View: 7731|Reply: 47
|
"RM3 Pun Berkira Ke?" - Pembeli Batalkan Tempahan Makanan Kerana Ada
[Copy link]
|
|
Gambar sekadar hiasan
Masa ini, ramai peniaga yang menyediakan perkhidmatan menghantar makanan yang ingin dibeli oleh para pelanggan terus ke rumah atau di tempat kerja. Ia banyak membantu dan memudahkan urusan mereka yang kesuntukan masa atau mengalami kesukaran untuk keluar membeli. Hubungi sahaja penjual melalui SMS atau whatsapp untuk menempah makanan. Jadi, pelanggan tidak perlu lagi bersusah payah untuk bersiap, memandu kenderaan sendiri atau membuang masa untuk membeli makanan yang ingin dimakan.
Bagaimanapun, setiap peniaga tetap mempunyai risiko dengan perkhidmatan yang mereka sediakan. Ada pelanggan yang membatalkan tempahan pada saat akhir dan ada juga apabila penjual sudah sampai di depan rumah tetapi pembelinya tidak memberi sebarang respon. Perkara-perkara sebegini perlu dihadap oleh para peniaga yang menerima tempahan dan menyediakan khidmat penghantaran.
Seorang pengguna Facebook yang juga seorang peniaga dan menyediakan khidmat penghantaran makanan terkesan dengan situasi yang dialami oleh peniaga lain yang mengalami nasib malang akibat pelanggannya membatalkan tempahan. Apalah sangat dengan caj penghantaran sebanyak RM3 yang dikenakan berbanding dengan tenaga dan modal yang digunakan untuk membeli bahan mentah, memasak dan seterusnya menghantar terus ke rumah pelanggan.
RM3 pun berkira ke?
Ramai netizen yang mengecam tindakan pembeli yang membatalkan tempahan yang sudah siap di masak hanya kerana berkira dengan caj penghantaran RM3 itu. Ia dianggap melampau dan tidak bertanggungjawab sekaligus menganiaya penjual yang hanya mendapat keuntungan yang tidak seberapa daripada hasil jualannya.
Penjual pun salah juga!
Ada juga netizen yang berpendapat kejadian sebegitu bukanlah salah di pihak pembeli sahaja kerana penjual tidak memberitahu caj penghantaran tersebut ketika menerima tempahan. Sepatutnya ia perlu dijelaskan lebih awal agar pembeli bersetuju dan tidak membatalkan tempahan setelah ia sedia untuk dihantar.
Dah la pemalas, kedekut pula
Apa-apa pun, rata-rata netizen menganggap pembeli tersebut seorang yang bukan sahaja pemalas tetapi kedekut. Maklumlah, zaman sekarang, kos hidup makin meningkat dan agak mustahil untuk peniaga-peniaga memberi penghantaran percuma melainkan caj tersebut sudah dimasukkan bersama harga makanan. Jadi, netizen mencadangkan agar penjual terus memasukkan caj penghantaran.
Pilihan di tangan sendiri, jika RM3 pun hendak berkira, lebih baik keluar sendiri membeli bahan mentah dengan berjalan kaki ke kedai dan memasaknya sendiri di rumah dengan menggunakan dapur kayu. Sudah tentu wang ringgit dapat dijimatkan. Setuju tak?- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
McD yg punya kaya cemerlang terbilang pun sekarang charge rm4 la ni. Ni rm3, ok what |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah mampos peniaga macam ni
sikit2 nak cas
haritu jual kat flat. cas delivery seringgit setiap tingkat! tingkat 15 kena cas RM15.
mamposla.
elokla peniaga melayu camni berkubur aje |
|
|
|
|
|
|
|
pastu meniaga tak bagitau rupanya ada cas sekian-sekian
barang ko jual pun mahal kedaung. |
|
|
|
|
|
|
|
Murah dah tu caj rm3.. I ok jh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rm3 ok lg. Cuma kadang2 de minimum order smpai 5 pax tu pingsan la iols yg nk order sorg2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Klu ye pum sabar la masa tulis msg
Nampak naw fake |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau angkat barang berat macam tong gas kena terima je kos penghantaran tu, apa lagi yg tak ada lift
|
|
|
|
|
|
|
|
dua2 salah..
customer mana lah nak tau..
lain peniaga lain caranya..
|
|
|
|
|
|
|
|
mananya tong gas! jual nasi lauk kuih cemtu je. kawan aku kena.
ada sekor seller haritu aku beli dim sum ingatkan sedap macam kat petronas. hadoooo, langsung tak sedap. dia cas delivery kat aku pastu suruh aku dari rumah pegi pondok pak guard ambik sana. apa tahik? dahla cas delivery RM5 pastu ko takleh nak hantar depan rumah aku (teres). dia suruh aku gi ambik kat pondok guard sebab banyak lagi barang dia nak hantar merata. so? ada aku kesah kan? dah bayar cas, sila lah hantar depan rumah.
skrg aku aman2 je beli dimsum frozen kat petronas. sedap pun lagi sedap dari homemade dia tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo kat hospital kerajaan bayar seringgit tu pun berkira service gomen. lambat la lembab la, tunggu lama la, ubat murah la, macam2 ko komplen. siap hantar surat kat PM bagai suruh tukarkan nurse doktor bagai sebab service lambat.
ni seller jual kuih tak sedap cas RM3, cakap buyer takleh nak berkira? wat the heck!
gi mampos peniaga melayu bongek camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya self pick up takde charge. Kalau delivery kena charge lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ingat keta dia isi air ke nokkk |
|
|
|
|
|
|
|
dia kena nyatakan sekali dalam iklan la, baru betul.ke iols tak nampak |
|
|
|
|
|
|
|
point is, seller tak bagitau awal2 delivery cas sekian2.. |
|
|
|
|
|
|
|
caj penghantaran tu kan ke biasa jerk
rm3 jer pun..tu pun nak batal
|
|
|
|
|
|
|
|
adoi 3 ringgit je pun...……….. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang ada peniaga yang dah bagitau awal-awal, order atas dari RM sekian sekian free delivery. Tapi yang pembeli tu pun, takyah la nak berkira sangat RM3. Orang tu dah tolong hantarkan depan mata kot. Tapi yer la, taktau la kot kot pembeli tu memang ada cukup cukup jer duit kan? Terus cancel. |
|
|
|
|
|
|
|
meSti la pembeli rasa rugi order X byk mna kna cas lg rm3 tu jgn igt kecik bole dpt 3 keping roti canai ni bukan soal berkira tapi X berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
bersangkak baik je lah mungkin buyer tak cukup duit masa tu belum gaji..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|