CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 731|Reply: 0

Dua Atlet Angkat Berat Sah Guna Methylhexanamine Ketika Sukma Perak

[Copy link]
Post time 19-10-2018 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Doping adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet.


Adakala doping dilakukan secara sengaja oleh atlet, tetapi ada juga doping dilakukan secara tidak sengaja.




Kredit foto: carian internet



Memetik laporan Astro Awani, agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) semalam mengesahkan dua atlet angkat berat gagal dalam ujian doping ketika Sukan Malaysia (Sukma) Perak bulan lepas.


Menurut pengarah Adamas, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, atlet berkenaan mungkin mengambil suplemen yang mengandungi bahan terlarang methylhexanamine.


"Hasil ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel dua atlet berkenaan yang mendapat pengiktirafan Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) di New Delhi, baru-baru ini memang mendapati sampel mereka positif penggunaan bahan berkenaan."


Mengulas lanjut, Dr Ramlan yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara berkata keputusan ujian doping dua atlet berkenaan turut dimaklumkan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukma Perak, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri serta Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM).- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070220 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list