CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3539|Reply: 13

"Kalau Anak Perempuan Yang Ada Masalah Kemaluan, PM Ya"- Taktik Licik

[Copy link]
Post time 30-10-2018 12:51 PM | Show all posts |Read mode





Sudah banyak kes pedofilia yang dibongkar di media massa dan media sosial tetapi masih ramai ibu bapa yang seakan tidak mengambil kisah tentang hal ini. Ini agak membimbangkan kerana mereka yang terlibat dengan pedofilia ini bukan mudah untuk dikesan dan kadang kala mereka bijak menyembunyikan ketagihan seksual mereka kepada golongan kanak-kanak.


Seorang pengguna facebook telah memuat naik status mengenai aktiviti licik yang cuba digunakan oleh seorang pedofilia. Mungkin ramai netizen yang melihat soalan yang ditanya oleh pedofilia yang menggunakan nama Jalina Ain itu biasa-biasa sahaja tetapi rupanya ia mempunyai maksud dan kesan yang sangat bahaya kepada mereka yang memberi respon.





Ternyata, ramai netizen yang memberi respon kepada soalan yang ditanya kerana langsung tidak dapat menghidu aktiviti pedofilia tersebut. Soalan yang ditanya cukup ringkas, "Siapa ada anak girl?"





Wanita ini menyiasat pemilik facebook bernama Jalina Ain ini dan terkejut melihat apa yang dikongsi di laman facebook miliknya.  








Cover page di facebook pun dah lain macam!




Suka hati mengaku doktor!


Bagi mengelakkan dirinya dilabel sebagai seorang pedofilia, individu tersebut turut mengaku dirinya seorang doktor dan dengan rela hati ingin membantu netizen yang mempunyai anak perempuan dan mengalami masalah pada kemaluan mereka. Aktiviti terkutuk ini hanya dilakukan melalui mesej peribadi dan mereka tidak perlu berjumpa untuk mendapatkan 'konsultasi' mengenai masalah pada kemaluan anak-anak.


Ada ke istilah doktor urinelogikal? Macam tak pernah dengar je.. Agak-agaklah nak menipu sekalipun!




Ramai yang seram dengan pedofilia




Ramai netizen yang berasa takut dengan aktiviti pedofilia sebegini. Selepas ni, ibu bapa kenalah selalu beringat dan jangan terlalu ghairah bersosial apatah lagi berkongsi hal-hal peribadi termasuk tentang anak-anak dengan individu yang tidak dikenali di media sosial. Zaman sekarang, ramai orang yang sukar untuk dipercayai.





Ada masalah terus saja ke hospital atau klinik



Netizen turut marah kepada ibu bapa yang mengambil mudah tentang hal yang membabitkan masalah pada kemaluan yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Jika benar anak-anak mereka mengalami masalah sedemikian, pergilah mendapatkan rawatan dan konsultasi dengan doktor di hospital atau klinik, bukannya dengan seorang pedofilia yang menyamar sebagai doktor di laman sosial.





Ibu bapa tolonglah cerdik sikit!


Biar pun agak kasar komen netizen ini tetapi itulah hakikat sebenar ibu bapa zaman sekarang yang cetek ilmu. Mungkin bangga memiliki anak-anak perempuan dan tanpa rasa curiga, terus memberi respon kepada status pemilik facebook yang tidak dikenali.





Kalian yang sudah bergelar ibu bapa, berhati-hatilah selalu apabila menggunakan media sosial. Media sosial bukanlah medium untuk menayang segala-galanya tentang anak-anak kalian kepada satu dunia sehingga ia membuka ruang jenayah kepada mereka yang mempunyai masalah mental seperti pedophilia. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2018 01:08 PM | Show all posts
bodoh nyaaa mak2 duk saya2 tak check betul2
asal ada je iklan gigih pm
end up kena dgn pedo menyesal tak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 01:16 PM | Show all posts
that's why jangan dok buang masa mengadap fb! banyak tolol2 tak betul dalam tu. bila dah terlalu mengikut arus, otak pun dah tak boleh nak fikir secara rasional
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 01:29 PM | Show all posts
adui bodoh tul pi layan………………..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ba wau dal wau haaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 03:26 PM | Show all posts
mak2 attention seeker bodo2 alang ni mmg ramai pun. kalo kat grup penduduk tu ntah sapa2 buat contest tepek gmbr anak, pakat la ramai2 tempek siap dgn detail nama alamat segala dah tu tag sana sini sambil harapkan org puji anak dia comel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2018 03:58 PM | Show all posts
bodo2 nya . pergi la jumpa doc betul. percaya mende2 cmtu buat ape
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 05:11 PM | Show all posts
semoga mak mak diluar sana tak terpedaya dengan pakcik ni..kalau ada masalah bawak la pergi klinik/hospital yang kita memang yakin boleh percaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2018 05:38 PM | Show all posts
maka tak pelik lah kan macam mana antivaxx boleh bercambah. post macam tu pun ramai yang respond
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 09:16 PM | Show all posts
arm_band replied at 30-10-2018 05:38 PM
maka tak pelik lah kan macam mana antivaxx boleh bercambah. post macam tu pun ramai yang respond :sh ...

Patutnya sebelum kahwin kena ada jugak ujian kebodohan. Kalau bodohnya paras bahaya elok di kaunseling dulu before kahwin

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya la mak2 kt fb ni pi melayan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke doktor eja doktor as dokter. Nampak sgt l tak bodohnya. Eiii macam tu pun nak percaya. Mohon pedo ni dibaham anjing liar je tutt dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:46 PM | Show all posts
euwwww sape lah duk melayan jawab saya saya sayaaa niiiiiii

ak heran org yg duk berbangga post status like soalan : sape ade anak perempuan/lelaki 3 org bla bla bla  sila komen di bawah


kalau dpt hadiah sekalipun x ingin weh ak nk komen. motif sgt soalan mcm ni. pedo2 kat luar sana perati je noks!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
gigimukelabu replied at 30-10-2018 09:16 PM
Patutnya sebelum kahwin kena ada jugak ujian kebodohan. Kalau bodohnya paras bahaya elok di kaunse ...

Abih tu.. adat melayu kan, sekolah tak pandai suh kawin.. nah sekarang rasain!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.261204 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list