CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8998|Reply: 110

[Tempatan] Ibu bapa Xavier tersadai di Korea

[Copy link]
Post time 19-10-2018 09:06 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Niatnya mahu menggembirakan hati ibu bapa dengan memberikan pakej percutian ke Korea Selatan namun lain pula jadinya apabila seorang lelaki ditipu selepas hotel yang ditempah sebenarnya tidak wujud sekali gus menyebabkannya kerugian hampir RM5,000.

Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Xavier, 26, mendakwa menempah hotel itu menerusi laman web tempahan dalam talian yang popular di negara ini namun tidak menyangka ada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menipu pihak lain.

Menurutnya, dia membuat tempahan hotel menerusi laman web itu pada awal Ogos lalu untuk empat orang membabitkan ibu, bapa dan dua saudaranya untuk bercuti di Korea Selatan bulan ini.

“Sebelum ini berpuluh-puluh kali saya menggunakan laman web itu untuk membuat tempahan hotel termasuk bercuti di dalam negara kerana mudah dan menjimatkan. Pemilik hotel memberikan tawaran potongan harga.

“Pada peringkat awal membuat tempahan hotel, tiada masalah namun seminggu selepas itu ada individu menghubungi saya menggunakan nombor telefon Korea Selatan supaya membuat pembayaran terlebih dahulu berjumlah RM5,000,” katanya yang berasal dari Keningau, Sabah.

Xavier yang bekerja sebagai pegawai pembangunan masyarakat berkata, dia yang tidak mengesyaki individu itu berniat tidak baik membuat pembayaran 14 Ogos lalu sebelum diberikan butiran tempahan hotel menerusi e-mel.

“Ibu bapa saya masing-masing berusia 49 dan 50 tahun gembira dan terharu kerana akhirnya berpeluang menjejakkan kaki ke Korea Selatan kerana itu antara impian mereka sebelum ini.

“Namun lain pula jadinya apabila mereka tiba di Korea Selatan, 11 Oktober lalu apabila mendapati hotel yang saya tempah sebenarnya tidak wujud menyebabkan mereka terpaksa tunggu di lapangan terbang lima jam.

“Mujur di lapangan terbang itu ada sambungan Wifi lalu ibu terus menghubungi saya bagi memaklumkan perkara terbabit menyebabkan saya panik dan bimbang jika berlaku perkara tidak diingini kepada mereka.

“Saya cuba hubungi nombor telefon yang diberikan individu itu namun gagal selain semakan di laman carian mendapati hotel itu sebenarnya tidak wujud,” katanya.

Menurutnya, berikutan masalah itu, ibu bapanya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan RM5,000 untuk penginapan sembilan hari lapan malam di hotel lain.

“Saya ada buat aduan di laman web tempahan dalam talian itu namun hingga kini mereka tidak memberikan maklum balas mengenai perkara terbabit.

“Pada masa sama, saya juga buat laporan di Balai Polis Keningau, Sabah dan berharap tiada lagi individu lain ditipu seterusnya memusnahkan impian mereka untuk bercuti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Oktober 2018 @ 8:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
choi, taklah tersadai mana pun.. saman jah laman web tu dekk
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:12 AM | Show all posts
apa laman web tu? bnb ke?
kena bagitau la, so org len x tertipu gak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:15 AM | Show all posts
ingatkan tersadai kena tahan kat imi lagi cam kes bebudak yg viral tu
aparaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:17 AM | Show all posts
hoh sama mcm kes aku duk booking hotel utk LIMA taun depan laa ni..lam website dh proceed byr setel seme..bila cek hotel drg ckp drg x open rate tu..so drg mmg x akan except booking yg dh dibuat tru website tu..sebab website tu letak rate murah dr yg sepatut nya..so kesimpulan lepas book online kene cek balik kt hotel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
entah2 hotel tu kat korea utara..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 09:21 AM | Show all posts
ell768 replied at 19-10-2018 09:17 AM
hoh sama mcm kes aku duk booking hotel utk LIMA taun depan laa ni..lam website dh proceed byr setel  ...

website apa tu sis

jangan segan segan nak war war kan seantero dunia

benda baik kena share

jangan lupa nama hotel sekali
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:24 AM | Show all posts
takkan masa ko tempah tak baca review dari guest yang lepas lepas

pastu kena bayar dalam yuan pulak



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 09:35 AM | Show all posts

kecuaian lelaki ni jugak. kata dah banyak kali tempah hotel guna website tu. tak kan la tak pernah baca policy & guideline tempahan especially terms of payment. mana pernah hotel/ airbnb call suruh bank in? takkan itu pon tak terpikir. lain la ambik pakej holiday dari mana2 agent. ha itu banyak kes tipu.

patut call/email dulu pihak hotel tu konfemkan betul ke tak kena bayar amount tu. ni mesti kerja staff hotel tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:47 AM | Show all posts
kesilapan besar dia direct transfer..

ruginya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:51 AM | Show all posts
Website apa agaknya?

Agoda? Airbnb?Bookings?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:54 AM | Show all posts
booking.com ke?
i selalu compare, antara booking.com dengan agoda, agoda murah lagi..
and so far guna agoda, memang tak ada masalah..
payment pun ke agoda bukan direct ke hotel..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:57 AM | Show all posts
jetrofa replied at 19-10-2018 09:18 AM
entah2 hotel tu kat korea utara..

mati lanak tersadai kat korea utara..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
haha.. cipta sejarah gitu.. first malaysian tourists ke north korea...ker dah ada yg sampai dulu as tourist
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertahun guna agoda n airbnb tk penah ada masalah lg.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:13 AM | Show all posts
Nasib mak ayah ada duit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-10-2018 09:54 AM
booking.com ke?
i selalu compare, antara booking.com dengan agoda, agoda murah lagi..
and so far g ...

Ye sis.aku pun sama mcm ko.aku sll compare booking.com n agoda. Agoda lg murah tp ada sesetgh apartmnt hanya ada dlm booking.com shj
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ira_229 at 19-10-2018 10:34 AM
tanakkampung1x replied at 19-10-2018 09:51 AM
Website apa agaknya?

Agoda? Airbnb?Bookings?


Baca kat fb katanya lelaki ini tempah apartment melalui booking.com.. lepas tempahan  diterima..dia telah menerima email dari owner apt tu menyuruh bankin byran sewa penuh utk secure booking.. jika tidak aprtmnt akan diberi ke penyewa lain. dgn tak berfikir panjang lelaki ni terus membuat bayaran penuh melalui online.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 19-10-2018 10:13 AM
Bertahun guna agoda n airbnb tk penah ada masalah lg.

Cuba baca kat benang pelancung ada je yg kena pakai booking.com..semua da confirm termasuk bayaran bila sampai hotel dah tak ada..owner bangkrap tapi booking.com masih offer hotel tersebut..kejadian di istanbul..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:32 AM | Show all posts
ira_229 replied at 19-10-2018 10:28 AM
Baca kat fb katanya lelaki ini tempah apartment melalui booking.com.. lepas tempahan  diterima..du ...

Oh .

Saya pun selalu booking melalui booking.com juga tapi tak pernah kena suruh direct transfer. At least now kena berhati2 lah sebab dah ada kes penipuan mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.088830 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list