CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HOTlips

Sifat 20 - perlukah dipelajari? (merged: always_typo)

[Copy link]
Post time 24-6-2004 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by Marr at 23-6-2004 03:07 PM:


a'kum semua...

fuyoooo.... aza!  ko bior betui!  antara 'memperlajarinya dan tak salah juga kalau tak memperlajarinya', mane ko dapat pendapat cam tu?  

sifat Allah tak terhingga banyakny ...


waalaikumusalam
assalamualaikum saudara/i MArr....

mungkin saudara/i salah faham dengan apa yang saya maksudkan. sebenarnya saya tidak berani meletakkan hukum kepada persoalan tersebut sebab saya sedar sapa saya ni. apa yang saya cuba sampaikan ialah selagi ianya dikata ilmu tidak salah sekiranya kita mempelajarinya. bukannya meletakkan hukum WAJIB,SUNAT MAKHRUH pada ilmu tersebut.

maafkan saya sekiranya saya nak katakan ini, bukan niat saya nak bergaduh dengan saudara/i. bagaimana saudara/i boleh meletakkan jaminan bahawa orang yg tidak mempelajari sifat 20 ini tidak akan masuk syurga. jika allah berkehendak hambanya masuk syurga  ia tetap akan masuk. Jangan kita ingat setelah kita mempelajari ilmu agama yang cukup jaminan syurga bagi kita. Allah sahaja yang maha mengetahui.

saya minta maaflah kalau saudara/i terasa dengan kenyataan saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2004 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by papancatur at 23-6-2004 09:38 PM:
tajuk yang menarik tapi sayang tiada kupasan yang menarik.
tiada bijak pandai kah disini??
Sila huraikan apa itu tauhid?
Apa kaitan sifat 20 dengan tauhid?


Ini yang aku copy paste kan…buleh le kot
1. Ilmu Tauhid
Suatu ilmu yang mempelajari tentang Ke-Esaan Tuhan, menuntut ilmu ini adalah Fardu 'ain terhad (terbatas) pada mengetahui sekedar sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan harus (Ja'iz) pada Allah dan Rasul-Nya, hingga ia mempunyai kepercayaan yang jazam (yakin) tiada syak, waham atau zon terhadap Allah dan Rasulnya. Lebih dari hal yang demikian pada ilmu ini adalah Fardu Kifayah.

Nak tambah sikit
Apakah fardhu ain terbatas..iaitu jatuh hukum wajib ke atas semua org islam mengetahui ttg sifat2 allah dan rasullullah secara ringkas yakni tidak perlu secara details. Apakah yang dikatakan sifat allah secara ringkas yg wajib diketahui.. ulama2 terdahulu telah menyenaraikan 20 sifat.

Mengapa ulama serta org2 tua terdahulu mementingkan sifat 20. Kerana ajaran ulama melayu terdahulu kebykannya beraliran tarikat naqsyabandi dan sepertimana mana2 ajaran tarekat, mengenal allah merupakan intipati. Sbb tu kalu kita tengok org melayu amat pentingkan sifat 20 berbanding bangsa lain..sbb pembawaan oleh ulama2 terdahulu

Mengapa ulama sekarang meninggalkan sifat 20. Terdapat kecenderungan ulama2 muda yg bukan keluaran pondok untuk menjauhkan diri dari ajaran dan amalan tarekat. Ajaran yg dibawa lebih ringkas dan mudah difahami berbanding yg terdahulu. Ulama2 skrg juga byk yg dtg dr ipt luar negara dimana mrk didedahkan dgn pendapat yg lain. Namun begitu, kedua2 ajaran ini bukanlah sesat lagi menyesatkan.

Sifat 20 wajib berdasarkan hadis diatas iaitu kewajipan utk mengenal allah. camna nak mengenal allah, adalah melalui sifat2nya.. sifat2 allah byk adakah wajib diketahui semua..tidak.. yg wajib seperti yg disimpulkan oleh ulama terdahulu adalah setakat 7 + 13

Sifat 20 tidak wajib adalah kerana sifat 20 tidak diajar secara langsung oleh rasulullah. menurut ibn taimiah..sifat 20 adalah bidaah spt yg diterangkan oleh jukebox

So terpulang kepada sedara/sedari nak ikut yg mana satu.. kalu tanya lepasan pondok wajib, kalu tanya lepasan azhar tak kut.. wallahualam

buleh sesapa komen pendapat saya

[ Last edited by jinakji on 24-6-2004 at 12:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2004 02:21 PM | Show all posts
secara basics lebih kurang saya setuju dengan apa yang jinakji katakan....

