CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 529|Reply: 7

[Tempatan] Berita dari N9: Purata setiap hari ada 2 kes keganasan rumahtangga. Mangsa ister

[Copy link]
Post time 19-10-2018 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Berita
Kes keganasan terhadap wanita dianggap  'tenat' - Exco NS
19 Okt 2018, 8:04 pagi
   

Kes keganasan terhadap wanita di negeri ini, dianggap ‘tenat’ apabila merekodkan secara purata setiap hari satu atau dua kes yang dirujuk di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, melibatkan 90 peratus mangsa adalah kanak-kanak perempuan hingga wanita dewasa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata data yang diambil daripada kes dilaporkan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) juga merekodkan 137 kes mangsa remaja dan kanak-kanak dengan 52 peratus daripadanya melibatkan jenayah fizikal.

Sementara daripada 151 kes wanita dewasa, 87 peratus daripadanya merupakan mangsa keganasan rumah tangga, katanya.

‘Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing. Ini termasuklah melindungi diri sendiri serta mampu mengambil tindakan wajar sekiranya mengetahui kes keganasan atau jenayah berlaku dalam kalangan anda semua.

“Tindakan proaktif dalam kalangan masyarakat mampu melindungi ahli keluarga, jiran dan komuniti daripada menjadi sebahagian daripada statistik,” katanya ketika berucap merasmikan program ‘Hentikan Keganasan, Hormati Wanita’ di Seremban semalam.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita sebagai salah satu cara mendidik masyarakat mempunyai rasa tanggungjawab berhubung isu keganasan terhadap golongan wanita.

Sementara itu, Tan berkata kesedaran dan kefahaman terhadap kesaksamaan gender perlu diterapkan agar melalui pemahaman tersebut, isu keganasan terhadap wanita dapat dibendung.

“Mengapa kefahaman terhadap kesaksamaan gender ini perlu? Ia meletakkan keupayaan setiap individu tanpa mengira jantina dan apabila setiap individu mengecapi peluang tanpa sekatan budaya, ekonomi dan sosial maka setiap orang akan mampu memperjuangkan hak diri masing-masing.

“Bagaimanapun, pada masa sama kita juga harus sentiasa waspada dengan jenayah jalanan yang tidak pernah diduga dan diharapkan pengisian program ini mampu mendedahkan kepada semua akan risiko ancaman terhadap wanita serta pelan tindakan pencegahan yang mampu meningkatkan peluang anda terselamat daripada menjadi mangsa,” katanya.

Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang merupakan sebahagian kempen 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender di seluruh dunia bagi menentang keganasan terhadap wanita dan perempuan.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 11:33 AM | Show all posts
Lahhh.. stress duk bawah pemerintahan PH ke??
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 06:59 PM | Show all posts
perempuan jugak yang kena tibai.

soalan cepu emas : adakah lelaki2 kita bermasalah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Didiklah anak2 lelaki sejak dari kecil... Be a gentleman, respect women dan jgn berkasar dengan mereka. Jangan suruh anak perempuan sahaja melakukan kerja rumah, anak lelaki pun kena diajar tanggungjawab dari rumah. Raise boys and girls the same way gitu. Di kalangan family melayu (bukan semua) anak lelaki dirajakan. I think that's why they will grow up expecting women to serve them. Kalau tak ikut cakap mereka akan dipukul.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tak kaum wanita yg kene dera tu bangkit balik utk melawan balik somi korang yg hauk tu
ayuh bangkit sis sis sekalian
jgn sedu sedan menangis2 mcm lemah sangat
ms laki korang tido tu ko hentak la puas2 smpi dia jd OKU/Lumpuh lps tu blah cabut lari
baru puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:55 PM | Show all posts
Oktober adalah bulan Domestic Violence Awareness Month.

Bagi kaum isteri yg ingin bebas drpd terus menerus jd mangsa keganasan rumah tangga:
  • Simpan no. tel rumah perlindungan/women shelter
  • Luahkan masalah korang dgn seseorg yg benar2 boleh dipercayai (cth: bff, rakan sekerja atau ahli korga) Cipta satu perkataan kod khas - yg korang boleh text kpd kwn/family member itu- sekiranya berada dlm kecemasan.
  • Sekiranya pasangan mencederakan diri korang, terus pergi ke emergency dept. dan minta staff di situ rekodkan kedatangan dan sebab korang dirawat di situ.
  • Catatkan dlm journal sebarang insiden ugutan dan kekasaran, jgn lupa letak tarikh. Kalau boleh, ambik gambar kecederaan itu.
  • Buat persediaan melarikan diri. Rancang ke mana nak pergi dan transport utk dinaiki.
  • Sekiranya korang ada kereta, parking di mana takda keta lain boleh block. Pastikan sentiasa isi minyak dgn penuh. Letak kunci di tempat yg ko boleh capai dgn segera. In case, pasangan ambik kunci keta, sembunyikan satu lg set kunci spare.
  • Simpan duit utk diri sendiri, dlm akaun bank rahsia yg lain atau mintak tolong rakan dan ahli keluarga yg amanah simpan utk ko.
  • Kemas barang2 spt pakaian, ubat2an penting dan dokumen (birth certificates, credit card, bank information, important phone numbers, passport, medical records etc) dan simpan terlebih dahulu di rumah ahli keluarga dan kawan itu. kalau boleh elakkan mendptkan pertolongan jiran atau mutual friends. Takut dia org terpecah lobang.
  • Check jadual pasangan utk meastikan masa yg sesuai utk melarikan diri
  • Katakanlah tak sempat buat apa2, tiba2 pasangan naik hantu... jgn sesekali lari ke bilik tidur atau dapur. Atau di mana adanya benda2 tajam dan merbahaya. Jgn biarkan diri ko terperangkap. Pastikan ko berada dekat dgn pintu utama di ruang tamu atau gate, kalau ada apa2 ko boleh melarikan diri.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami tgh tidur apalagi ambil hammer kasi hantam kepala kasi pecah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:42 PM | Show all posts
ninja boy replied at 19-10-2018 10:39 PM
Suami tgh tidur apalagi ambil hammer kasi hantam kepala kasi pecah

Haha ganas betul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.063689 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list