CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9605|Reply: 141

[Politik] PH cadang apungkan aset & bangunan Hospital Kerajaan utk dapatkan duit keran

[Copy link]
Post time 17-10-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOS KESIHATAN RAKYAT BAKAL MENINGKAT JIKA ASET HOSPITAL KERAJAAN DIAPUNGKAN SEBAGAI REIT

1. Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengapungkan aset bangunan hospital Kerajaan melalui kaedah Pelaburan Amanah Hartanah (Real Estate Investment Trust, REIT) patuh syariah bagi memperoleh dana tambahan sebanyak RM 3.0bn untuk tahun 2019 amat membimbangkan dan memerlukan kajian lebih teliti.

2. Menteri KKM YB Dato Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di dalam satu temubual bersama media menyebut beliau telah membentang 2 cadangan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan diterima baik oleh beliau. Cadangan-cadangan ini akan dimajukan Kementerian Kewangan (MOF) bagi diperhalusi dan diluluskan secara bersama oleh Jemaah Menteri.

3. Selaku bekas pengamal Kewangan Islam, saya mengakui keadah REIT patuh syariah atau Islamic REIT ini sudah lama digunapakai oleh sektor swasta (Boleh rujuk artikel saya mengenainya di Laman Sesawang dan Buku saya Fundamentals of Islamic Finance). Model Islamic REIT bagi sektor kesihatan ini juga pernah diaplikasi oleh Kumpulan Perubatan KPJ melalui Al-Aqar Islamic REITnya.

4. Namum begitu, aplikasi REIT bagi hospital Kerajaan haruslah diperhalusi secara mendalam. Berdasarkan amalan biasa, pelabur-pelabur akan membeli unit-unit amanah REIT ini dimana jumlah dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk membiayai pembelian dan pengambil-alihan bangunan-bangunan yang merupakan aset hartanah yang dijadikan unit amanah saham (unitisation/monetisation). REIT kemudiannya mengenakan caj sewa bangunan berkenaan kepada penyewa dan bayaran sewa yang dikutip akan diagihkan kepada pelabur-pelabur atau pemegang amanah saham REIT dalam bentuk dividen.

5. Didalam kes KKM, KKM akan menjual aset-aset terdiri daripada bangunan hospital kerajaan kepada REIT dan memperoleh dana 'lump sump' sebanyak RM 3.0bn. KKM kemudiannya menyewa kembali aset bangunan hospital dari REIT untuk operasi hospital Kerajaan dan membuat bayaran sewa kepada REIT sepanjang aset bangunan tersebut diapungkan. Ini bermakna Kerajaan melalui KKM harus menyerap beban pembayaran sewa kepada REIT sebagai kos operasi atau memindahkan kos ini kepada pengguna hospital Kerajaan iaitu Rakyat selaku penguna perkhidmatan.

6. Saya menyeru YB Menteri KKM untuk tidak tergesa-gesa meneruskan inisiatif REIT yang bakal menambah beban rakyat yang kini sudahpun dibebani dengan pelbagai kos sara hidup yang terus meningkat dengan dasar penjimatan Kerajaan Malaysia Baharu setelah memberhentikan pelbagai skim bantuan sara hidup yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.

7. Bagi memperhalusi secara mendalam rancangan REIT ini, saya menawarkan diri untuk turut sama membantu tanpa sebarang imbuhan dan bayaran bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara dan apa jua model REIT yang hendak diperkenalkan tidak akan sesekali  menambah beban kepada rakyat jelata yang pastinya mengharapkan perkhidmatan kesihatan Kerajaan yang terbaik dan pada kos yang paling minima.

Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

17 Oktober 2018.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2018 12:20 PM | Show all posts
haha, ni lah kerajaan dodolgemok banggakan. dasar dodol basi tolol , lepas ni kita ramai2 boikot makan dodol. kita makan ketupat je
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:23 PM | Show all posts
kaktom cadangkan kita ramai2 buat belon udara kedian kita sumbat menteri2 PH, kedian kita apungkan dorang kat angkasa lepas.



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada akulah, bila kerajaan dah jadi telus dan tiada ketirisan, benda ni tak berlaku, atau aku yg silap
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:29 PM | Show all posts
Betul la cakap orang..manusia tamak selalu rugi..yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..dengar guruh dilangit, air dalam tempayan di curahkan...ha..apa..lagi..apa lagi...???

