"Beliau (Najib) boleh cakap apa sahaja yang dia suka. Jika kamu mahu mempercayainya, terpulang. Perlu ada bukti cukup untuk membuktikan dakwaan itu, atau dia akan terus didakwa."
Demikian respon Tun Mahathir ketika ditanya berhubung kemasukan dana RM2.6 bilion yang didakwa diterima bekas pemimpin itu dalam akaun peribadinya adalah benar dari sumbangan kerajaan Arab Saudi.
Kredit foto: carian internet
Memetik laporan Astro Awani, tambah Perdana Menteri itu, kini Arab Saudi telah menafikan memberi derma kepada Najib dan terpulang kepada mana-mana pihak sama ada untuk mempercayai kata-kata Najib.
"Jika benar Najib tidak melakukan rasuah, beliau awal-awal lagi sudah mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang membuat dakwaan berkenaan."
Jelasnya lagi, pendakwaan ke atas Najib juga berdasarkan laporan dibuat bukan sahaja oleh media antarabangsa terlibat, malah laporan dibuat oleh agensi-agensi tempatan yang berjaya menjejaka aliran dana berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir dipetik sebagai berkata, Kerajaan Arab Saudi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima Najib.
Tun Dr Mahathir berkata apa yang penting ialah bukti dalam bentuk dokumen duit itu datang dari 1MDB ataupun Arab Saudi.- CARI
Post time 31-10-2018 08:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ntahapapantah replied at 31-10-2018 08:19 PM
Jadi berita ni palsu lah yek?
Yg ni ada video jelas. Yg menteri luar Msia cakap on behalf tu mmg kencing la. Sbb azmin pun kencing dia dah attend meeting dgn pegawai/menteri Spore pasal HSR