CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3650|Reply: 11

Fakta Menarik Tentang Malaysia

[Copy link]
Post time 31-10-2018 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Orgkgdukobesi at 31-10-2018 02:53 PM

Berikut adalah sedikit sebanyak fakta fakta menarik tentang Malaysia. Sila tambah jika anda fakta menarik tentang Malaysia untuk kita kongsikan.

1) Tanjung Piai di negeri Johor adalah titik paling selatan Benua Asia
2)Sabah adalah negeri tempat bunga terbesar didunia, iaitu Rafllesia
3) Telur serangga terbesar di Malaysia berasal dari Serangga Batang Malaysia (Malaysian Stick Insect/Heteopteryx dilitata), yang telurnya berukuran 1,3 cm, atau lebih besar daripada kacang
4) Penang Free School adalah sekolah Inggris tertua di Asia Tenggara yang didirikan oleh Rev. Sparke Hutchings pada tahun 1816
5)Daun terbesar di dunia, Alocasia macrorrhiza, berasal dari Sabah. Contoh daun yang ada pada tahun 1966 pajangnya adalah 3,02 meter dan lebarnya 1.92 meter
6) Malaysia adalah habitat bagi 14,500 spisies tanaman bunga, lebih dari 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 140 spesies ular dan 60 spesies cicak
7)Pulau Sipadan adalah  salah satu tempat aktiviti menyelam skuba (scuba diving) paling top dunia
8) Manusia Perak  atau Perak Man adalah yang tertua (sekitar 11,000 tahun) dan satu-satunya tengkorak sempurna manusia yang ditemukan di semenanjung Malaysia.
9)Gereja St. George di Pulau Pinang, yang dibina pada tahun 1818, adalah gereja Anglikan tertua di Asia Tenggara.
10) Satu-satunya tanah perkuburan orang Yahudi di Malaysia ada di Pulau Pinang,  di Jalan Zainal Abidin dengan jumlah 120 kubur.
11) Roundabout terbesar didunia terletak diPersiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya, sepanjang 3.4 kilometer
12)  Lebih dari 140 jenis bahasa di tuturkan di Malaysia termasuk dialek, slanga, bahasa campuran dan sekurang kurangnya 90 bahasa di Sabah dan Sarawak
13) Tanah Perkuburan untuk Haiwan Peliharaan Malaysia yang pertama terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih.
14) Populasi lipas terbesar di bumi terletak di Gua Gomantong di Sabah. Lipas ini hidup dengan memakan najis kelawar di gua itu.
15) Kuala Lumpur ada lah ibunegara yang paling banyak menerima panahan petir. Dianggarkan dalam setahun, Kuala Lumpur menerima 200 hari ribut petir berbanding 20 di London dan 10 di New York
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 02:38 PM | Show all posts
manusia perak tu apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
zaziot replied at 31-10-2018 02:38 PM
manusia perak tu apa

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun. [1]

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:43 PM | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 31-10-2018 02:41 PM
Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulan ...

ooooo ingatkn org perak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:58 PM | Show all posts
Kurangnya promosi mengenai tempat2 tu membuatlkan ramai yang tak tahu mengenainya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 31-10-2018 02:58 PM
Kurangnya promosi mengenai tempat2 tu membuatlkan ramai yang tak tahu mengenainya

Setuju. Kena buat banyak promosi , infrastructure , pemeliharaan dan pemuliharaan untuk tempat menarik yang kita ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2018 09:42 PM | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 31-10-2018 03:07 PM
Setuju. Kena buat banyak promosi , infrastructure , pemeliharaan dan pemuliharaan untuk tempat men ...

Tapi tapi tapi bajetnya banyak ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 10:27 PM | Show all posts

Perak Man, org dr zaman purba. Aku dah pergi sana 2 tahun lepas. Mmg menarik tempat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 07:55 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 31-10-2018 10:27 PM
Perak Man, org dr zaman purba. Aku dah pergi sana 2 tahun lepas. Mmg menarik tempat tu.

apa nama tmpt tu? dia mmg buat tmpt melancong ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 10:03 AM | Show all posts
xtau pun ade perkuburan utk pets..menarik tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2018 01:47 PM | Show all posts
zaziot replied at 1-11-2018 07:55 AM
apa nama tmpt tu? dia mmg buat tmpt melancong ke

Di Lenggong, Perak. Nak kata tempat melancong pun tak juga. Tp worth to visit. Ini tempat bersejarah dan aku rasa ramai org Msia tak gemor pergi tmpt yg bersejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2018 11:22 PM | Show all posts
wow spesis lipas terbesar!..mak seramnyeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.387887 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list