Seorang wanita terbunuh akibat tersepit di pintu garaj automatik selepas bertanya kepada rakannya sama ada dia pernah 'bergantung pada pintu garaj automatik ketika ia sedang dinaikkan'.
Memetik Daily Mail, pekerja sosial Heidi Chalkley, 40, diseret hingga ke penggelek panel sebelum tersepit dan meninggal dunia.
Rakannya, Susan Gilmore hanya mampu melihat detik mencemaskan itu sebelum Heidi meninggal dunia dalam keadaan mengerikan.
Susan mendakwa dia menyangka Heidi hanya bergurau dan akan melepaskan panel pintu berkenaan.
"Namun, dia mula panik kerana tangannya tersepit di penghalang," katanya.
Menurut laporan, seorang lelaki yang tinggal berdekatan cuba membantu menyelamatkan mangsa, namun paramedik mengesahkan dia sudah terlewat kerana kepala Heidi sudah tersepit di antara panel pintu dan siling.
Dua dari kiri: Bapa dan anak Heidi
Menurut keterangan saksi, dia melihat wanita itu tergantung tiga kaki dari lantai dan darah keluar dari mulutnya.
Bedah siasat mendapati, mangsa mengalami keretakan pada rahang, tulang rusuk, tulang belakang dan lengannya.
Ibu Heidi
Kredit foto: The Sun
Pemeriksa kesihatan dan keselamatan, Graeme Warden berkata, pintu garaj berkenaan sudah beberapa kali dilaporkan mengalami kerosakan. - CARI |