CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13682|Reply: 160

[Tempatan] Misteri kematian tiga sekeluarga di Perlis

  [Copy link]
Post time 19-10-2018 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-10-2018 02:02 AM

Misteri kematian tiga sekeluarga di Perlis

http://www.kosmo.com.my/terkini/misteri-kematian-tiga-sekeluarga-di-perlis-1.770545

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
19 Oktober 2018 8:49 AM


Seorang lelaki yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan tiga mangsa yang ditemui mati lemas di Sungai Arau, Sungai Tambun Tulang dan di tali air di Kampung Che Ok ditahan polis di Sungai Petani, Kedah bagi membantu siasatan. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis.

KANGAR - Penemuan tiga mayat sekeluarga merangkumi bapa, ibu dan seorang anak perempuan yang dipercayai mati lemas di beberapa lokasi berbeza di Sungai Arau, Tambun Tulang dan Simpang Empat di Arau dekat sini menimbulkan misteri dan persoalan apabila seorang lagi mangsa yang dikatakan hilang bersama mereka selamat ditemui di sebuah lokasi di Sungai Petani, Kedah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan ringkas pagi ini.


“Maklumat terbaharu yang diterima, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang telah hilang telah ditemui di Sungai Petani dalam keadaan selamat,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, lelaki yang merupakan antara mangsa keempat yang dipercayai hilang dipercayai mati lemas iaitu Mohd. Zali Baharom, 37, ditemui di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Kosmo! Online melaporkan hari ini empat beranak dari Sungai Petani, Kedah dikhuatiri menemui ajal bersama apabila mati lemas di Sungai Arau, Arau dekat sini selepas kesemuanya dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, keempat-empat mangsa iaitu Baharom Ahmad, 66, dan isteri, Norman Pin, 64; serta dua anak mereka iaitu Norzalina, 35, ditemui lemas antara pukul 9 pagi dan 1 tengah hari sementara anak sulung, Mohd. Zali, 37, masih belum ditemui.

Ujar Noor Mushar, pihaknya menemui dua mayat wanita iaitu Norma yang hanyut di Sungai Tambun Tulang dan Norazalina di dalam Sungai Arau.

“Mayat Baharom kemudian ditemui pukul 1 tengah hari di tali air Kampung Che Ok beberapa kilometer dari tempat anaknya ditemui. Anak lelaki sulungnya masih belum ditemui,” katanya dipetik.

Dalam perkembangan berkaitan, suspek yang merupakan anak sulung bagi keluarga malang itu akan dibawa ke Mahkamah Kangar hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan kes. - K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya dia tak lemas la. Lepas pergi lemaskan ibu bapa adik dalam sungai, dia pun pergi sungai petani minum teh tarik
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:07 AM | Show all posts
pula dah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:08 AM | Show all posts
kena bunuh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:11 AM | Show all posts
misteri sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
aduh tragisnyaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 10:25 AM | Show all posts
adakah dia salah seorang pengikut Abuja atau kerajaan langit yang mendengar bisikan halus supaya membunuh ahli keluarganya untuk dapat darjat tertinggi terus masuk syurga????
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:28 AM | Show all posts
Tulisan wartawan Kosmo in berulang-ulang sampai hampir mengelirukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorr..aku ingatkan keta jatuh sungai..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:29 AM | Show all posts
pening lah baca, anak sulung tak ditemui lagi.. lepastu anak sulung ditahan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:36 AM | Show all posts
wah..nak tau lebih lanjut kronologi kes ni.. mak, bapak dgn adik pompuan dia tu mcm mana boleh lemas..dia je yg terselamat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu bukan kat kedah jugak ke kes yg bf bunuh gf sekali dgn adik2nya pastu letak dalam tali air?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:42 AM | Show all posts
aku yang lemas baca
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:42 AM | Show all posts
seorang lagi mangsa yang dikatakan hilang bersama mereka selamat ditemui


Dia ker yang bunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:56 AM | Show all posts
sakit mental ke dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:00 AM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 19-10-2018 10:28 AM
Tulisan wartawan Kosmo in berulang-ulang sampai hampir mengelirukan

betui tu...cer baca ayat ni

“Mayat Baharom kemudian ditemui pukul 1 tengah hari di tali air Kampung Che Ok beberapa kilometer dari tempat anaknya ditemui. Anak lelaki sulungnya masih belum ditemui,” katanya dipetik.

Dalam perkembangan berkaitan, suspek yang merupakan anak sulung bagi keluarga malang itu akan dibawa ke Mahkamah Kangar hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan kes. - K! ONLINE

yg atas kata belum ditemui, yg bawah kata akan di bawa ke court


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 11:02 AM | Show all posts
tak paham la..
pening kepala membaca nya..

mcm nak suruh lukis je
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:06 AM | Show all posts
yang tak faham sila minum susu unta.

urm penangan dadah ke? nape banyak kes kejam lately?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:09 AM | Show all posts
Bnyk btul misteri kat perlis ni... Zamri Che Mat pon hilang secara misteri tak jumpa2 smpai lani.. Setan mana duk main wayang kat Perlis tu agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:11 AM | Show all posts
Bukan tak faham, faham tetapi mengelirukan sebab wartawan ni  tulis tak clear

4 sekeluarga mula mula dilaporkan lemas (ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan)

3 mayat dijumpai ( (ibu, bapa dan anak perempuan)

Kemudian terkini anak lelaki yang dilapor turut lemas tu dijumpai masih hidup dan ditahan untuk siasatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.246301 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list