Peminat Kim Kardashian menyelar tindakan bintang realiti terkenal itu menyunting saiz punggungnya supaya kelihatan lebih kecil dalam gambar promosi KKW Beauty, produk kosmetik terbaharunya.
Kredit Foto: Instagram
Nampaknya punggung Kim Kardashian menggemparkan internet sekali lagi. Untuk mempromosikan KKW Beauty, rangkaian produk terbaharunya yang menampilkan serbuk pigment dipanggil Flashing Lights, Kim telah memuat naik beberapa keping gambar promosi di Instagramnya hari ini. Walau bagaimanapun, peminat lebih menumpukan perhatian kepada saiz punggungnya berbanding make-up terbaharunya itu.
Kredit Foto: Instagram
Peminat mempersoalkan saiz punggung Kim yang lebih kecil dalam gambar itu. Kebanyakan daripada mereka merasa tindakan Kim itu adalah hipokrit memandangkan selama ini beliau sering meraih publisiti dengan saiz punggung yang besar, lebih-lebih lagi ketika Kim menjadi muka depan bagi majalah PAPER pada tahun 2014. Ramai peminat yang menuduh Kim menggunakan photoshop.
Kredit Foto: Paper Magazine
Isu photoshop gambar sememangnya tidak asing lagi dengan Kim. Pada minggu lalu, Kim telah memuat naik sekeping gambar yang menampilkan anaknya Chicago West, dan anak Kylie Jenner, Stormi Webster. Peminat menuduh Kim telah menggunakan photoshop supaya kulit kedua anak itu yang lahir kacukan kelihatan lebih putih. Kim membela dirinya dan mengatakan beliau hanya menggunakan filter supaya gambar itu kelihatan lebih jelas dan bukan berniat untuk memutihkan kulit mereka.
Kredit Foto: Instagram
Oleh kerana sering dituduh menggunakan photoshop, sumber Hollywood Lite menyatakan Kim kini sering tertekan dan ragu-ragu untuk memuat naik sebarang gambar kerana takut dicerca peminatnya. Kim dikatakan mengadu kepada suaminya, penyanyi rap Kanye West tetapi Kanye memujuknya dan mengatakan Kim adalah wanita paling sempurna pada pandangan matanya.
Foto: Google
Nampaknya, susah menjadi seorang Kim Kardashian - punggung kecil atau besar tetap menjadi kontroversi! -CARI |