CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Misteri kematian tiga sekeluarga di Perlis

  [Copy link]
Post time 19-10-2018 12:53 PM | Show all posts
kalau nak terjun sungai lemaskan diri, buat apa minum racun??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 12:54 PM | Show all posts
fishy sgttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 12:58 PM | Show all posts
so tunggu bedah siasat betul ke ada racun dalam body dorang..
kalau tak ada, siap la ko..
entah-entah dia yang dok berhutang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Somehow, aku xcaya ckp ank laki arwah ni
Nak bunuh diri buat apa susah2 sampai ke arau naik train bagai
Baik terjun laut je
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 01:03 PM | Show all posts
Nak minum racun kenapa jalan jauh2 sampai ke Perlis sana?

Anyway post mortem balak tahu memang minum racun atau kena bunuh nanti

si lelaki tu tak sempat minum racun ke atau macam mana/

lepas minum racun baru terjun sungai ke?

banyaknya persoalan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aku agak anaknya nie mabuk ketum.. apa2pun tunggu je la keputusan post mortem ada unsur racun ke tak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 01:17 PM | Show all posts
kata byk hutang. gigih pulak beli tiket train, naik teksi semata2 nak bunuh diri.

ke kisah nya gini...family byk hutang so last option diorg pegi umah sedara nk minta tolong pinjam duit. dalam pada tu standby bawak racun kalau sedara pun x mahu menolong depa nekad minum racun dan terjun sungai aje lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 01:50 PM | Show all posts
Kesiannya ingatkan terjatuh ke apa..semoga mendapat pengadilan yang seadilnya untuk semua mangsa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 02:09 PM | Show all posts
Cubaan Bunuh Diri dan menyembunyi Kematian akibat keberhutangan dan kos sara hidup yang tinggi

2. No. Rpt/Tarikh:

18/8/18
- Arau 3388/18
- Arau rpt 3391/18
- Simpang Empat rpt 2358/18

19/10/18
-Arau Rpt 3397/18

3. Tempat Kejadian :
Bawah jejambat Lebuhraya Kuala Perlis- Changloon berhampiran Kg Bakong Arau Perlis.

4. Sek : 309 Kanun Keseksaan/Sek 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian 1957.

5. I.O Kes : Insp Firdaus Md Saad JSJ IPD Arau Perlis

6. Butir-butir pengadu:

Nama: ASP Mohd Yusry Bin Mahamad Ghaus
No Polis G 19457
Pekerjaan: KBJSD Arau Perlis.

7. Mangsa (Si Mati):

7.1 Nama: Norazalina Binti Baharom
K/p: 831109-09-5048
Umur: 35 Tahun
Alamat: No 57 Jalan Seruling 2/1
08000 Sungai Petani, Kedah

7.2 Nama:Norma Binti Pin
KP: 541219095086
Umur: 64 Tahun
Alamat: No 57 Jalan Seruling 2/1
08000 Sungai Petani, Kedah

7.3 Nama: Baharom Bin Ahmad
KP: 520410085129
Umur: 66 Tahun
Alamat: Jalan Bakar Sampah Taman Seruling,08000 Sungai Petani, Kedah.

8. Tangkapan

Nama: Mohd Zali Bin Baharom
KP:810101-09-5075
Umur:37 Tahun
Pekerjaan: Penganggur
Alamat: 1190 Lorong Gamelan 1/6 Tmn Ria Jaya Sungai Petani Kedah.
Rekod Jenayah: Tiada

9.1- Pada 18/10/2018 jam lebih kurang 0835 hrs si mati pertama ditemui terapung di sungai Kampung Belat Batu, 02600, Arau, Perlis. Pemeriksaan pada badan si mati pertama telah menemui beberapa kad pengenalan iaitu milik si mati pertama, si mati kedua, si mati ketiga dan anak si mati (Nama: Mohd Zali Bin Baharom
No KP: 810101095075). Tiada unsur jenayah pada badan dan di lokasi kejadian. SDR telah dibuka dan disiasat oleh SI Hairi Bin Din KPB Arau Perlis.

