Ketika itu, hilang arahku
Ya Allah, lindungilah aku
Dalam tahajjudku, aku mohon padaMu
Temukan aku dengan jodohku
Biarpun sudah membatalkan majlis pernikahannya, Zulin Aziz yang nekad meneruskan penggambaran muzik video Dan Ketika Itu harus berbangga kerana lagu nikahnya yang tidak menjadi itu kini trending nombor satu di saluran Youtube.
Baru sahaja melancarkan muzik video yang menyedihkan itu, ternyata ramai netizen yang menyukainya hingga menjadikan ia trending dalam masa kurang 24 jam. Zulin Aziz mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang rata-rata menyokongnya.
foto: IG
Kredit foto: ig
Zulin Aziz di laman Instagramnya menulis bahawa dia masih mampu tersenyum walaupun hati sangat remuk kerana doa-doa peminatnya menjadi penawar. Ujarnya lagu ini dibuat bukan untuk meraih keuntungan, tetapi dia sudah cukup gembira kerana ia menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.
Kredit foto: IG
Lagu dan lirik ciptaannya ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada mereka yang mengalami pengalaman serupa. Malahan Zulin bersyukur kerana Allah menolong dia menjauhkan jodoh daripada lelaki yang tidak sesuai itu sehingga mereka tidak jadi kahwin.
Walaupun lagu ini berkisarkan kekecewaan dalam percintaan, tetapi ini juga adalah cara Zulin berdakwah supaya setiap umat Islam yakin kepada percaturan yang telah ditentukan. Justeru itu, Zulin yakin Yang Maha Esa akan menolong hambanya yang meminta kepadaNya.
"Allah mendengar doa saya, kerana saya mohon temukan dengan jodoh baik, maka dia jauhkan saya dari lelaki itu. Allah melindungi saya."
Ramai pengikut Zulin terkesan dengan lirik serta muzik video yang sungguh menyayat hati ini.
Jom lihat muzik video penuh lagu ini.
Hanya orang yang pernah mengalami tragedi ini sahaja memahami kesedihan lagu ini dan yakin ia bukannya gimik melariskan lagu. Buat Zulin Aziz, semoga berjumpa jodoh yang baik satu hari nanti. - CARI |