Pernahkah anda tahu kuaci yang anda makan sambil menonton tv atau ketika santai bersama keluarga itu diperbuat daripada apa? Mungkin anda tahu ianya berasal daripada pokok bunga matahari tapi pernahkah anda melihat kejadian kuaci tersebut?
Penulis akui tidak pernah melihat penghasilan kuaci daripada pokok bunga matahari, oleh itu penulis ingin kongsikan gambar - gambar bagi yang tidak pernah tengok asal usul kuaci.
Kembang tekak pun ada jugak ya! Jom kita lihat.
Rasanya semua orang tahu kuaci berasal dari pokok bunga matahari. Kalau tak pernah tengok pokok bunga matahari , ha macam dekat atas tu.
Korang rasa apa bila tengok gambar ni? Penulis rasa kembang kepala pula.
Perkongsian facebook ini daripada saudari Sakinah Zainalyang menanam pokok bunga matahari kemudian mula menuai hasil kuaci apabila sudah masak.
Menurutnya lagi, kuaci yang dikutip tersebut perlulah direndam dalam air garam kemudian dipanggang dalam ketuhar sebelum dimakan. Menarik bukan? Jom ramai ramai tanam pokok bunga matahari! - CARI |