View: 1336|Reply: 6
|
Anggota Bomba Kena Renjat Ketika Operasi Padam Kebakaran
[Copy link]
|
|
Seorang anggota bomba cedera akibat terkena renjatan elektrik ketika memadamkan kebakaran kedai runcit di Lido, Kota Kinabalu, kira-kira jam 12.40 malam tadi.
Harian Metro melaporkan, anggota berkenaan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) selepas diberikan rawatan awal di lokasi kejadian oleh pasukan Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS).
Kredit foto: NSTP
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu berkata, 21 anggota bersama dua jentera, satu lori tangki dan EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 12.44 tengah malam.
“Api dapat dikawal 19 minit kemudian dan kebakaran membabitkan satu lot kedai menjual barangan runcit. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Difahamkan, anggota berkenaan dilaporkan kini dalam keadaan stabil. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
semoga abang bomba cepat sembuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
macam-macam lahhh work hazard bomba ni.. kesian |
|
|
|
|
|
|
|
semoga kembali sihat dan dapat menjalankan tugas abam bomba |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah putuskan bekalan listrik terlebih dahulu adalah salah satu SOP bomba. Identify hazard & safe access bagai sebelum fire fight & SAR? |
|
|
|
|
|
|
| |
|