9.2 Pada jam lebih kurang 1018 Hrs si mati kedua iaitu ibu kandung si mati pertama telah ditemui terapung di sungai Kg Belat Raja Arau Perlis. Jarak lebih kurang 2km dari mayat pertama. Tiada unsur jenayah pada badan dan di lokasi kejadian. SDR dibuka oleh SI Hairi Bin Din KPB Arau Perlis.

9.3 Pada jam lebih kurang 1210hrs si mati ketiga ditemui terapung di Tandob B Kampung Che OK Simpang Empat Perlis.Jarak lebih kurang 10km dari mayat kedua. Tiada unsur jenayah pada badan dan lokasi kejadian. SDR dibuka oleh SM Bahari KPB Simpang Empat Perlis.

9.4 Pada jam lebih kurang 4.40 petang lokasi sebenar kejadian telah ditemui iaitu dibawah jejambat Lebuhraya Kuala Perlis Changloon Kg Belat Batu, Arau Perlis. Barangan peribadi seperti di Para 10 telah ditemui. Turut ditemui kesan gelincir pada tebing sungai dimana dipercayai kesemua si mati telah tergelincir dan hanyut di bawa arus. Mayat seorang lagi ahli keluarga yang dipercayai turut lemas masih belum dijumpai.

9.5 Pada 18/10/18 jam 10.00 malam terima maklumat dari orang awam bahawa anak lelaki si mati yang dipercayai turut mati lemas telah ditemui masih hidup di Taman Ria Jaya Sungai Petani Kedah. Penama mendedahkan pada 16/10/18 jam 1159 pagi telah bersama ketiga-tiga si mati menaiki keretapi dari Sungai Petani Kedah ke Arau Perlis. Tujuan ke Arau Perlis adalah untuk membunuh diri di sungai Kg Bakong Arau kerana ia adalah kampung asal ibu penama(si mati kedua).

9.6 Pada 17/10/18 jam 0245 pagi penama bersama ibu,ayah dan adik perempuannya telah meminum racun dan terjun ke dalam sungai. Penama membatalkan niatnya dan naik semula ke darat manakala ibu,bapa dan adik perempuannya telah lemas dan dihanyutkan arus. Penama telah melarikan diri ke Sungai Petani dengan menaiki keretapi di Arau pada awal pagi. Motif bunuh diri adalah disebabkan tekanan perasaan akibat hutang dan kos sara hidup.Atas pendedahan oleh penama, satu laporan polis telah dibuat sebagaimana Arau Rpt 3397/18 dan disiasat oleh Insp Mohd Firdaus Bin Md Saad JSJ IPD Arau Perlis dibawah Sek 309KK dan Sek 35 (e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.

10. Saksi

Nama: Nor Malia Binti Ahmad
KP: 870413095116
Umur: 31 Tahun
Kerja: Setiausaha Unimap
Hubungan: Cucu saudara si mati
Alamat: No 10 A Lorong Mahsuri Kampung Bakong 02600 Arau Perlis

Saksi mendedahkan pada 16/10/2018 jam lebih kurang 6.00 petang semasa melalui Jalan Kampung Bakong Arau Perlis telah ternampak kesemua si mati bersama anak lelaki yang belum ditemui sedang berjalan kaki tidak pasti menghala ke mana. Saksi tidak menegur dan beranggapan mereka baru pulang dari rumah keluarga saksi. Namun pada hari ini apabila mengetahui penemuan mayat si mati barulah saksi mengetahui bahawa kesemua si mati tidak datang ke rumah keluarganya.