Dan ada kena mengena dengan apa yang jinakji katakan dan soalan saya pada semua

satu soalan untuk semua........apakah yang ada pada diri semua orang tak kira orang islam atau tidak yang datangnya dari Allah secara direct?


Sebab takda sapa nak cuba bagi jawapan, so saya bagilah.....Roh yang ditiup oleh Allah swt tatkala cukup 4 bulan kita didalam kandungan ibu kita. Bila roh itu sendiri datangnya dari pencipta kita, maka dialah (diri) yang lebih mengenali Tuhan dari badan serta akal kita.

Inilah yang dikatakan oleh ramai dalam perjalanan mereka untuk mengenali Tuhan, iaitu dengan mengenali diri sendiri dahulu.

Cara-cara mengenali diri itu....wallah waalam
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2004 05:55 PM | Show all posts
Sekejap lagi pertikaian bagi mempelajarai sifat 20 boleh membawa kita kearah perpecahan & menyumbang beberapa 'fatwa' yg musykil ff:


Persoalan utama

Mengapa boleh kita boleh membaca sejarah buku setebal 100 mukasurat walhal prinsip sifat 20 yg boleh dingat sekadar satu muka surat ? :no:


Persoalan kedua

Ada 2 jenis manusia;
Yg hendak belajar adalah yg mahu mengenal tuhan
Yg takndak belajar sememangnya tak perlukan tuhan
Mana nak letak diri anda ?

:devil: :lebai:

[ Last edited by H猷L鰃頧 on 24-6-2004 at 05:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2004 05:58 PM | Show all posts
sangat setuju dengan jukebox,

mengenal diri secara tidak langsung boleh membawa kita kearah mengenal tuhan
Reply

Use magic Report

gateway^ This user has been deleted
Post time 24-6-2004 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by H猷L鰃頧 at 24-6-2004 05:58 PM:
sangat setuju dengan jukebox,

mengenal diri secara tidak langsung boleh membawa kita kearah mengenal tuhan


Allah S.W.T telah berfirman dalam satu hadis kudsi :

"man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu".............
barangsiapa yang mengenal dirinya, maka kenallah Tuhannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2004 06:20 PM | Show all posts
>>>Mengapa boleh kita boleh membaca sejarah buku setebal 100 mukasurat walhal prinsip sifat 20 yg boleh dingat sekadar satu muka surat ?

Ingat dengan paham tak sama. Kengkadang mende satu perenggan boleh menyebabkan orang berfikir berbulan, malah bertahun...

>>>"Yg takndak belajar sememangnya tak perlukan tuhan"

Ini kesimpulan sendiri, kan?

>>> mengenal diri secara tidak langsung boleh membawa kita kearah mengenal tuhan

Setuju gak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2004 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 2004-6-24 09:47 AM:
maafkan saya sekiranya saya nak katakan ini, bukan niat saya nak bergaduh dengan saudara/i. bagaimana saudara/i boleh meletakkan jaminan bahawa orang yg tidak mempelajari sifat 20 ini tidak akan masuk syurga. jika allah berkehendak hambanya masuk syurga  ia tetap akan masuk. Jangan kita ingat setelah kita mempelajari ilmu agama yang cukup jaminan syurga bagi kita. Allah sahaja yang maha mengetahui.

saya minta maaflah kalau saudara/i terasa dengan kenyataan saya.


w'salam dear...

hehehee...  sikit pun saya tak terasa.  bahkan, saya dah dapat agak persoalan 'syurga' ini akan dipertikaikan oleh anda [psssttt... dgn izin Allah detik hati ini berkata2 mengenainya..].  bukan senang nak masuk syurga aza oooiiii...  

ilmu sifat 20, bukan sebarang ilmu dear.  bukan senang nak belajar dan bukan senang nak paham!  camne saya kata, tak leh bau syurga ialah...  'tidak sah iman seseorang, jika tiada tahu akan dia, NAFI dan ISBAT..'.  orang solat kita solat, orang pose kita pose, orang gi haji kita gi haji, dll...  tapi iman tak sah!  berat weiiii.  lum masuk bab dua kalimah syahadat lagi.  jangan jadi 'Islam keturunan'.  sebab itu kita perlu berilmu, perlu kenal Tuhan melalui sifat2Nya.   

