Setiausaha Politik dan 'Macai' Lim Guan Eng (bukan saya kata tapi dia sendiri kata) pernah kata SST akan turunkan harga barangan.
Apa cerita sekarang ini?
Lim Guan Eng berani pula tanya sejak bila kata SST akan turunkan harga barangan. Dia siap cabar untuk tunjukkan bukti.
Sama macam tersalah titik perpuluhan, saya rasa mungkin Kementerian Kewangan keliru mengenai SST ini.
Kadang-kadang kenyataan-kenyataan yang YB-YB Kerajaan keluarkan sekarang ini, saya rasa macam saya perlu check balik pendengaran saya, betulkah mereka cakap begitu?
Cuba kita tanya diri, dapatkah kita merasai manfaat penggantian GST dengan SST?
Kerajaan tidak cukup hasil kutipan untuk membantu rakyat hari ini dan saya risau apa lagi cukai akan diperkenalkan.
Dalam semua ini, yang kita dapat lihat ialah begitu selesa pemimpin Kerajaan PH hari ini di pejabat mereka, ke hulu ke hilir dan menikmati pelbagai kemudahan.
Melupakan rakyat, sebagaimana manifesto mereka.