CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10682|Reply: 48

Skop Production ambil tindakan undang2 kat Sasuke Kun

  [Copy link]
Post time 12-10-2018 08:49 PM | Show all posts |Read mode

dengar cite Sasuke Kun ni gi sebar full movie munafik 2 kat internet... ada yang bagi amaran, tp jawab dengan bongkak... last2 kena saman dengan skop production..

kalau didapati bersalah, maybe kena bayar denda RM20,000 atau 5 tahun penjara yer...



Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Munafik 2 Di Internet
Penerbit filem Munafik 2, Skop Productions Sdn. Bhd. bertindak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan rakaman penuh filem Munafik 2 di internet.

Datuk Yusof Haslam berkata, individu yang dikenali sebagai Muhammad Izwan Shah Kamal Shah atau Sasuke Kun itu ternyata bongkak, meskipun sudah diminta untuk membuang video filem itu.

“Pihak kami ada 10 orang pemantau di sosial media. Kalau diikutkan memang ada beberapa individu lain yang kami boleh ambil tindakan, tetapi mereka telah memadamkannya apabila diminta berbuat demikian.

“Bagaimanapun, individu yang seorang ini ternyata degil dan tidak mengendahkannya. Jadi, kami mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa sidang akhbar Skop Productions Ambil Tindakan Drastik Pelanggaran Hak Cipta Digital Munafik 2 yang berlangsung di Finas petang tadi.

Sehubungan itu, Yusof menyatakan bahawa pihaknya telah mendapatkan perintah injuksi secara ex-parte di Mahkamah Tinggi Taiping pada 9 Oktober lalu.

Sementara itu, pengarah Munafik 2, Syamsul Yusof yang turut berada di sidang akhbar berkenaan berkata, sebelum ini dia sudah menggunakan budi bicara terhadap individu tersebut.

“Jadi, kami telah ambil keputusan untuk membawa lelaki berkenaan ke muka pengadilan. Tindakan ini dibuat bukan untuk filem saya sahaja, tetapi demi kemajuan industri perfileman tanah air.

“Selain itu, saya harap agar pihak berwajib harus memandang dengan lebih serius mengenai isu ini. Malah, saya nak tengok sejauh mana undang-undang kita kenakan hukuman kepada pesalah,” jelasnya.

Jika terbukti bersalah, individu berkenaan boleh dituduh di bawah kesalahan Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987 dan hukuman maksimum bagi kesalahan tersebut ialah denda tidak melebihi daripada RM20,000 atau penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun atau kedua-duanya sekali. – KopiPlanet.com






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendapatlahhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka...
Iols mmg pndg slack kt member2 iols kt fb klu yg spesis share tgk movie dgn caption cpt tgk sblum kena padam etc... wtf sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sasuke kun. X pnh dgr pun. Bloggerkah beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bagi teguran tapi gedegag jugak
Kuucapkan padan muka je lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 09:34 PM | Show all posts
degil                                 
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka selayak nya sb berlagak
aku tgk kt mstar ada tag keja heol
keja pasar raya speedmart 99 kah?

mana nk cari duit bayar saman
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 09:39 PM | Show all posts
bagus.. tu je makannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2018 09:52 PM | Show all posts


Pc skop


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendapatlah. Ni acah2 la ni dia igt org tak serious warning dia kununs.
Sekali haaaa amekaw !
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 10:01 PM | Show all posts
jgn memain , skali hakim nak bg pengajaran pd masyarakat. Dibaginya hukuman penjara sebulan.

Tak vervaloi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin2 sket usha skali kat telegram.. bnyk gila group2 dlm tu yg mnyebarkan link film2 cetak rompak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 12-10-2018 01:15 PM
sasuke kun. X pnh dgr pun. Bloggerkah beliau?

beliau adalah rakan aku dan cukup aktif dalam group gaming pc . beliau mmg kerek sikit. kitaorang dh warning. dia buat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 12-10-2018 10:51 PM
beliau adalah rakan aku dan cukup aktif dalam group gaming pc . beliau mmg kerek sikit. kitaorang  ...

heols mmg keje speedmart ke?? hrmmmm... kesian, tp CASH jua buat beliau sebab dh dinasihatkan even production pon dh bg taw tp heols ego xnk delete.. so mendapatlah ko.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 11:02 PM | Show all posts
gigahertz replied at 12-10-2018 10:51 PM
beliau adalah rakan aku dan cukup aktif dalam group gaming pc . beliau mmg kerek sikit. kitaorang  ...

ni dia dah kena tahan kat lokap ke sekadar datang amek keterangan pastu balik?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
haritu cakap indon?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2018 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
apadan muka sajalah... takda duit silakan meringkuk dipenjara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 11:11 PM | Show all posts
gigahertz replied at 12-10-2018 10:51 PM
beliau adalah rakan aku dan cukup aktif dalam group gaming pc . beliau mmg kerek sikit. kitaorang  ...

tahniah la cakap kat dia ek


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
About time. Dah lama sangat orang pandang ringan kes macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2018 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 12-10-2018 09:52 PM
Pc skop

Berlagak gila muka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070772 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list