CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Tempatan] Bukan salah sekolah sukan

[Copy link]
Post time 19-10-2018 11:36 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Kejayaan seseorang atlet itu bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia mahu memacukan dirinya ke arah yang diinginkan.

Andai mereka gagal adakah pihak sekolah juga yang perlu dipersalahkan?

Itu persoalan yang diajukan Pengetua Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Suhaimi Sun yang berpendapat pihak sekolah sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan pelajar berjaya baik dalam pelajaran mahupun kariernya di masa depan.

Buktinya, seramai 51 dari 48 pelajar yang melanjutkan pelajaran di Pra Universiti di SSTMI berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Ramai atlet dari sekolah sukan kini berada di menara gading. Mereka menyambung dalam pelbagai bidang termasuk dalam Kejuruteraan Aeroangkasa.

“Dari awal penubuhan SSTMI lagi kami sudah memberi penumpuan terhadap pelajaran untuk setiap atlet. Saya mahu pelajar SSTMI khasnya mempunyai sesuatu sebagai bekalan pada masa hadapan.

“Jadi siapa yang perlu dipersalahkan ketika sekolah sudah memberikan peluang dan ruang untuk mereka tapi tidak digunakan sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan itu milik mereka,” katanya.

Katanya, sekolah sukan ketika ini bukan hanya memberi tumpuan kepada sukan semata-mata tapi ia juga menjurus kepada kejayaan akademi dan sasiah pelajar itu sendiri.

“Pelajaran dan sukan perlu berjalan seiring. Ramai pelajar dari SSTMI khasnya sudah berjaya bukan hanya di peringkat luar tapi juga berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.

“Ambil contoh kejayaan pemain hoki yang menyumbangkan emas di temasya Olimpik Belia, lapan dari sembilan atlet mereka adalah dari SSTMI. Dua daripadanya pelajar yang akan menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan enam Pra-Universiti,” katanya.

Jelasnya, adalah tidak adil jika kegagalan seseorang atlet itu diletakkan sepenuhnya di bahu sekolah ketika pihak mereka sudah melakukan yang bagi menjamin masa depan atlet termasuk membantu mereka melanjutkan ke pelajaran ke peringkat universiti.

“Sebagai contoh, daripada 2,000 pelajar adakah kesemuanya berjaya? Pasti ada yang keciciran jika mereka sendiri tidak pandai untuk membawa diri memacu diri ke arah yang diinginkan,” katanya.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.056690 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list