CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2969|Reply: 39

[Tempatan] Dulu johan Tilawah al-Quran, kini

  [Copy link]
Post time 18-10-2018 05:17 PM | Show all posts |Read mode



AZWAR hanya mampu menangis sambil memegang al-Quran selepas penglihatannya semakin kabur sejak dua minggu lalu, akibat penyakit misteri,” kata Che Anisah Md Saad, ibu kepada Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah.

Che Anisah, 42, berkata, anaknya Muhammad Azwar Mohd Ariff, 11, ketika ini hanya mampu meriba al-Quran sambil membuka helaian kitab suci itu berikutan keadaannya yang semakin lemah.

Katanya, Azwar juga kerap muntah apabila dibacakan ayat ruqyah sebagai usaha merawat penyakit misteri yang menimpanya sejak pulang dari Majlis Tadarus al-Quran Sekolah Peringkat Kebangsaan di Johor pada 29 Julai lalu.

“Azwar juga hanya mampu berdiri pada rakaat pertama ketika solat, rakaat seterusnya dia akan duduk dan dia juga menghadapi masalah untuk sujud kerana sakit belakang, namun dia tetap tidak tinggalkan solat.
ADVERTISING

“Minggu lalu saya membawanya ke hospital swasta di Sungai Petani bagi membuat pemeriksaan, tetapi doktor mengesahkan dia sihat. Saya juga membawa Azwar menjalani rawatan Islam dan setiap kali ayat al-Quran dibacakan, dia akan muntah dan berasa lega untuk seketika,” katanya.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah lalu, Azwar yang hadir berkerusi roda menjadi antara penerima anugerah yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin

Che Anisah yang tinggal di Madrasah Ar Rahmaniah, Seberang Pekan Sik, dan bekerja sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) berkata, Azwar kini tidak lagi mampu ke sekolah berikutan keadaannya yang lemah.

“Kekangan kewangan juga menyukarkan kami membawa Azwar mendapatkan rawatan yang dicadangkan selain pendapatan suami yang bekerja sebagai penoreh getah juga tidak menentu ketika musim hujan ini.

“Saya juga berharap pengamal perubatan di luar sana dapat membantu Azwar agar dia kembali sihat seperti sedia kala untuk terus mempelajari al-Quran dan bercita -cita untuk menjadi johan di peringkat kebangsaan pada tahun depan,”k atanya.

Bagi mereka yang mahu membantu boleh menghubungi bapanya, Mohd Ariff Ismail menerusi nombor telefon 017-5517084 atau menyumbang ke akaun Maybank Che Anisah (152040392473).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Oktober 2018 @ 3:31 P

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 05:20 PM | Show all posts
Allahuakabar, ada org hantar ke.. kesian
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 05:20 PM | Show all posts
semoga ada penawar untuk adik ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih iols.tgk pic adik tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 05:48 PM | Show all posts
tak bawak pegi hospital ke?

janganlah terus percaya ada benda misteri ke apa.

entah2 ada penyakit lain berkaitan saraf ke.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 05:55 PM | Show all posts
Parit.Hilton replied at 18-10-2018 05:48 PM
tak bawak pegi hospital ke?

janganlah terus percaya ada benda misteri ke apa.
Minggu lalu saya membawanya ke hospital swasta di Sungai Petani bagi membuat pemeriksaan, tetapi doktor mengesahkan dia sihat.



dah noks.. tapi tak dapat kesan apa..
mungkin boleh diusahakan bawak hospital lain pulak, tapi parents ni pun ada kekangan wang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2018 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah... kesiannye
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 05:59 PM | Show all posts
Bagi mereka yang mahu membantu boleh menghubungi bapanya, Mohd Ariff Ismail menerusi nombor telefon 017-5517084 atau menyumbang ke akaun Maybank Che Anisah (152040392473).


sembang apa lagi? nah...tolong...wakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 18-10-2018 05:59 PM
sembang apa lagi? nah...tolong...wakakakakkakakaka

Sama2 kita bantu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 06:24 PM | Show all posts
Moga d permudahkan semua urusan untuk merawat adik ni ..

Bagi mereka yang mahu membantu boleh menghubungi bapanya, Mohd Ariff Ismail menerusi nombor telefon 017-5517084 atau menyumbang ke akaun Maybank Che Anisah (152040392473).




Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kena ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dik..mudah2 an la cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 06:32 PM | Show all posts
tak cuba ke dulu anta kat hospital kerajaan.murah pun ye.kalau hospital gomen..kalo teruk sgt diaorg akn merujuk ke pakar jugak akhirnya.mcm2 test diorg akn buat
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cpt sembuh dan ceria seperti sediakala dik..mungkin budak ni x sengaja ‘kacau’ anak2 jin main kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sembuhkanlah penyakit anak ini..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak gi ppum symptoms mcm brain c.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 07:01 PM | Show all posts
eh gi ke hospital dulu  ya ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...harap dapat sembuhlah daripada penyakit misteri ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 07:49 PM | Show all posts
Moga dipermudahkan segala urusan & diberi kesembuhan untuk Adik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 07:50 PM | Show all posts
kasihan adik ni moga dia cepat sembuh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.362350 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list