CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4989|Reply: 10

Jus Kubis, Sedap Ke? Jom Cuba Resipi Mudah Nak Buatnya

[Copy link]
Post time 17-10-2018 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Kubis adalah sejenis sayuran yang boleh diolah menjadi berbagai menu pilihan yang lazat dan sangat menarik. Namun selain dijadikan menu hidangan yang lazat, tahukah anda, kubis mempunyai manfaat yang tersendiri jika mengamalkannya.



Foto: stylecraze.com




Memetik dari boldsky.com, kubis mempunyai kebaikan seperti berikut:


Memperbaiki dan menajamkan penglihatan


Dikatakan sayur kubis ini baik untuk kesihatan mata. Dengan mengamalkan minuman jus kubis, dipercayai dapat membaiki penglihatan dan juga mencegah risiko sakit mata yang lain-lain lagi.


Meningkatkan daya tahan tubuh


Bagi anda yang kerap sakit sepertu demam dan selsema, dengan mengamalkan jus kubis, dipercayai mampu mencegah dari penyakit tersebut. Ianya mampu meningkatkan daya tah tubuh.



Mencantikkan kulit


Ada nak kulit cantik? Amalkan lah minuman jus kubis. Sudah pasti kulit anda akan menjadi semain cantik. Jus kubis yang sarat dengan antioksidan dan fitokimia, yang mampu melakukan keajaiban bagi kulit anda. mereka juga memiliki kandungan vitamin C tinggi.Tetapi, anda harus menjadikannya amalan. Bukan hanya buat sekali sahaja.


Dapat membantu menurunkan berat badan


Jus kubis secara semulajadinya mengandungi kalori yang renda. Ia adalah minuman yang sihat yang boleh diamalkan dalam membantu untuk menurunkan berat badan. Jadi, selalulah amalkan meminum jus kubis bagi mendapat berat badan yang ideal disamping melakukan senaman yang sewajarnya.


Cara membuat jus kubis


Bahan-bahan:


3 cawan kubis cincang kasar
3/4 cawan air minuman (Sebaiknya gunakan air yang telah di tapis)
1 sudu kecil garam


Cara membuatnya


1. Masukkan kubis dalam blender, garam dan air.


2. Blender dengan kelajuan sederhana sahaja untuk mendapatkan potongan kecil-kecil dan bukan untuk dihaluskan.


3. Tuangkan campuran tadi ke dalam botol dan tutup.


4. Biarkan kubis yang telah dikisar tadi selama 3 hari.


5. Selepas 3 hari, tapis campuran tadi dan masukkan jus dalam peti sejuk.



6. Amalkan meminum jus kubis ini 1/2 sudu setiap hari.


Selamat mencuba! - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tasteless lah lagi meloyakan kalau nak minum sbg jus. I opted masak sup sayur, masukkan segala mak nenek sayur krup krap rangup2 mkn gitu jah tak perlu nasi pun. Anyway thanks for the recipe, TT. Others mungkin nak try recipe ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
aku penah baca kat mana tak ingat..kobis ni tak elok makan mentah kena masak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
macam xbole diterima dek tekak je..tp pernah baca jugak kobis ni x elok..kena google dulu la baik buruknya
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 02:25 PM | Show all posts
apa guna gigi kalau semua kisar
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kobis nie ada bau skit,
Mcm lobak putih bau yer...
Suka ratah buat ulam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2018 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo dah la tak masak kemudian dibiarkan selama 3 hari. Boleh je masak goreng ke tumis air ke mcm biaaa{:run
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 02:58 AM | Show all posts
helicornia replied at 17-10-2018 02:03 PM
aku penah baca kat mana tak ingat..kobis ni tak elok makan mentah kena masak dulu

yup, semua jenis daun hijau/ kacang/ cocoa yg kita gigit mentah rasa pahit kena masak/ didihkan/ steam/ untuk turunkan kadar oxalic acid. Oxalic acid ni akan bergabung dengan calcium dalam badan membentuk batu karang. Kalau taknak masak jugak, kena minum banyak air. Healthy green juice pun walau banyak khasiat harus consume in moderation eg: cukup 500ml sahaja sehari. Dan kalau boleh tukar2 ingredients, jangan consume benda sama je sepanjang tahun, untuk dapatkan khasiat menyeluruh tanpa membebankan badan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 12:25 PM | Show all posts
owh.. baru tahu.. kubis pon blh buat jus
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:19 PM | Show all posts
Kubis buat jus? Masak air pun sayu nak makan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
First time dengar kobis dibuat jus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.071800 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list