View: 827|Reply: 7
|
[Tempatan]
Jatuh dalam lombong, terpaksa bergelut tiga ular berbisa
[Copy link]
|
|
AGUILA - ARIZONA. Terpaksa bergelut dengan tiga ekor ular berbisa antara pengalaman ngeri yang perlu dilalui oleh seorang warga emas ketika terperangkap di dalam lombong pada ke dalaman 30 meter.
John Waddel, 62, perlu melalui pengalaman itu selama dua hari di Aguila, Arizona.
ADVERTISING
Memetik laporan Fox News, dia mengalami kecederaan patah di bahagian kaki setelah terjatuh hingga tidak mampu memanjat semula bagi menyelamatkan diri.
Rakannya Terry Schrader memberitahu, dia telah membuat perjanjian sebelum pergi ke kawasan lombong yang menjurus kepada penemuan John.
"Dia hubungi saya pada Ahad dan berkata akan kembali dari lombong pada Selasa lalu. Jika dia tidak pulang, dia suruh saya cari di sana. Kami selalu berjanji seperti itu.
"Ternyata dia tidak pulang pada Selasa. Jadi saya pergi ke sana pada Rabu sebelum mendengar suaranya sedang meminta pertolongan," katanya.
Dalam pada itu, pihak berkuasa mengambil masa kira-kira enam jam untuk mengeluarkan lelaki tersebut.
Selain patah kaki, John turut mengalami kekurangan air dalam badan.
Bercerita lanjut mengenai pengalamannya, John berkata dia terpaksa membunuh tiga ekor ular berbisa sewaktu berada di dalam lombong. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siannya ummah kokesen itu |
|
|
|
|
|
|
|
Wow dia bunuh 3 ular berbisa |
|
|
|
|
|
|
|
mana bangkai ular tersebut.. tunjuk bukti ya, kalau tidak cerita anda adalah umpama kekrul yg nyaris dipatuk ular sewaktu berehat di rnr.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik bukan ular sawa... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib dah pesan awal2 dengan kawannya tu kalau tak mesti tak siapa tahu dia dimana |
|
|
|
|
|
|
|
kesian atok. nasib baik panjangnyawanya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|