Di sebalik kehambaran rancangan Anugerah Bintang Popular 31 (ABP31) yang bermula dengan hos kaku, persembahan dan juga pemenang-pemenang yang tidak dijangka, namun ada juga penyeri yang memecahkan kelesuan tersebut.
Siapa lagi, jika bukan kehadiran primadona wayang, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima bagi slot menyampaikan trofi Bintang Paling Popular. Biarpun mereka bercakap seperti hendak bergaduh di atas pentas, namun ia ternyata menyerikan lagi majlis. Apatah lagi apabila Erma memakai topi mengkuang besar menjadikan ianya menarik untuk 'dibahankan'.
Semakin lucu apabila ada netizen yang terlebih kreatif mengaitkan hubungan Ogy-Erma dengan Fazura-Neelofa yang umum ketahui mereka berdua seolah-olah ada perang dingin.
Kredit foto: Twitter
Ternyata pendapat ini dipersetujui oleh ramai netizen lalu mengaitkan dengan 'perang besar' antara Ogy-Erma satu ketika dahulu.
"Walaupun segmen Ogy dan Erma annoying gila, tapi dapat jugak tengok ABPBH ni hidup sikit."
Walaupun ramai mengatakan ia menghiburkan, namun ada juga yang tidak dapat menghadam 'over acting' mereka berdua.
Kredit foto: IG
Ya, Ogy dan Erma bergaduh lebih 20 tahun lamanya sebelum mereka berbaik-baik dan mana tahu ia akan berlaku pada Fazura dan Neelofa pula? Jom doakan yang baik-baik. - CARI
Post time 8-10-2018 05:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Satu lagi persamaan ogy dan faz? Dua2 pernah dikecewakan oleh anak raja putera mahkota. Paling dramatik, ex ogy adalah merangkap suami kepada mak sedara ex faz. Boleh?
Post time 8-10-2018 06:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
multinicky replied at 8-10-2018 06:43 PM
ogy dgn mok cun gaduh pasal ape?? berebut jantan jgk ke?? meols xblh recall la pasal kes ni..:swe ...
Erma duk komen minat ogy tp ogy agak overacting dlm lakonan
Ogy melenting komen balik...walopun dia overacting tp dia menang jugak best actress and....lakonan erma streotype..maka selepas itu depa pun perang besar....balas2 komen
Post time 8-10-2018 07:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Btw...kalo dulu kes ogy erma nih, depa mmg terang2 gaduh kot...sbb erma nih komen dlm tv, rancangan mende ntah...sbb tu ogy naik angin & jawab semula komen tu...
Kes lopak n fazzy...lain kot...sbb byk isu...tp who knows satu hari nanti kan
Post time 8-10-2018 07:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eh persamaan ogy ngn Fazura....lepas frust ngn ank raja...kwen dgn rakan artis.
Ogy n Erma x gadoh psal boipren...tp punca gado sbb dlm program Lux...erma diminta komen psal Ogy....erma kata 'over acting'. Lepas tu next episod Lux tu...si Ogy lak...dia lak komen psal Erma. Sorg lurus bagi komen..sorg lgi pantang dikomen wpon betul la Ogy hober actingggg.