11. Rampasan

11.1 (1) bentuk cincin warna emas (milik Si mati pertama)
11.2 (4) botol air mineral kosong
11.3 (1) helai sapu tangan corak kotak warna pink putih
11.4 (1) payung plastik lutsinar warna kuning
11.5 (1) pasang stokin tidak berjenama warna hitam
11.6 (1) buah telefon bimbit jenis nokia berwarna hitam
11.7 (1) plastik hijau mengandungi ubat-ubatan (Milik Norazalina Binti Baharom)
11.8 (1) baju kemeja tidak berkolar lengan panjang warna hijau lumut
11.9 (1) beg tangan tiada jenama warna coklat mengandungi cermin mata

- Rakaman percakapan pengadu dan saksi.
- Melawati tempat kejadian.
- Ketiga-tiga mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah untuk proses bedah siasat.
- Anak lelaki si mati akan direman di Mahkamah Majistret Kangar pada 19/10/18 ...

Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:16 PM | Show all posts
gigihnya naik ketapi pegi terjun sampai sungai arau sana . sungai semeling kan ada.. naik basikal je sampai
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:26 PM | Show all posts
TIGA beranak yang lemas di Sungai Arau semalam, dipercayai bertindak meminum racun sebelum terjun ke sungai berkenaan akibat tekanan hutang.

Perkara itu berdasarkan keterangan awal anak lelaki mangsa berusia 37 tahun kepada pihak polis selepas dia ditahan semalam di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah, malam tadi.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, penahanan lelaki berusia 37 tahun itu dilakukan di restoran di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, kira-kira 10 malam selepas polis mendapat maklumat awam.

Katanya, berdasarkan keterangan lelaki terbabit, mereka sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau pada pagi Selasa lalu, sebelum bertindak meminum racun dan terjun ke Sungai Arau.

"Bagaimanapun lelaki berkenaan berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan sejurus meminum racun.

"Akibat terlalu takut dia mengambil keputusan balik ke Sungai Petani menaiki kereta api pada Rabu pagi sebelum dikesan orang ramai malam tadi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Mushar berkata, berikutan itu lelaki berkenaan direman bermula hari ini hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kematian keluarga berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 kerana menyembunyikan kematian," katanya.

Semalam NSTP melaporkan mayat tiga beranak, Baharom Ahmad, 66, Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35, ditemui orang awam terapung di dalam sungai di dua lokasi berlainan di Arau.

Tiga beranak berkenaan kali terakhir dilihat saudara mereka sedang berjalan kaki di tepi sungai berkenaan kira-kira tiga kilometer dari rumah saudara mereka sebelum dilaporkan hilang
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih la kalau betul umur 60an terpaksa tamat kan nyawa sendiri mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemana eh berbincang utk suicide sama2?

“Ayah, jom mati sama2!”
Or “dik, abang, mama dan abah nak ajak kamu mati ni.”

Haih.
Wallahualam. Sedih nya la hai kerana tekanan kewangan, sampai hilang nyawa sekeluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah mangsa dihnyutkan arus deras dr sg ara ke sg petani lalu tersangkut di taman ria
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:53 PM | Show all posts
umur dh 37 tahun masih menganggur mcm mana nak langsaikan hutang? kalau kau keje pun boleh bayar hutang sikit2.. melayu ni mmg teruk cara didikan untuk anak2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 02:56 PM | Show all posts
Ethernet replied at 19-10-2018 02:09 PM
Cubaan Bunuh Diri dan menyembunyi Kematian akibat keberhutangan dan kos sara hidup yang tinggi

2 ...

Kalau betullah apa yang anak lelaki ni bagitahu polis... Speechless
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm aktiwiti cult jah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
gigih pulak gi tempat lain nak bunuh diri tapi kalau kena bunuh dgn bewak itu mcmn 3 org tak mampu berbuat apa2 langsung ke bewak tu bagi racun kat mak bapak adik dulu pastu tolak jatuh sungai, bewak tu pulak hilangkan diri acah2 dh mati kena hanyut tapi tak sampai seminggu kantoi hidup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:09 PM | Show all posts
pada usia emas mcm tu, x kan sepasang suami isteri sangup nk bunuh diri? mcm x percaya...

macam ada yg x kena...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:10 PM | Show all posts
ko duk menganggur camne nak bayar hutang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.423772 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list