CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 1

[Dunia] Hakim terima rasuah Pedophil

[Copy link]
Post time 19-10-2018 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
LIMA: : Cawangan Kehakiman Peru meluluskan permintaan Kementerian Awam negara itu supaya mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap bekas Hakim Mahkamah Agung, Cesar Hinostroza yang kini dilaporkan lari ke Sepanyol.

Dalam satu sidang media Perdana Menteri, Cesar Villanueva berkata, pada 7 Oktober bekas hakim itu dilaporkan meninggalkan negara Peru melalui pintu sempadan di utara secara haram.

Dalam satu siri rakaman audio dikeluarkan TV Panorama dan laman web kewartawanan penyiasatan IDL-Reporteros, Hinostroza didakwa berunding dengan seorang individu dan menerima habuan untuk mengurangkan hukuman ke atas pesalah rogol kanak-kanak.

Pada 4 Oktober, Kongres Peru meluluskan pemecatan Hinostroza selain dilarang memegang jawatan awam selama 10 tahun serta dituduh terlibat dalam jenayah terancang.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Mauro Medina turut mengumumkan peletakan jawatannya selepas Honostroza berjaya keluar dari Peru.

"Saya menerima peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri kerana perkara itu amat serius. Kami tidak akan mengalah dalam memerangi jenayah rasuah.

"Kami tidak akan berputus asa dalam perjuangan frontal terhadap rasuah," kata Presiden Peru Martin Vizcarra melalui Twitternya.

Vizcarra berkata pihak yang didapati melindungi Hinostroza juga akan berdepan tindakan dan perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai siapa yang melindungi pelaku perbuatan rasuah dan yang menghalang siasatan terhadap kes tersebut, tambahnya.

-- BERNAMA-NNN-ANDINA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 02:57 PM | Show all posts
wasitnya curang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.061537 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list