CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9828|Reply: 136

[Tempatan] Mana pejuang reformasi? Soal anak Zahid. #33, Bideo:'Mana Anwar, sahabat yang m

  [Copy link]
Post time 19-10-2018 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-10-2018 02:25 AM

Mana pejuang reformasi? Soal anak Zahid

https://www.malaysiakini.com/news/447969

Faisal Asyraf  |  Diterbitkan 18 Okt 2018, 10:58 malam  |  Dikemaskini 19 Okt 2018, 12:11 tengah malam




Anak perempuan kepada Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mempersoalkan di mana pejuang-pejuang reformasi ketika bapanya ditangkap.

Bercakap di hadapan kira-kira 200 penyokong dan petugas media di depan bangunan SPRM petang ini, Nurulhidayah berkata beliau tidak sedih dengan penahanan bapanya tetapi ' terlalu geram dan benci'.

"Saya terlalu geram dan benci, perasaan ini saya simpan dari tahun 1998. Saya bercerita pasal orang malam ini dikurung oleh orang sama bernama Mahathir Mohamad.

"Di mana pelaung-pelaung reformasi seperti Hishamuddin Rais? Mana sahabat-sahabat universiti saya? Mana Anwar Ibrahim yang pertahankan reformasi?

"Tidakkah Anwar dan Nurul Izzah nampak apa yang berlaku?" soalnya.


Zahid pernah menjadi penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehari selepas bekas timbalan perdana menteri itu ditangkap di bawah akta yang sama.

Turut hadir dalam himpunan solidariti itu ialah isteri Zahid, Hamidah Khamis, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam, bekas pengarah bahagian komunikasi strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz dan pelakon Ellie Suriati.

Hamidah dalam ucapannya berkata beliau merancang mengadakan jelajah di seluruh negara bersama Lokman bagi mendapatkan kembali kepercayaan rakyat, dan meningatkan mereka terutama golongan muda terhadap sejarah penangkapan Zahid di bawah ISA.

"Budak sekarang tak dapat benda (sejarah) tu dan itu buat mereka leka," katanya.

Selain itu beliau juga mengingatkan bekas pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu bahawa mereka tidak akan mudah mendapat kedudukan dalam parti yang baru mereka sertai.

"Jangan harap mereka yang keluar dari Umno akan dapat kedudukan, mereka yang keluar jangan harus kita terima mereka dalam Umno," katanya.

Hamidah juga berkata tidak mustahil Malaysia akan dilanda bencana seperti berlaku di Sulawesi, Indonesia sekiranya kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pesta arak tidak dihalang.

"Tak mustahil calamity seperti yang berlaku di Sulawesi berlaku di Malaysia. Kalau masalah LGBT dan minuman keras tak diatasi, kita akan mengalami masalah yang sama," katanya.

Peserta himpunan yang rata-ratanya memakai baju berwarna oren bersurai kira-kira jam 11 malam.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kaitan lgbtq dgn penangkapan si muka tempe ni sis?? Mind fucked terus kalau ummah2  braindead ni bg statement
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 msuk psl lgbt n pesta arak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:39 AM | Show all posts
apa kena mengena laki ko kena tangkap ngan pesta arak lgbt

dulu bersedap sedap tak ingat kami kami yang marhen neh kat porem

peegiiiii daaaa makcik

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:40 AM | Show all posts
bosan dowh. kata senjata org mukmin adalah doa. punya banyak org beramal soleh tiba2 sekor dua bt maksiat habis semua ditimpa bala. fitnah agama btl. kalau dh dosa org lain org lain kena pikul buat apa bt baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk je bideo tu melihat merepeknye kata2 makcik
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
X dpt nk bayangkan betapa berlagaknya minah ni kalau wak jahid dpt jd pm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 08:45 AM | Show all posts
haha... tu la, konfius jugak bila last2 sheols petik lgbt, arak sulawesi calamity bagai...
apa kaitan dengan papanya yang ditahan itu ?
macamla lgbt & arak ni baru muncul 2-3 bulan lepas.. dah lama dah kak long oi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:45 AM | Show all posts
ape gile meroyan die ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:46 AM | Show all posts
ctdk xmo bg moral support pd kak long ke, kate bff
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:55 AM | Show all posts
anak bini meroyan, masa senang kemain lg korang kan. Bila susah nk guna agama ugut rakyat kekunun nk jd macam Sulawesi la apa la...pi la mabuk ketam anak beranak termasuk si lokman adam dgn tun faisal tu. camana korang berfikir dengan God given brain tu pun tatau la akokkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko da besedap sedap swipe sampai 800k..kitaorg pulak yg ko hadap buat reformasi..kowser dekkk..kami kena kerja hari hari bayar utang minyak tol sst..ko ape tahu kak long selama hidup smua benda freee
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:59 AM | Show all posts
motif pejuang reformasi nak berdemo untuk wak jahid komedi
dorang da jadi kerajaan dah
korang tu pembangkang
pastu melalut  bala la lgbt la sulawesi la apa la
gila ke family dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm kimk juga dia, bersedap sedap dahulu, wbersusah susah kemudian.. waktu kau harkkktuihhhkan marhaen, bila susah baru kau nak feeling.. asal petik agama kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:04 AM | Show all posts
tak kuasa akak bereformasi demi seorang wak jahid...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kan.. kes bapa sheol ni straight forward sgt..kantoi mkn 800k...then buat alasan staff yayasan tersilap buat transfer duit...nak refomasi mcm mna lagi kak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
hey apesal nak kaitkan dengan negara asal usulmu itu. cakap pasal ISA tetiba sampai ke isu lgbtq. daulat sangatkah si jahid sampai bala turun,ape ntah yang cuba disampaikan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:06 AM | Show all posts
Interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:09 AM | Show all posts
fuhh.. tahap IQ sebenar terserlah. kah3..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.615141 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list