CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 6

[Tempatan] Cinta gurun Sahara satukan dua doktor

  [Copy link]
Post time 19-10-2018 02:20 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR - Dua doktor perubatan angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak menyangka penyertaan mereka dalam misi pengaman PBB di Sahara Barat dekat sempadan Maghribi, Afrika lebih 10 tahun lepas melahirkan bibit cinta yang membawa mereka ke jenjang pelamin.   

Siapa sangka misi selama enam bulan pada tahun 2007 di tengah padang pasir itu akhirnya telah mempertemukan jodoh Kol Dr Mohammed Munir Osman, 39, dari Segamat, Johor dan Kol Dr Siti Zulaili Zulkepli, 38, dari Sungai Petani, Kedah.
ADVERTISING

“Sebelum misi di Sahara, kami tidak lagi mengenali antara satu sama lain, namun kami telah sama-sama ditugaskan dalam misi pengaman PBB di Sahara di bahagian perubatan dan di situlah kami mula kenal.

“Banyak pengalaman yang kami tempuh di Sahara khasnya dalam berhadapan masalah komunikasi kerana tidak semua anggota tentera dari beberapa negara di bawah PBB yang fasih menggunakan bahasa Inggeris,” kata Dr Mohammed Munir di sini.

Dr Mohammed Munir dan Dr Siti Zulaili merupakan pasangan suami isteri tunggal daripada 66 orang yang menerima kenaikan pangkat pegawai kanan tentera darat pada satu majlis yang disempurnakan oleh  Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi di sini, semalam.

Beliau berkata ketika menyertai misi itu, mereka hanya banyak memberikan rawatan kecederaan  ringan kepada anggota dan tidak seperti sebelumnya yang mana ramai anggota pengaman cedera parah akibat periuk api.

Ditanya kenapa memilih perkhidmatan dalam TDM, Dr Mohammed Munir berkata beliau gemarkan sesuatu yang mencabar dan lasak selain suka untuk berkhidmat di kawasan-kawasan luar daripada rutin seorang doktor biasa.

“Bertugas sebagai doktor dalam TDM, saya mendapat banyak peluang bertugas di lapangan  seperti menyertai misi pengaman di Timor-Leste, Sahara selain yang terbaru di Cox’s Bazar, Bangladesh dari Februari hingga Mei lalu,” katanya.

Pengalaman di Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar merupakan antara yang amat berharga baginya  apabila merawat kira-kira 100 pesakit sehari dan berjaya membuat kira-kira 200 pembedahan dalam tempoh sembilan bulan.

“Hospital medan kita di Cox’s Bazar merupakan antara yang terbaik dan menjadi rujukan kepada  pasukan perubatan lain yang turut berada di sana seperti yang dimiliki Turki dan The International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC),” katanya.

Dr Mohammed Munir yang merupakan lulusan The Royal College of Surgeons di Ireland kini merupakan  doktor pakar ortopedik di Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak.

Dalam pada itu, Dr Siti Zulaili berkata selepas mengenali dengan lebih dekat Dr Mohammed Munir,  mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 2008 sekembalinya daripada misi pengaman di Gurun Sahara.

“Walaupun kami bertugas di tempat yang sama dan bidang yang sama, namun kami tetap profesional  dan membahagi masa antara keluarga dan tugas,” katanya.

Lulusan jurusan doktor perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Dr Siti Zulaili berkata beliau sentiasa berbincang dengan suaminya tentang tugas dan pada masa yang sama tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.

“Kami ada dua anak iaitu perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki empat tahun, memang sebagai ibu dan isteri saya tidak pernah lupa tanggungjawab saya.

“Awal pagi saya kena bangun siapkan anak-anak sebelum pergi bertugas dan bagi saya ia tidak menghalang saya untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada saya,” katanya yang juga bertugas di Hospital Angkatan Tentera Lumut.- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowiee
Bagus la depa.neh..
Dua dua pakar plak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 05:00 PM | Show all posts
Sooooww sweet! Semoga jodoh mereka berdua berkekalan sehingga Syurga Firdaus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha mcm ni la bagus...berkhidmat merata tempat tapi tak mencapap mcm doktor laksa tu 'awak doktor ke saya doktor? SPM dpt berapa?'
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Too good to be true jah doc ni siapkan anak pepagi.. Biasa doc ni biar je anak depa bibik yg siapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor yg sombong merawat beribu pesakit tu sape nama?tak malu ke tengok pasangan ni.pakar lagi x de perangai mcm perangai dia. Mcm perangai betina garit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 19-10-2018 08:13 PM
Ha mcm ni la bagus...berkhidmat merata tempat tapi tak mencapap mcm doktor laksa tu 'awak doktor ke  ...

Puan ni bebal tauu beball..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069213 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list