Perbezaan umur yang besar antara pasangan selalu kita dengar membabitkan pasangan lelaki yang lebih tua dan wanita yang jauh lebih muda. Walau bagaimanapun, trend cougar semakin menjadi pilihan ramai seiring dengan trend di Hollywood di mana artis-artis wanita terkenal seperti Jennifer Lopez, Mariah Carey, Demi Moore atau Madonna lebih suka memilih pasangan lelaki yang jauh lebih muda daripada mereka.
Kredit Foto: Carian Google
Di Indonesia dan Malaysia, terdapat beberapa pasangan cougar ini yang menggemparkan ramai kerana perbezaan umur yang besar di antara wanita usia lanjut dan suami lebih muda. Yang penting, 7 perkahwinan ini membuktikan cinta tak kenal siapa;
Zulhery (25) dan Nuraisyah (60)
Kredit Foto: Tribun Medan
Pasangan dengan beza usia 35 tahun ini berasal dari Aceh Utara dan mula berkenalan melalui telefon pada 24 November 2017. Perbezaan usia tidak menghalang mereka untuk melangsungkan pernikahan pada 18 Oktober 2018 di Pejabat Agama selepas 10 bulan menjalin hubungan. Menurut sang isteri yang bekerja sebagai tukang cuci, ketika si suami mula berterus terang ingin menjalin hubungan rapat dengannya, beliau berterus terang tentang usianya yang jauh lebih matang tetapi Zulhery serius untuk menikah. 'Selepas mendapat persetujuan keluarga kedua belah pihak, kami sepakat menikah' kata Nuraisyah. Uniknya Nuraisyah juga belum pernah berkahwin. Selepas perkahwinan mereka, Zulhery yang bekerja sebagai nelayan memutuskan untuk tinggal di rumah isterinya.
Rokim (24) dan Tampi (67)
Kredit Foto: Apekecoh
Rokim dikatakan sudah mengenali Tampi sejak 8 tahun sebelum berkahwin ketika dia masih berusia 16 tahun lagi. Perbezaan umurnya yang lebih 43 tahun tidak mengurangkan cintanya. Menurut Rokim, beliau pada mulanya rasa kasihan dengan Tampi yang tinggal sendirian . 'Saya simpati dengan hidupnya seharian sebagai buruh, jadi saya sering ke rumahnya untuk bermain dan menemaninya' kata Rokim. Ternyata rasa kasihan itu lama-lama membuatnya jatuh cinta. Tampi tidak teragak-agak menerima pinangan Rokim dengan mas kahwin Rp50 ribu (RM15) kerana perilakunya yang baik. Rokim mengatakan Tampi adalah cintanya yang pertama dan terakhir.
Slamet Riyadi (16) dan Rohaya (71)
Kredit Foto: Tribun Timur
Dalam seusia 16 tahun, ternyata Slamet Riyadi telah memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang jauh lebih tua daripada neneknya. Si isteri Rohaya (71) sendiri bukannya orang yang senang jadi kalau ada komen yang menuduh Slamet cuba mendapat kekayaan dari perkahwinan ini, tohmahan itu ditolak mentah-mentah oleh Slamet. Menurutnya, rasa cinta terbit daripada perhatian yang diberikan oleh Rohaya kepadanya. Slamet sendiri adalah anak yang terbiar akibat perceraian ibu bapanya jadi perhatian yang diberikan oleh Rohaya yang menjaganya ketika dia sakit malaria menyebabkan mereka bersetuju untuk berkahwin selepas berkenalan hanya 6 bulan, walaupun ditentang oleh keluarga pengantin lelaki.
Ade Irawan (21) dan Manih (67)
Kredit Foto: Sriwijaya Post
Perbezaan usia lebih 46 tahun tidak menghalang pasangan ini untuk jatuh cinta. Mereka berkahwin selepas berkenalan hanya seminggu! Ternyata hubungan mereka bermula daripada luahan rasa cinta si isteri dan kemudian disambut oleh si suami. Ade yang bekerja sebagai buruh bangunan menolak dituduh sebagai mata duitan. Memandangkan pendapatan Ade tidak seberapa, perbelanjaan perkahwinan mereka ditanggung sepenuhnya oleh Manih yang menjual sebidang tanahnya dengan harga Rp20 juta (RM6,000) di mana Rp 3juta (RM940) dikatakan diguna untukmembeli gigi palsu khas. Manih yang kaya raya juga dikatakan mempunyai simpanan lebih Rp200 juta (RM63,000) di bank.
Martha Bate (82) dan Sofian Loho (28)
Kredit Foto: Info Teratas
Pasangan yang berasal dari Sulawesi Utara ini bertemu apabila Sofian tersilap mendail nombor telefon kawannya dan disambut oleh Martha. Mereka kemudiannya meneruskan komunikasi melalui telefon sebelum memutuskan untuk berjumpa 2 minggu kemudian. Sofian mulanya terkejut dengan rupa Martha yang terlalu tua berbanding perkiraannya. Tetapi kerana terlanjur jatuh cinta, mereka meneruskan perhubungan dan mengambil keputusan untuk bernikah. Lucunya, ketika ibubapa Sofian datang meminang, mereka berfikir cucu Martha yang akan berkahwin dengan anak lelaki mereka. Selepas berkahwin pada 18 November 2017, Sofian memutuskan untuk tinggal di rumah Martha.
Wook Kundur (106) dan Mohd. Nor Musa (37)
Kredit Foto: Utusan Online
Perkenalan mereka bermula apabila Mohd. Nor menyewa sebuah rumah milik Wook. Pada mulanya Mohd. Nor hanya menganggap Wook seperti ibunya tetapi perasaan itu bertukar menjadi rasa cinta. Nenek Wook mencadangkan mereka berdua barkahwin kerana beliau telah lama hidup sendirian dan untuk mengelakkan pandangan serong masyarakat setempat. Mohd Nor pula bersetuju kerana ingin menjaga kehidupan nenek Wook dengan lebih sempurna. Malang menimpa nenek Wook kerana rupanya si suami seorang penangih dadah dan dipenjarakan sejurus kemudian. Walau bagaimanapun, Nenek Wook berkata dia akan terus setia menanti suaminya keluar dari penjara dan hidup bahagia seperti pasangan orang lain.
Jadi buat para wanita yang belum berpunya, jangan putus asa kerana mungkin pasangan anda masih belum lahir! -CARI |