rata2 dalam dunia ni, ada tak agama lain yang secara terang2 suruh kenal Sifat Tuhan mereka sebagaimana Agama Islam...?  kalu aza punya kerajaan sendiri akan aza letakkan rakyat yang langsung tak mahu mengenal ketuanya (aza ler tu, contoh jek...) ke dalam tempat yang mulia/istana yg umpama syurga ke?  tanya dan jawab sendiri.. ok. :hmm:




p/s,
sorry ler, kalu saya tersimpang dari persoalan sebenar.  hehehee....   tabik hormat kat kengkawan kat atas nun yang menjawab ala2 sufi... adanya! :ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2004 09:43 PM | Show all posts

persoalannya...

ingat sifat 20 ni utk masuk syurga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2004 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by Agul at 2004-6-24 09:43 PM:
ingat sifat 20 ni utk masuk syurga ke?


a'kum dear...

tak lari darinya.  
jika tiada usaha, maka tiadalah terlepas orang itu drpd siksa neraka.  



Firman Allah Taala di dalam hadis Qudsi :

"Sesungguhnya manusia itu rahsiaKu dan Akulah yang menjadi rahsianya.  Dan rahsia itu sifatKu dan sifatKu itu tiada lain, Akulah jua".

Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2004 07:18 AM | Show all posts
tul tu, tak kenal maka tak cinta... get to know Him thru sifat2 dia, sifat mustahil and maksud nama2 dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2004 10:06 AM | Show all posts
setakat membaca sahaja tak kemana, bergurulah pada yang benar dalam perjalanan untuk mengenal apa yang dicari dan yang nak dikenali

[ Last edited by Jukebox on 26-6-2004 at 10:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2004 12:03 PM | Show all posts
Jadi tak ada niat lainlah ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2004 12:20 PM | Show all posts
Terima kasih kp yg memberi pendapat.
Tuan jukebox, ur brief explanation really helpfull. Before I can jump into a conclusion, I've further questions to ask...
1. Kurang jelas dgn statement ni...   sebelum dia meninggalkan fahaman berkenaan dan kembali berpegang teguh kepada dalil naqli. Lagi 13 itu dicukupkan oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi yang berpegang kepada dalil aqli.  Setahu saya, ASWJ berpegang kpd kedua2 dalil aqli dan naqli. Correct me if   i'm wrong.
2. Adakah salah jika berpegang kpd dalil aqli?

setuju dgn Tuan marquez.. Menghafal <> belajar. In fact sifat 20 ni ada dlm syllabus Aqidah Tahun 1 di sekolah agama anak saya. Dan mereka kena hafal utk jawab exam.

Forumners, spt yg dikatakan oleh Jukebox, sifat 20 dipertikaikan oleh ramai ulamak ASWJ sendiri. Jadi kalau kita berbincang di sini, berbincanglah secara ilmiah. Saya pun ingin mengetahuinya. Jgn emotional.

Beberapa persoalan lagi:
Adakah benar tanda kita nak kenal Allah, kenali diri kita??? Teringat kata seorang classmate di uni duluuju .... "I just believe in myself"
Apakah dia dah terlalu kenal diri dia atau belum kenal diri dia lagi sebenarnya?
Kalau benar pernyataan di atas, bagaimana nak kenali diri kita?

Apakah dgn mempelajari, memahami sifat 20 sebagai jaminan utk kita kenal Allah?
Saya secara peribadi kurang setuju ngan pandangan bapa nak kenal Allah, kena kenal sifat 20 dulu Bagaimana pulak para Rasul dan sahabat mengenali Allah? Tak de pulak sifat 20 masa tu... Dan pandangan saya juga sifat 20 = tauhid tetapi tauhid tak semestinya sifat 20.

Apakah pula tanda kita kenal Allah?

[ Last edited by HOTlips on 26-6-2004 at 12:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2004 12:59 PM | Show all posts
Mengenai sifat 20 itu Hotlips, saya tak berani nak bagi komen kerana kedua-duanya Imam dalam ASWJ itu cukup besar sumbangan mereka dalam asas ASWJ. Itu sebab saya kata saya tak mengiyakan atau menidakkan cuma ada yang berpegang kepada mengenali diri dahulu sebelum memahami untuk mengenali penciptanya.

