CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Tempatan] Bangsa Miri Gemarkan Anjing

[Copy link]
Post time 19-10-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MIRI, 19 Okt (Bernama) -- Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies di bandar raya ini memaksa Majlis Bandaraya Miri (MCC) menempah tambahan 2,200 plat lesen bagi haiwan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCC berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,200 telah siap dan pemilik anjing yang berdaftar boleh datang mengambilnya di Seksyen Penyelenggaraan dan Kebersihan Awam MCC pada waktu pejabat.

Sementara itu, sesi ketiga program vaksinasi rabies percuma selama dua hari akan diadakan esok di Dewan Dato Permaisuri di Permyjaya, pusat komersil baharu Tudan dan kawasan letak kereta berhampiran pasar raya Nam Leong Supermarket di Desa Senadin dari 9 pagi hingga 4 petang.

Sebanyak 46 kawasan di Sarawak telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies termasuk empat di bandar raya ini iaitu Piasau Jaya, Lutong Shell, kawasan Lapangan Terbang Miri dan Shin Yang Plywood Sdn Bhd, Kuala Baram.

-- BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.064055 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list