View: 2396|Reply: 15
|
Peguam Berdegil Mahu Jadi Model Di Usia Senja, Apa Puncanya?
[Copy link]
|
|
Peguam dari London, Diana D'Aloisio, 59, memutuskan untuk memulakan kerjaya baru sebagai model selepas menginjak usia emas.
Apa yang Diana cuba lakukan adalah menunjukkan kepada industri fesyen bahawa wanita berusia lebih daripada 30 tahun juga boleh berfesyen.
Memperjuangkan industri yang dikatakannya mengamalkan diskriminasi umur, Diana mahu jenama fesyen mengetahui bahawa mereka sangat rugi kerana telah kehilangan pasaran yang amat menguntungkan.
Sekarang, terdapat lebih 20 juta yang berusia 55 tahun iaitu satu pertiga daripada keseluruhan penduduk di United Kingdom. Mereka menyumbang kira-kira 47 peratus daripada semua perbelanjaan dalam UK, jadi semua jenama pakaian telah mengabaikan pelanggan yang berpotensi ini.
Foto: Metro UK
“Mereka salah kerana fikir bahawa pakaian hanya direka untuk remaja dan mereka dalam lingkungan usia 20-an. Ia seolah-olah wanita zaman saya tidak mempunyai cita rasa untuk berfesyen.
“Industri fesyen dan kecantikan meminggirkan orang yang berumur sedangkan kami telah melabur sebagai pelanggan setia selama bertahun-tahun. Saya ingin membuat perubahan bahawa umur tidak penting dalam dunia pemodelan.
"Saya mahu membuat orang merasa bahawa jika saya boleh memakai pakaian ini, begitu juga mereka,” katanya kepada Metro.co.uk.
Foto: Metro UK
Selepas ditolak pelbagai agensi pemodelan, Diana memutuskan bahawa cara terbaik adalah untuk beralih ke media sosial dan memulakan akaun Instagram di mana dia memakai pakaian kegemaran dan memberi tip kepada pengikutnya.
Sejak membuka akaun itu, dia akhirnya mendapat tawaran untuk beberapa jenama kecil, namun Diana masih belum terbuka hati untuk menjadi model jenama tersebut.
“Saya mempelawa syarikat pengeluar pakaian untuk bekerjasama dengan kami bagi mengalu-alukan wanita yang berusia. Ia sekali gus membuat kami berasa seperti dikehendaki.
"Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menggunakan model-model seusia kami dalam pengiklanan anda,” tambah Diana mengenai harapannya.
Siapa saja individu di Malaysia tidak kira sama ada dari kalangan selebriti, tokoh masyarakat mahupun orang biasa yang sudah memasuki 5 series dan masih mengancam tubuh serta gayanya? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
@noraidil_06 should u consider changing ur profession???? Owh.. tp u belum senja lah... sis bgtau jerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 31-10-2018 07:02 PM
@noraidil_06 should u consider changing ur profession???? Owh.. tp u belum senja lah... sis bgtau je ...
Hahahahah.jom bergabung meletop.
Jadi loyer pn sangap je ni |
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06 replied at 31-10-2018 07:03 PM
Hahahahah.jom bergabung meletop.
Jadi loyer pn sangap je ni
Sangap tang mana #eh |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik lah wpun dah 59 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ya pun belajar la pose ala model sikit.. Takde gaya langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik... ok.. go.. chase your dream
Kalau gemuk kepam... tu x sedar diri |
|
|
|
|
|
|
|
59 pun nampak cantik lagi..okla tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mohon agensi modeling amik la si mamasawan mak retis jadi model warga emas Malaysia..kalu x habis dicirit sume ig retis2 semata2 nak dikenali ramai yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaah tingat outfit mamasawan dia bercuti japan tuhh hahahahha
|
|
|
|
|
|
|
|
meollss lak teringat asyik melompat kat uk tu..eeewww sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahah mamasawan is gayatttt
|
|
|
|
|
|
|
|
ok la slain mamasawan mohon agensi modeling amik mamatinpaki untuk jadi model warga emas memandangkan mamatinpaki penah jadi ratu cantik dulu..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Mak2 retis blh joinlah... alang medonia.. eh sapa mak2 retis yg suka mendonia eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lbh suka warga emas ni pakai biasa2 sudah la tp kemas.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|