CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5079|Reply: 75

[Tempatan] 8 daripada 45 pertuduhan terhadap Zahid membabitkan rasuah bernilai RM21.25 jut

  [Copy link]
Post time 19-10-2018 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-10-2018 07:05 AM

Perincian rasuah RM21.25 juta Zahid, menurut SPRM

https://www.malaysiakini.com/news/448021

Diterbitkan 19 Okt 2018, 1:02 petang  |  Dikemaskini 19 Okt 2018, 1:46 petang



Lapan daripada 45 tuduhan yang dikenakan ke atas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini, membabitkan suapan berjumlah RM21.25 juta semasa beliau menjadi menteri dalam negeri.

Tuduhan yang dikenakan oleh SPRM melibatkan tiga kes berasingan.

Kes pertama melibatkan bantuan kepada Mastoro Kenny It Consultant & Services mendapatkan projek MyEG.

Untuk itu, Zahid menerima sejumlah 24 cek bernilai RM13.25 juta antara 15 Julai 2016 dan 8 Feb 2017.

Sementara itu, dalam kes kedua, Zahid dituduh menerima dua cek bernilai RM6 juta daripada Chew Ben Ben, Datasonic Group Bhd pada 26 April 2017.

Chew kini adalah pengarah urusan Datasonic dan pemegang saham utama, dengan kepentingan 14.18 peratus dalam kumpulan itu.

Datasonic pada Disember 2015, memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM318.75 juta untuk membekalkan 12.5 juta cip pasport dari Disember 2016, sehingga akhir November 2021.

Kumpulan itu pada April tahun ini berjaya mendapatkan kontrak RM270.71 juta daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan 9.96 juta laman biodata polikarbonat untuk kegunaan Jabatan Imigresen.


Bagi kes ketiga, Zahid dituduh menerima tiga cek bernilai RM2 juta daripada pengarah Profound Radiance Sdn Bhd, Azlan Shah Jafril antara 3 Ogos 2017 dan 15 Mac tahun ini.

Menurut SPRM, Profound Radiance menjalankan pusat sehenti di Nepal dan Pakistan.

Pusat ini memproses permohonan visa bagi mereka yang mencari pekerjaan di Malaysia.

Profound Radiance adalah salah satu daripada tiga syarikat yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menguruskan pusat sehenti itu semasa Zahid menjadi menteri dalam negeri.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 03:04 PM | Show all posts
Edited by namirulmukminin at 19-10-2018 03:05 PM
Sementara itu, dalam kes kedua, Zahid dituduh menerima dua cek bernilai RM6 juta daripada Chew Ben Ben, Datasonic Group Bhd pada 26 April 2017.
Chew kini adalah pengarah urusan Datasonic dan pemegang saham utama, dengan kepentingan 14.18 peratus dalam kumpulan itu.
Datasonic pada Disember 2015, memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM318.75 juta untuk membekalkan 12.5 juta cip pasport dari Disember 2016, sehingga akhir November 2021.


Loh... balik2 cina sepet jugak yg ko kayakan bagi projek.. Bodow punya Wak Jahid.. mereput la ko!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aihh..bukan kes byr kad kedit jah..sprm korek kes lain juga..bertabah la

Prk 1 more ph bole menang x?


BAGAN DATUK

NEGERI : PERAK

PARLIMEN : P.075 - BAGAN DATUK

PARTI MENANG : BN

MAJORITI UNDI : 5073
NAMA PADA KERTAS UNDI :        BIL UNDI :
ATA ABDUL MUNEIM DATO' HASAN ADLI
(PAS)        4061
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
(BN)        18909
PAKHRURRAZI HJ ARSHAD
(PKR)        13836
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:11 PM | Show all posts
yang sepet2 tokei2 company tu tak kena tangkap sama pulop yer.



Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:12 PM | Show all posts
erm.... byk nye...

so? kak long? camna tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:12 PM | Show all posts
ke tokei2 tu dah masuk PH, dah suci cam guanjing.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 03:14 PM | Show all posts
byknya  duit sekor2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:16 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 19-10-2018 07:04 AM
Loh... balik2 cina sepet jugak yg ko kayakan bagi projek.. Bodow punya Wak Jahid.. mereput la ko ...

Datasonic punya pemegang saham terbesar adalah orang melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 03:17 PM | Show all posts

Ş

Dah kaya masa jadi ketua pemuda umno lagi tak  cukup cukup
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:17 PM | Show all posts
Tak ada tabung tin milo ke untuk penyokong2 dia derma kos guaman?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:20 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 19-10-2018 03:16 PM
Datasonic punya pemegang saham terbesar adalah orang melayu

Dah tu ni dia ckp apa?

Chew kini adalah pengarah urusan Datasonic dan pemegang saham utama, dengan kepentingan 14.18 peratus dalam kumpulan itu.


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:29 PM | Show all posts
yang mmberi rasuah mmg xperlu disabit kesalahan la eh...hanya yg menerima aje yg bersalah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:35 PM | Show all posts
Kalau salah, memang elok lah kena tangkap.

BN ke PH ke memang tak mau rotten tomato macam ni.  Tapi Jangan kerja kan orang sebab dendam. Mesti jalankan untuk semua.

