View: 3962|Reply: 11
|
Memang Gila! Bufet Aiskrim Di Penang Satu Hari Je, Makanlah Sepuas-Puasnya
[Copy link]
|
|
Anda tak silap baca. Pada 14 Oktober ini atau bersamaan hari Ahad, akan diadakan buffet besar-besaran makan aiskrim selagi yang anda mampu!
Foto:penangfoodie
Kedai aiskrim Merry Me yang terkenal dengan pelbagai perisa aiskrim tempatan merupakan 'dalang' di sebalik acara hebat ini!
Antara perisa aiskrim dengan sentuhan tempatan yang bakal dihidangkan ialah aiskrim gula melaka, teh tarik, kacang tumbuk, tau hua dan banyak lagi!
Foto:penangfoodie
Anda pasti kagum dengan perisa aiskrim yang kami sebutkan sebentar tadi. Pasti kebanyakan perisa tersebut anda tak pernah cuba kan?
Jadi tunggu apa lagi, datanglah ke Pulau Pinang hujung minggu ini! Ini sahajalah peluang yang anda untuk anda menikmati semua perisa aiskrim yang ditawarkan.
Foto:penangfoodie
Anda hanya perlu membayar RM25 untuk orang dewasa manakala kanak-kanak dibawah 12 tahun dikenakan caj RM15 sahaja dan anda makanlah apa sahaja perisa aiskrim yang anda suka!
Memang suatu pengalaman yang unik kerana kami tak pernah dengar lagi ada orang buat buffet aiskrim.
Walaupun tiada had, hanya dua skop aiskrim akan diberikan dalam satu-satu masa untuk mengelakkan anda terkena sindrom brain freeze.
Foto:penangfoodie
Buffet Aiskrim Merry Me
Lokasi: 107, Lebuh Victoria,10300 George Town, Pulau Pinang.
Tarikh: 14 OCT 2018
Masa: 5 p.m.-7 p.m.
Dah lama nak ke Penang kan? Inilah masanya, ada acara makan aiskrim tak henti-henti pula! Ayuh! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedap memang la sedap....
tapi.... berapa banyak je yang boleh kita makan...
kalau me... satu kon dah cukup dahhhh..... |
|
|
|
|
|
|
|
awat jauh nau.. time cuaca panas mkn ice cream sedapnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaa..baru baca arini... |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya boleh lah cuba nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
sedap makan sekrim panas panas ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|