View: 18732|Reply: 135
|
Fakta Menarik Tentang Netflix. Ramai Yang Langsung Tak Tahu Lagi Kan?
[Copy link]
|
|
Mungkin masih ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar mengenai Netflix ataupun tidak berminat untuk melanggan perkhidmatan syarikat itu. Tetapi Netflix ternyata menjadi pilihan ramai di seantero dunia terutamanya di Amerika Syarikat.
Dan perkhidmatan Netflix semakin berkembang di seluruh Asia terutamanya di negara Asia Tenggara dan ianya termasuklah di Malaysia! Jom kita baca fakta-fakta menarik mengenai Netflix di bawah!
Netflix ditubuhkan pada tahun 1997 dan melancarkan laman web sewa dan jual beli DVD pada tahun 1998. Perkhidmatan "streaming" mereka tidak diperkenalkan sehinggalah pada tahun 2007. Kononnya, mereka mendapat ilham untuk menubuhkan syarikat tersebut setelah Reed Hastings, CEO untuk syarikat Netflix, terlewat memulangkan VHS filem Apollo 13 kepada syarikat Blockbuster dan telah dikenakan caj USD40 sebagai denda.
Reed Hastings hampir menjual Netflix pada tahun 2000 kepada syarikat Blockbuster yang terlebih dahulu gah dengan perkhidmatan sewa dan jual beli video. "Kami ingin menjual 49% kepentingan dan mengambil nama Blockbuster.com. Kami akan menjadi perkhidmatan dalam talian mereka, "katanya. CEO Blockbuster pada ketika itu telah menolak tawaran tersebut hanya kerana nama Netflix terlalu "kecil" bagi mereka yang ketika itu telah pun kukuh. Siapa sangka, syarikat tersebut sekarang telah pun berkubur akibat bankrupsi manakala Netflix pula semakin mengembangkan empayar mereka? Karma!
Pada tahun 1998, Netflix masih menjalankan perniagaan menjual serta menyewa DVD. Untuk mencuba dan menawarkan pengguna sesuatu yang baru, salah seorang pengasasnya yang bersama Marc Randolph memutuskan untuk menawarkan rakaman keterangan bekas Presiden Bill Clinton tentang skandal seks beliau bersama Monica Lewinsky. Tetapi menurut buku yang berjudul Netflixed, daripada 1000 pelanggan yang hendak membeli wawancara eksklusif Clinton tersebut, beberapa ratus daripadanya menerima cakera yang mengandungi filem porno dari negera China.
Hari ini, Netflix mempunyai lebih daripada 125 juta pelanggan di seluruh dunia dan boleh didapati di lebih 190 negara! Ia telah menewaskan pelbagai rangakai kabel berbayar di seluruh dunia. Awas ya rangkaian kabel berbayar nombor 1 di Malaysia! Selagi anda tidak menurunkan harga yang melampau dan siaran drama mahupun filem yang kerap ulangkali ditayangkan, tidak mustahil syarikat anda juga bakal berkubur tidak lama lagi!
Secara purata, pengguna Netflix menonton lebih daripada 140 juta jam kandungan sehari. Manakala 8.4 juta pelanggan Netflix telah menghabiskan seluruh musim drama bersiri original terbitan mereka di dalam tempoh 24 jam selepas penyiaran rasminya di rangkaian tersebut. Wow! Penulis mengambil masa satu episod sehari untuk menonton drama bersiri Chilling Adventure of Sabrina yang juga merupakan siri "remake" untuk sitkom Sabrina The Teenage Witch yang pernah popular pada suatu masa dahulu. Banyak betul masa mereka, bukan?
Netflix tidak hanya menghasilkan filem atau drama yang popular semata-mata, mereka juga menghasilkan produk yang sangat hebat. Lima daripada 50 Rancangan TV Teratas di IMDb Sepanjang Masa dihasilkan oleh produksi Netflix! Malah, mereka juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuklah anugerah Emmy!
Adakah anda juga pelanggan Netflix seperti penulis? Apakah rancangan atau filem kegemaran anda yang dihasilkan mereka? Jom kongsi pendapat di ruangan komen di bawah! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
nyeh, mana faktanya tentang netflix nih.. artikel common jaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
iolss baru terjebak sign up Netflix, best bagi iolss. tapi kena lebihkan filem Asia. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2018 01:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Themilo replied at 7-11-2018 01:12 PM
nyeh, mana faktanya tentang netflix nih.. artikel common jaaa..
Fakta la nyehhh. Cuma ikut perenggan hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2018 01:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lorra2411 replied at 7-11-2018 01:39 PM
iolss baru terjebak sign up Netflix, best bagi iolss. tapi kena lebihkan filem Asia.
Filem Malaysia yg latest Puang uolssss |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal lah sebulan. Tak mampu i yang sengkek ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ambik yang trial sebulankah chuols?
|
|
|
|
|
|
|
|
khenzzz... dah kena tax sok, berapa la agaknya rega untuk 1 device..
|
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 7-11-2018 01:59 PM
ambik yang trial sebulankah chuols?
Sudah expired buk. Sigh. |
|
|
|
|
|
|
|
meols hanya mampu download jaa series & film-film dari netflix ni kat group di telegram. pastu, transfer ke pendrive & cucuk kat tv.
free.
cc @Mary_jane |
|
|
|
|
|
|
|
layan la netflix ni sebelum tido |
|
|
|
|
|
|
|
tengah layan Luther
rabak mata hari2 bangun lambat dah |
|
|
|
|
|
|
|
apa group telegram tersebut?? boleh la nk join
|
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 7-11-2018 01:57 PM
Mahal lah sebulan. Tak mampu i yang sengkek ni.
amikla iflix..sapluh hinggit jer sbln. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg prefer Netflix sbb byk gila choice. Best. Cuma bengang sikit sbb bila kita tgk 2-3 cerita yg genre yg sama, Netflix mcm dah customize home page dgn cerita yg lebih kurang sama. I punya suggestions totally different dgn account suami. Kalau tak pegi search and cari cerita yg ada kat suggestions suami saya tu, sometimes mmg kita tak tau cerita tu wujud kat Netflix. |
|
|
|
|
|
|
|
nak banyak filem asia langgan Iflix
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 7-11-2018 02:35 PM
amikla iflix..sapluh hinggit jer sbln.
Iflix dah ada sis. Tapi ya kebosanan jua, sebab banyak movie lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2018 03:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Mary_jane replied at 7-11-2018 01:57 PM
Mahal lah sebulan. Tak mampu i yang sengkek ni.
Murah la chuols. Iols subs rm51 je yg ade ultra hd tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo: meols hanya mampu download jaa series & film-film dari netflix ni kat group di telegram. pastu, transfer ke pendrive & cucuk kat tv. free. cc @ma ...
Apa nama group?{:hero |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2018 03:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Themilo replied at 7-11-2018 01:59 PM
khenzzz... dah kena tax sok, berapa la agaknya rega untuk 1 device..
Ioks byr 51 je tiap2 bulan, stakat ni xde plak caj tambhan and so on. |
|
|
|
|
|
|
| |
|