Salah tetap salah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bartabahla

Ahmad Zahid reda dengan pertuduhan terhadapnya
MUHAMMAD AFHAM RAMLI & RIDAUDDIN DAUD
19 OKTOBER 2018
Ahmad Zahid reda dengan pertuduhan terhadapnya
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayar jaminan sebanyak RM1 juta selepas didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - "Mudah-mudahan ALLAH memberi perlindungan terhadap saya," kata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur, tadi.

Menurutnya, beliau amat reda dengan tuduhan yang telah dipalingkan kepadanya untuk menentukan bahawa segala apa yang diterimanya adalah ujian dari ALLAH ke atas usaha yang sedang dilakukan.



"Saya rasa sebarang kerja amal baik yang kita lakukan masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang melanggar perundangan.

"Saya akan guna mahkamah sebagai tempat terbaik, bukan hanya sebagai tempat untuk melakukan pembelaan terhadap semua pertuduhan berkenaan tetapi untuk menjelaskan perkara yang termasuk dalam pertuduhan berkenaan," katanya.

Advertisement

Tambah bekas timbalan perdana menteri itu, beliau akan buktikan bahawa apa yang telah dilakukannya dengan pembinaan beberapa premis untuk syumulnya Islam bagi pembinaan maahad tahfiz, masjid, surau, rumah anak yatim dan lain-lain.

Katanya, apa juga pendapat yang berbeza di luar sana di kalangan masyarakat, beliau menyerahkan kepada ALLAH untuk menentukan kerja-kerja yang baik yang dibuatnya.

"Saya buat dengan niat untuk menegakkan agama ALLAH, mudah-mudahan ALLAH beri perlindungan kepada saya," katanya.

Hari ini, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen, atas 45 pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

Ahmad Zahid, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berikutan jumlah pertuduhan yang banyak, ia dibaca secara bergilir oleh tiga jurubahasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahid hadapi 10 tuduhan pecah amanah, 27 tuduhan pengubahan wang haram
19 Okt 2018, 10:33 pagi (Dikemaskini 19 Okt 2018, 11:40 tengahari)

A A
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid menghadapi 10 tuduhan pecah amanah, 27 tuduhan pengubahan wang haram dan lapan tuduhan rasuah.

Zahid mengaku tidak bersalah atas 10 tuduhan pecah amanah wang milik Yayasan Akalbudi dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42 juta.

Zahid juga mengaku tidak bersalah atas 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72 juta.

Zahid, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.

Mahkamah membenarkan anggota Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkannya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah memerintahkan Zahid membayar jaminan sebanyak RM1 juta hari ini manakala bakinya sebelum atau pada 26 Okt dan menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes.


Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P. Kunyalam, T. Deepa Nair dan Nadia Mohd Izhar.

Zahid, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diwakili 12 peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik dan dibantu antaranya Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Kitson Foong
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
NASIONAL
Tok Mat minta ahli Umno bertenang
MUHAMMAD AFHAM RAMLI & RIDAUDDIN DAUD
19 OKTOBER 2018
Tok Mat minta ahli Umno bertenang
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Ahli Umno diingatkan untuk bertenang agar perjalanan proses perundangan terhadap Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjalan lancar.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Ahmad Zahid dan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap institusi awam.



"Sebagai ahli Umno...parti ini percaya terhadap institusi awam, jadi kita percaya bahawa pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mahkmah akan menjalankan tugas dgn profesional tanpa prejudis.

"Sebab itu saya harap agar ahli Umno bertenang dan biar proses perundangan ini berjalan kerana kita mesti percaya kepada institusi awam," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, tadi.

Beliau sebelum itu antara pimpinan tinggi Umno yang hadir menyatakan solidariti terhadap Ahmad Zahid yang dibicarakan atas dakwaan salah guna dana sebuah yayasan.

Jelas Mohamad, diharap institusi ini menjalankan tugas tanpa ada sebarang tekanan dari mana-mana pihak.

Selain itu, beliau juga membidas cubaan terdapat pihak cuba merencatkan Umno dengan menekan individu tertentu.

"Umno adalah parti yang dianggotai lebih empat juta orang ahli dan bukannya parti individu, jadi usaha untuk rencatkan Umno dengan menekan individu tertentu tidak akan mematahkan semangat kita.

"Saya harap agar Ahmad Zahid mendapat perbicaraan yang adil," katanya

Umno ade 4 JUTA ahli tawwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 03:50 PM | Show all posts

Bodoh la lu. Pemegang saham utama  bukan pemegang saham terbesar. Abu hanifah paling banyak saham
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bertabahlah bonda dan kak long... tak lupa elly suriatie..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:56 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 19-10-2018 03:50 PM
Bodoh la lu. Pemegang saham utama  bukan pemegang saham terbesar. Abu hanifah paling banyak saham ...

Pulak.. nama Pemegang Saham Utama tapi jumlah pegangan kecik je.. Pemegang saham terbanyak pulak jadi Pemegang Saham tercorot.. Camtu... Ok...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 03:59 PM | Show all posts
roy3 replied at 19-10-2018 03:46 PM
NASIONAL
Tok Mat minta ahli Umno bertenang
MUHAMMAD AFHAM RAMLI & RIDAUDDIN DAUD

Amboi.. kalu kat tred ni kemain lagi ko meroyan tak cukup taik ko nak lomor ye.. Kat tred2 Pakatan Haprak ko kena kutuk tu takde plak nak masuk membekap... Gitu la rutin Mahacai kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.084460 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list