Bersepah-sepah gambar bogel artis tanah air tersebar. Kebanyakan artis memilih untuk mengunci mulut selain ramai juga yang menafikannya.
Baru-baru ini Roslan Shah pula yang menjadi mangsa namun pengacara ini tampil berani mengaku yang foto berkenaan memang dirinya.
Kredit foto: IG Roslan Shah
Dia juga bertindak memuat naik gambar tersebut di Instagram dan mendakwa ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba mengaibkan dirinya.
Jelasnya, gambar tersebut sebenarnya dirakam tahun lepas oleh seorang rakannya semasa dia keluar dari bilik mandi untuk mengambil tuala yang berada di atas katil.
"Ia sebenarnya video yang dirakam oleh seorang rakan saya yang ingin bergurau selepas saya keluar dari bilik air ingin ambil tuala di atas katil.
"Saya minta dia padam video itu dan dia memberitahu sudah memadamnya namun tak sangka pula dia masih menyimpan sehingga tersebar," katanya kepada mStar Online.
Roslan juga mendakwa rakannya yang berasal dari Singapura itu juga menyebarkan video tersebut kepada pihak musuh dengan tujuan mengaibkannya.
"Kawan saya ini berkawan dengan 'musuh' saya dan saya dapat tahu dia sudah berikan video itu kepada musuh-musuh saya.
"Tertekan dan rasa teraniaya itu memang ada kerana perbuatan itu boleh merosakkan karier saya, dengki tidak habis-habis.
"Saya tidak tahu apa salah saya tetapi saya pilih untuk maafkan sahaja dan akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan selepas ini." -CARI
|