Sedih sgt kat orang tua kampung...harga kelapa sawit semakin jatuh dan jatuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 17-10-2018 12:24 PM
Pada akulah, bila kerajaan dah jadi telus dan tiada ketirisan, benda ni tak berlaku, atau aku yg sil ...

X cukup dgn aset PNB & khazanah mrk nak jual skrg bangunan hospital pun korang nak lelong ??   Kutipan SST x cukup sbb korang yg bahalol dari awal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua salah najib duit gomen dah kurang hutang byk x pasal2 kena buat bende reit ni ntah hape benda x tau la
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe..nah ambik kau ubat..bagi lg berok2 ni pgng kerajaan..xsmpi bape bulan dah mcm2 bala dah smpi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2018 12:45 PM | Show all posts
sejak ph jadi kerajaan ni semua benda nak jual
cara nobita buat untuk surplus hutang penang nampaknya akan digunapakai oleh semua kementerian
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:50 PM | Show all posts
tetiba aku teringat masa aku gi kempen anti-TTPA tu..antara kesan TTPA kos hospital gomen akan naik sebanyak 300% dari kos biasa..asal benda yg si atok n nobita cadangkan ni sama impak bila join TTPA?hanat tol
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
akakmonaBN replied at 17-10-2018 12:23 PM
kaktom cadangkan kita ramai2 buat belon udara kedian kita sumbat menteri2 PH, kedian kita apungkan d ...

Setuju.  Semoga belon tu jatuh tgh laut jauh dari manusia
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimak siallll.

Apa beza PPP project obligation, or build and lease of government assets yg menyebabkan 'hutang' Naik 1 trillion sbb mencakupi all this commitment?

Reit rental tu bukan sama mcm lease obligation?
Nak naikkan utang jadi 2 trillion pulak ke?


Bugima siallll.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
PH babi. Simple. Kutipan SST x cukup sbb korang yg bangang dari awal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 12:59 PM | Show all posts
tobby replied at 17-10-2018 12:56 PM
PH babi. Simple. Kutipan SST x cukup sbb korang yg bangang dari awal.

kaktom ada baca dekat news dunia bahwa sanya 189 negara yg mengamalkan cukai gst tidak akan mengikut langkah PH u turn ke sst setelah melihat kegagalan malaysia dalam hal ni.

total failure.


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:01 PM | Show all posts
mmglah tak cukup... company yang berdaftar sst tak samapi 100 ribu pun...  system dah bagus pergi tukar ingat pandai sangatlah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:03 PM | Show all posts
jadi adakah ini bermaksud subsidi public healthcare akan dikorbankan dalam bajet 2019 untuk meraih bajet surplus bagi melupuihkan hutang kerajaan 100 trillion tu?...kalau tak korban lagu mana nak hasilkan untuk untuk dividen pelaburan ke atas aset yang diapungkan tu...wakakakakakkakakaka

akai menteri pakatan hanat ni len macam la....so how about the welfare of the people...insurance? medical card? apa nak heran...menipusto pun tak mampu tunai...wakakakakakakka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2018 01:08 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 17-10-2018 01:03 PM
jadi adakah ini bermaksud subsidi public healthcare akan dikorbankan dalam bajet 2019 untuk meraih b ...

semalam kaktom pi cabut gigi kat klinik kerajaan, pas cabut kaktom kena rm1 je. kalau kat klinil swasta, dah burn duit kaktom rm100.
inilah apa yang kerajaan BN kasi rakyat selama 60 tahun memerintah. rawatan paling murah sedunia.

lepas ni dengar2 ada ura2 PH paksa rakyat pakai card insuran. ni more singgit singgit.

haru. kan.




Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:09 PM | Show all posts
hasil meeting Council of Elders ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:13 PM | Show all posts
akakmonaBN replied at 17-10-2018 01:08 PM
semalam kaktom pi cabut gigi kat klinik kerajaan, pas cabut kaktom kena rm1 je. kalau kat klinil s ...

kerajaan pakatan hanat nak memajukan industri insurance kot...wakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:17 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 17-10-2018 01:13 PM
kerajaan pakatan hanat nak memajukan industri insurance kot...wakakakkakakakaka

yer la tu.

sebenarnya kaktom citer pasal gigi cuma nak nasihat kau je. kau jaga gigi kau tu baik2. buka pasal singgit pun tapi pasal nila tak ada gigi kena pakai gigi palsu makan pun tak syiok.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.265369 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list