Dan bila sentuh bab mengenal diri ini, cukup berat dan kompleks topiknya dan tak sesuai di forum kerana ianya lebih kepada kerohanian dari jasmani. Cuma nak saya katakan ada yang nampak 'jalan' berpandukan juga kepada sifat 20 ini.

Ternyata ianya lebih mendalam dari cuma menyebut "I just believe in myself"

Wallah waalam

[ Last edited by Jukebox on 26-6-2004 at 01:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2004 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by Agul at 2004-6-26 12:03 PM:
Jadi tak ada niat lainlah ye?


a'kum dear...

orang yang dah tahu akan simpulan iman tak akan minta apa2 dari Tuhan.  akan beribadat dia secara iklhas.  kenape nak susah2kan diri pikir syurga neraka..!!!  Hidup, yang hidup itu, untuk bekerja 'mengEsakanNya'.  bukan dok mintak setiap kerja nak dibalas dengan syurga.  itu tandanya, tak ikhlas beramal...

diri kita belum sempurna, maka cari lah kesempurnaan tersebut.  hanya dengan mengenal Tuhan, kebahagian hakiki akan dirasai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2004 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 2004-6-26 12:20 PM:
Beberapa persoalan lagi:
Adakah benar tanda kita nak kenal Allah, kenali diri kita??? Teringat kata seorang classmate di uni duluuju .... "I just believe in myself"
Apakah dia dah terlalu kenal diri dia atau belum kenal diri dia lagi sebenarnya?
Kalau benar pernyataan di atas, bagaimana nak kenali diri kita?
NAK KENAL, KENE BELAJAR, KENE PAHAM DULU PECAHAN2, MARTABAT2 & KUPASAN2 SIFAT TERSEBUT.  BILA AKAL MULA MENGENAL, INSYAALLAH...  AKAN KAMU KENAL DIRI KAMU SENDIRI.  

KEPADA ABI DARDA' R.A., NABI BERKATA : "BERTAMBAH AKALMU, MAKA BERTAMBAH DEKATLAH ENGKAU KEPADA TUHANMU.'


Apakah dgn mempelajari, memahami sifat 20 sebagai jaminan utk kita kenal Allah?
YA, "AWALUDDIN MAKRIFATULLAH - AWAL AGAMA ITU, MENGENAL ALLAH'.


Saya secara peribadi kurang setuju ngan pandangan bapa nak kenal Allah, kena kenal sifat 20 dulu
BETUL LER TU...  PERLU KENAL DENGAN SIFAT-SIFAT WAJIB, MUSTAHIL DAN HARUS PADA HAK ALLAH DAN RASULNYA...  NAPE TAK SETUJU?  


Bagaimana pulak para Rasul dan sahabat mengenali Allah?  Tak de pulak sifat 20 masa tu...
MUSTI LAH ALLAH YANG MENGAJAR RASUL...  DALAM AL-QURAN PUN ADA MENYATAKAN, BAHAWA ALLAH MENGAJAR APA YANG TIADA DIKETAHUI OLEH MANUSIA, HATTA DARI NABI ADAM LAGI..  KEMEDIAN, DARI RASUL KEPADA SAHABAT SERTA UMAT-UMATNYA.


Dan pandangan saya juga sifat 20 = tauhid tetapi tauhid tak semestinya sifat 20.
TAUHID ITU MAKSUDNYA... MENGESAKAN.  KALU TAK KENAL LAGI TAK FAHAM SIFAT ALLAH, MACAM MANE NAK MENGESAKANNYA...!


Apakah pula tanda kita kenal Allah?
TANDANYA... KENAL KITA YANG MANA QADIM DAN YANG MANA MUHADIS SERTA DAPAT MENGENAL YANG QADIM DAN MUHADIS, MAKA DAPATLAH MEMBEZAKAN DIANTARA TUHAN DENGAN HAMBANYA.


Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2004 11:17 AM | Show all posts
tumpukan pada apa yang dituntut sebagai seorang muslim
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2005 11:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2005 12:32 PM | Show all posts
Awalludin ma'rifatullah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.203054 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list