CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8678|Reply: 128

[Tempatan] “Jangan ulangi kesilapan saya” - Lelaki ini trauma melancong ke Korea Selatan ‘b

  [Copy link]
Post time 19-10-2018 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-10-2018 02:06 AM

“Jangan ulangi kesilapan saya” - Lelaki ini trauma melancong ke Korea Selatan ‘balik hari’

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/18/melancong-korea-balik-hari/

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2018 1:34 PM
NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@thestar.com.my
Rakan Fahmi, Fais dan enam pelancong lain tidak mengalami masalah dengan pihak imigresen.

PETALING JAYA: Gara-gara tidak menyatakan jenis pekerjaan pada kad ketibaan ketika melancong ke Korea Selatan, seorang pemuda mendakwa terpaksa dihantar pulang ke Malaysia serta-merta tanpa diberikan peluang untuk mempertahankan diri.

Pemandu pelancong sambilan, Fahmi Sudirwan, 32, mengakui kejadian berpunca daripada kesilapan diri sendiri dan pengalaman itu tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

Katanya, ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 4 Oktober lalu, dia telah dipanggil oleh pihak imigresen Korea untuk disiasat bagi mengetahui tentang latar belakang pekerjaannya.

"Ketika dipanggil tu saya rasa berdebar dan tidak puas hati kerana tidak boleh mempertahankan diri. Hanya pegawai imigresen yang boleh soal saya, saya tidak boleh tanya soalan kepada mereka.

"Saya sampai lapangan terbang pada pukul 8 pagi, selepas disiasat beberapa jam, saya dihantar balik pukul 4.30 petang ke Malaysia," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.


Rakan Fahmi, Fais Taib (kiri) tidak ditahan pihak imigresen dan dibenarkan untuk meneruskan percutian bersama enam yang lain.

Posting Fahmi mengenai pengalamannya yang dimuat naik ke laman 'Facebook Road To Korea' pada Ahad itu tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Jelas Fahmi, dia tidak menyatakan jenis pekerjaannya di ruang kad ketibaan tersebut kerana menyangka ia tidak akan mendatangkan masalah.

Fahmi yang bertugas sebagai pembantu makmal sepenuh masa di Pulau Pinang itu berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengalami insiden seperti itu ketika berkunjung ke Singapura, Thailand, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

"Saya rasa mungkin apa yang berlaku berkaitan dengan isu lambakan pekerja asing di negara tersebut.

"Saya harap rakyat kita yang nak ke sana jangan ulangi kesilapan saya atau terimalah nasib melancong ke negara 'K-Pop' balik-hari," ujarnya dalam nada kesal.


Fahmi mengakui insiden tersebut berpunca daripada kesilapan diri sendiri.

Dalam lawatan tersebut, Fahmi yang pertama kali menjejakkan kaki di Korea sebenarnya membantu rakan baiknya membawa seramai enam pelancong Malaysia untuk menikmati keindahan musim luruh di negara itu.

Fahmi turut berasa terkilan apabila wang tunai sekitar 1.7 juta won (RM6,235) untuk bayaran hotel dan lapan kad pengangkutan awam T Money tidak dibenarkan untuk diserahkan kepada rakannya oleh pihak imigresen.

"Mereka langsung tidak membenarkan saya keluar sekejap untuk serahkan duit kepada rakan saya.

"Sudahnya, saya dihantar pulang sambil diiringi pegawai imigresen sehingga masuk semula ke perut kapal terbang.

"Mujurlah kawan saya memang ada bawa matawang dollar Amerika dan wang tambahan untuk sebarang kecemasan," ujarnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih pada pendatang haram....korang la yg buat taik
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah sndiri dekkk.awat nak meroyann
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
salah sendiri dik..orang bagi form tu kena isi..yang duk rahsia2 dah kenapa

pastu lambakan pekerja haram pon antara faktor..sama la macam aussie..ni kalau citer kat satu grup kat fb ni ramai la yang butthurt
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:06 AM | Show all posts
lain kali isi je semua apa yang dia borang tu mintak

bukan kena bayar pun

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:06 AM | Show all posts
mana tak nya... pendatang malaysia secara haram pun dah ramai kat korea tu dok tanam kubis... masuk melancong ujung ujung mereput jadi pati kat korea
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 09:26 AM | Show all posts
isu tak de mendatangkan paedah...sendiri cari masalah...next!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:30 AM | Show all posts
Dia tak meroyan. Dia cuma 'share' pengajaran agar org lain tak buat silap yg sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 09:33 AM | Show all posts
kenapa Malaysia tak buat beginiiiiii.. ei geram btl dgn negara sendiri... tgk Aus sekat org luar mcmne.. patot jadikan contoh..aihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:36 AM | Show all posts
LostStar replied at 19-10-2018 09:33 AM
kenapa Malaysia tak buat beginiiiiii.. ei geram btl dgn negara sendiri... tgk Aus sekat org luar mcm ...

takde prinsip dan penguatkuasaan lembik, kuat rasuah macam mana nak buat?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat camne..kat korea busuk busuk petik cili je gaji 6k..do meleis mereput gaji 1050 kebangaan gomen ph
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:41 AM | Show all posts
duri_durians replied at 19-10-2018 09:36 AM
takde prinsip dan penguatkuasaan lembik, kuat rasuah macam mana nak buat?

skali masok pendatang asing dapat imbuhan agaknya.. tu yg bingai p bg org luar masok.. geram btl!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:52 AM | Show all posts
semoga pengajaran dapat diambil oleh semua.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:58 AM | Show all posts
Jadikan pengajaran yer adik kakak semua.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:01 AM | Show all posts
acaner dia ni leh jadi pemandu pelancong?seb baik yg lain tu lepas..ni bukan pengajaran, da kata borang tu wajib diisi ko isi je la..yg nak samakan ngan negara2 lain da kenapa?lain negara lain cara perundangan..sedeyhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:01 AM | Show all posts
nak rahsia sangat occupation tu napa?
payah sangat ke nak isi form bagi complete?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kau pergi bawak rombongan...pastu bukan pemandu pelancong yg berdaftar agaknya...silap2 ada ahli rombongan yg pecah lobang  .  Cash lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:09 AM | Show all posts
ke kau malu nak bagitahu pekerjaan kau kat borang tuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 19-10-2018 09:36 AM
Nak buat camne..kat korea busuk busuk petik cili je gaji 6k..do meleis mereput gaji 1050 kebangaan g ...

6k tu lepas convert rm..hakikat nya kat korea sana tetap la buruh..sana sini pon mahal

sama jugak kalau g keje cleaner kat sgpore pon..gaji cecah 3,4k kalau convert to rm..tapi kalau stay kat spore tetap la tak boleh hidup

ramai sungguh orang fail bab camni..pastu duk kata overstay tu tak salah..guna visa melancong tapi kerja secara haram tak salah..rezeki yang dapat tu camne
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:13 AM | Show all posts
jalfa replied at 19-10-2018 08:59 AM
Salah sndiri dekkk.awat nak meroyann

Bila masa dia meroyan? Malah dia akui salah dia dan share utk panduan orang lain......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.142246 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list