Siapa yang tidak jatuh cinta dengan negara Australia. Selain popular dengan kanggaru, Australia begitu kaya dengan tempat-tempat menarik dan menawan mata memandang yang terhasil secara semula jadi.
Jom ikuti 4 Keajaiban Alam Yang Menawan Sesiapa Yang Memandang di Australia
Mount Gower, Lord Howe Island, NSW
Foto : SOUTHERN LIGHTSCAPES/GETTY IMAGES
Foto : James D. Morgan
Ianya terletak di Pulau Lord Howe dan ia umpama satu titik kecil di lautan Tasman yang lokasinya di antara New Zealand dan Australia. Puncak gunung dengan ketinggian 875 m mempunyai tebing-tebing yang curam sudah pasti mencabar para pendaki untuk mendaki gunung ini. Walaupun susah, tidak dapat disangkal lagi semua kepayahan itu akan terbayar bila anda berada dipunca.
Lamington National Park
Foto : Auscape-UIG-REX-Shutterstock
Foto : STONEOGRAPHY, GETTY IMAGES
Taman Negara Lamington merupakan hujan hujan yang terbesar di Australia dan penuh dengan aktiviti 'outdodr' yang ada di sini. Kawan yang penuh dengan flora dan fauna ternyata mendamikan dengan udara yang sejuk dan segar. Tambah menarik lagi, terdapatnya air terjun yang berkeluasan 200 km persegi di sini. Memang menarik!
Ormiston Gorge
Foto : Auscape-UIG-REX-Shutterstock
Umpama berada di zaman pra-sejarah, Ormiston Gorge ini begitu menarik mata memandang. Pemandangan tebing batu yang berwarna sangat 'oldschool' pastinya menjadi latar yang menarik untuk anda merakam gambar kenangan di sini.
Whitehaven Beach
Foto : ANDREW WATSON, GETTY IMAGES
Terletak Quensland, Whitehaven Beach akan membuatkan mata terpana dengan keindahan pantai begitu membiru bercampur dengan warna pasir yang memutih membentuk pusaran yang begitu menawan. Memang ciptaan tuhan yang sangat indah. Di sini anda boleh berkhelah bersama keluarga ataupun rakan anda. - CARI
Kredit : National Geographic |