|
Comel, tapi mengerikan! Seorang kanak-kanak memenangi kostum Halloween terbaik tahun ini dengan memperagakan kostum menggerunkan.
Maya Hwang, 2, memakai kostum epik direka ibunya, Krystel yang menghabiskan masa selama dua hari di rumah untuk membuat kostum yang kelihatan seperti kanak-kanak itu membawa kepalanya yang dipenggal.
Foto: Metro UK
Kostum dengan gaun bermotifkan bunga itu mempunyai bukaan di bahagian dada yang membolehkan 'kepala' Maya dikeluarkan. Penyambungan di bahagian belakang pula mencipta rupa bentuk mengerikan seolah-olah kepalanya telah dipancung.
Manakala, kakak Maya, Charlie, 6, dilihat berjalan bersamanya sambil memegang sebilah pisau serta bakul kosong berbentuk labu untuk mengumpulkan hadiah trick-or-treats mereka.
Foto: Metro UK
Dengan pakaian mengerikan itu, Maya memenangi kostum terbaik dalam pertandingan di sebuah sekolah di Paraaaque City, Filipina.
Video mereka memperagakan kostum dan aksi seram di kampung halaman mereka, South Bay Village menjadi tular dan dilihat lebih 20 juta kali. Krystel yang suka mereka bentuk kostum itu amat bangga dengan rekaannya.
"Anak perempuan saya kelihatan sangat manis. Semua orang sukakan kostumnya. Rekaan tempat meletak gula-gula di bahagian atas turut menjadi perhatian. Saya menggunakan banyak pita pelekat dan kertas untuk membuat pakaian ini di mana kedua-dua anak perempuan saya juga terlibat dalam penciptaannya.
Foto: Metro UK
"Mereka menonton YouTube, dan banyak video Halloween dimuat naik sepanjang hari, jadi mereka tahu mengenainya. Saya sebenarnya mendapat idea ini daripada mereka. Anda akan terkejut kerana saya tidak mempunyai kesukaran untuk menyarungkan kostum ini kepada Maya. Dia dan kakaknya melihat saya membuatnya dan mereka tidak takut mengenainya kerana mereka tahu ia hanyalah solekan.
"Anda tahu, Halloween benar-benar menyeronokkan. Saya tidak menggalakkan anak-anak saya kepada dunia mistik, sebaliknya ini hanyalah untuk suka-suka," ujar Krystel teruja. - CARI |
|