas guru besar terbabit atas 'jenayah kerja' yang dilakukan terhadap mangsa dan guru-guru lain.
Kredit foto: FB We Are Malaysian Indians
Diharapkan pihak bertanggungjawab dapat menyiasat kes ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan keselamatan pelajar. - CARI |