|
Penyanyi terkenal Taylor Swift buat pertama kalinya menyatakan sokongan kepada parti politik sempena pilihan raya pertengahan penggal Senat Amerika Syarikat (AS) pada November ini, lapor beberapa media AS. Taylor menyatakan sokongan kepada Parti Demokrat.
Kredit foto: OK Magazine
"ada masa lalu, saya memilih untuk berkecuali dari segi politik, tetapi beberapa isu dan kejadian dalam dua tahun lepas menyebabkan saya berubah fikiran,' kata Taylor dalam kenyataannya di Instagram, Ahad lepas.
Taylor juga menyeru semua peminatnya untuk mengundi pada pilihan raya pertengahan penggal Senat akan datang pada 6 November ini.
Kredit foto: Instagram
Pada pilihan raya 2016, Taylor tidak menyatakan sebarang sokongan pada mana-mana calon politik dan merahsiakan undiannya. Jadi, peminat sering membuat spekulasi sama ada beliau mengundi Donald Trump atau Hillary Clinton.
Sebaliknya, ramai rakan artis seangkatan Taylor menyatakan sokongan dan berkempen bersama Hillary Clinton termasuklah Katy Perry.
Selepas Clinton kalah, ramai netizen menyuarakan bagaimana sokongan Taylor boleh membawa perubahan. Ini kerana Taylor mempunyai ramai peminat muda, kulit putih dan peminat muzik Country, golongan peminat yang sangat diperlukan undinya oleh calon Demokrat.
Kredit foto: Instagram
Peminat juga hairan bagaimana Taylor yang sering menyelitkan mesej feminisme dalam lagunya tidak pernah memberi komen mengenai rekod buruk Trump terhadap wanita. Ada yang bertanya 'Adakah Taylor pengundi Trump?'. Bagaimanapun, rakan Taylor, Todrick Hall menafikan spekulasi ini.
Kredit foto: Raw Story
Taylor berkata, beliau menyokong Demokrat kerana parti itu melindungi hak asasi semua rakyat di AS. 'Saya percaya hak golongan LGBTQ, saya menentang diskriminasi seks, saya menentang rasisme termasuk keganasan terhadap orang kulit hitam, jadi saya tidak akan menyokong parti Republikan yang bertentangan dengan prinsip saya' tambahnya.
Kredit foto: Star Shooter
Tanpa menyebut nama Trump, Taylor berkata dia tidak akan mengundi Marsha Blackburn, calon Senat Republikan pilihan Trump di negeri kelahirannya, Tennessee.
'Rekod Marsha buruk, beliau tidak percaya kesamarataan gaji wanita dan lelaki, beliau tidak menyokong Akta Keganasan terhadap wanita, malah beliau menyokong diskriminasi terhadap LGBTQ, ini semua bertentangan dengan prinsip saya.
'Sebaliknya, saya akan menyokong calon Demokrat Phil Berdesen untuk Senat dan Jim Cooper untuk Kongress'.
'Mereka berdua tidak sempurna, tetapi banyak persamaan dangan prinsip saya, jadi saya menyeru semua peminat saya supaya mendaftar sebelum 9 Oktober supaya anda layak mengundi, jangan sia-siakan peluang anda, Happy Voting' kata Taylor.
Persoalannya, adakah Taylor bakal mendapat kecaman negatif peminatnya dari Parti Republikan selepas ini? - CARI |
|