Hari ini dunia menyaksikan cucu Ratu Elizabeth, Puteri Eugenie, 28, dan pasangannya, Jack Brooksbank, 32, disatukan dalam majlis perkahwinan diraja Britain kedua terbesar tahun ini.
 Kredit foto: PA
Berita perkahwinan pewaris kesembilan institusi monarki Britain itu turut diumumkan keluarga diraja itu menerusi akaun Twitter mereka, '@RoyalFamily.
 Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, kecoh di laman sosial apabila akaun Twitter keluarga diraja Britain itu tersalah umum nama pengantin lelaki sebagai 'Jacksbrook'.
 Kredit foto: ITV
Walaupun tweet itu dipadam 40 minit kemudian, ianya sudah terlambat kerana sudah dilihat pengguna lain yang menjadikannya bahan jenaka.
Anak bongsu Putera Andrew itu melangsungkan perkahwinannya di Istana Windsor yang juga menjadi tempat di mana sepupunya, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle melangsungkan perkahwinan pada Mei lalu. - CARI
 Kredit foto: People Magazine
|