View: 3061|Reply: 20
|
Tertekan Sering Ditanya Bila Mahu Berkeluarga, Wanita Ini Kahwini Diri Sendiri!
[Copy link]
|
|
Pelajar Universiti Oxford ini sering ditanya hal perkahwinan oleh kedua ibu bapanya. Tertekan dengan pertanyaan itu, Lulu Jemimah, 32, merancang sebuah perkahwinan demi ibu bapanya.
Bagaimanapun, majlis perkahwinan itu dilangsungkan tanpa pengantin lelaki! Ia diadakan di Pub Quepasa, Uganda pada 27 Ogos lalu dengan kos perbelanjaan kira-kira RM10.30 yang digunakan untuk membayar teksi.
Lulu bukan sahaja menghantar kad jemputan kepada beberapa rakannya, malah menempah pakaian pengantin untuk majlisnya itu. Seorang rakannya yang bekerja sebagai pereka laman web mereka bentuk dan mencetak kad jemputannya, manakala rakannya yang lain membayar pakaian pengantin yang disewa sementara abangnya membakar kek untuknya.
Foto: Mirror UK
Seperti yang dijangka, ibu bapa Lulu tidak menghadiri majlis itu, namun menjelaskan kepada ibunya mengenai tindakan pelik itu.
"Bapa saya masih berdiam diri dan dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan," ujar Lulu.
Mengikuti pengajian Sarjana dalam Penulisan Kreatif, Lulu tetap dengan pedirian tentang masa depannya dan menolak hasrat ibu bapanya untuk melihat dia berkahwin.
Foto: Mirror UK
"Saya mempunyai semangat yang kuat dalam kehidupan dan saya komited untuk mencapai matlamat saya menjadi seorang ahli akademik.
"Tetapi, semua ahli keluarga saya mendesak dengan persoalan bila saya akan berkeluarga dan memiliki anak, apatah lagi perkahwinan amat penting di Uganda.
“Bapa saya menulis ucapan perkahwinan ketika saya masih berusia 16 tahun. Setiap kali menyambut ulang tahun, ibu saya berdoa untuk saya cepat-cepat berkahwin dan beberapa tahun kebelakangan ini, dia mula berdoa dan merayu agar saya mendapat suami yang baik," katanya kepada Mirror UK.
Lulu adalah pemegang Ijazah Sarjana Media (Filem) dari Universiti Macquarie di Australia dan memulakan pengajian di peringkat master pada Ogos 2017.
Dia sebelum ini bekerja sebagai wartawan bebas dan perunding komunikasi untuk Pertubuhan Migrasi Antarabangsa. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik plak tengok gambar kawin dia. Maybe color contrast tu buat menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
taknak komen pasal dia kawen diri sendiri cuma nak cakap HITAM ITU MENAWAN |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun buat majlis sebegini belum pasti akan boleh menutup mereka2 tu dari terus berbicara mengenainya |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi je buat majlis tu..Pekak kan je telinga..Abaikan ape orang nak kata. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dan bijak. Bijak berfikir bukan bijak atas kertas je haha |
|
|
|
|
|
|
|
Baik punya troll. Cantik jer akak tu, muka manis |
|
|
|
|
|
|
|
pekak kan telinga je kalau da xde jodoh
aman2 jerk hidup sorang2
pe lg da hidup dgn lebih baik..semua ada
kecuali satu jerk suami
kdg2 org yg xde suami hidup nya lbih baik dr yg ada suami
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik walaupon rambut setompok setompok |
|
|
|
|
|
|
|
Acik bawang tudong kepam nak kata apa?
Close case |
|
|
|
|
|
|
|
ringkas tapi nampak hebat |
|
|
|
|
|
|
|
You should just ignore what other people say. No need to think much about it. |
|
|
|
|
|
|
|
32 muda lagi paa.... |
|
|
|
|
|
|
|
yeah... banyak lagi dia nak capai dalam hidup selain berkahwin. if she's happy with herself, why not? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buat cenggini kat Malaysia, mesti orang kata pengantin lelaki tu sebenarnya bunian. |
|
|
|
|
|
|
|
kos perbelanjaan kira-kira RM10.30 rugi mende yg lain semua sponser
|
|
|
|
|
|
|
|
bijaknya dia. tp xnk fikir kawin lagi nk buat mcmne, hrp ibubapanya bersabar. |
|
|
|
|
|
|
|
Xpela sis kawen diri sendiri. Yang penting bahagia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|