Memelihara kebersihan tandas awam adalah tanggungjawab bersama semua pihak tanpa mengira umur, pangkat, bangsa mahupun agama.
Gambar Hiasan
Pasti tidak enak sekiranya kebersihan tandas tidak dijaga dengan baik semasa dan selepas digunakan kerana ia bukan saja menyebabkan keadaannya menjadi jijik, malah turut mengundang bau-bauan meloyakan tekak!
Gambar Hiasan
Terbaru, seorang pengguna media sosial meluahkan kemarahan dan kekesalannya terhadap sikap segelintir lelaki yang gagal menjaga kebersihan tandas ketika menggunakannya.
Pasaipa jantan kat Malaysia ni kencing merata?
"Kuning tepi tu (mangkuk tandas), berkarat dan berbau. Nak berak pun tak senang duduk," ujar Nur Khalaf Zulkafli.
Videonya itu mendapat perhatian netizen yang turut bersetuju bahawa ramai pengguna tandas awam gagal menjaga kebersihan tandas dengan baik.
Buat 'naya' ke orang...
"Dah kencing merecik merata, siram la dengan air," komen netizen.
Turut menjadi perhatian netizen adalah rupa paras Nur Khalaf yang dikatakan ada iras wajah usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat. Malah, suaranya juga dikatakan mirip pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi.
Awat muka macam Sajat, suara macam Paknil?
Kredit foto: FB Nur Khalaf
Untuk pengetahuan, Khalaf merupakan bekas pembantu peribadi (PA) Sajat.
Bukan itu saja, Khalaf juga pernah menyertai program I Can See Your Voice Malaysia yang disiarkan di ntv7, baru-baru ini.
Bukan saja lelaki, sebaliknya wanita juga perlu menjaga kebersihan tandas awam terutama dari segi penggunaan tisu dan tuala wanita. Jangan sampai orang lain terpaksa menangguhkan hajat mereka. - CARI |