Sejak dari dulu Gerik begitu terkenal dengan coretan kisahnya yang tersendiri. Bahkan pekan kecil ini cukup dikenali dalam kalangan pengunjung yang pernah sampai ke Royal Belum, Tasik Banding kerana pekan ini begitu menghampiri dengan hutan simpan kesukaan ramai ini. Namun di sebalik semua ini, wujud kisah Aduka si gajah yang begitu disayangi ramai. Malah setelah pemergiaan gajah Aduka, warga Gerik begitu terkesan dan berasa kehilangan dengan pemergiaan haiwan yang dikategorikan sebagai habitat yang perlu anda berjaga-jaga sekiranya bertemu dengannya
Sekitar 80-an, gajah bernama Aduka begitu terkenal dalam kalangan penduduk Gerik dan juga pengguna jalan raya Gerik- Jeli. Menurut cerita, Aduka ditemui ketika sedang berkeliaran di dalam Hutan Belum. Pada asalnya Aduka diperlihara oleh orang kampung untuk kegunaan penduduk di situ. Namun disebabkan empangan yang akan dibina, mereka terpaksa berpindah. Keadaan ini menyebabkan Aduka terpaksa ditinggalkan dan terbiar begitu sahaja.
Aduka dikatakan begitu menggerunkan kerana mempunyai saiz yang begitu besar seakan-akan melebihi tinggi sebuah rumah. Walaupun begitu, Aduka cukup jinak dan bijak dan mempunyai penjaga yang merupakan salah seorang anggota sentri yang bertugas di Unit Kawalan Kawasan (UKK) iaitu individu yang ditugaskan menjaga kawasan Empangan Temenggor selama 24 jam setiap hari kerana empangan tersebut sangat penting dan berhampiran dengan garisan sempadan negara Thailand.
Kebijaksanaan dan kesetiaan Aduka dalam melindungi manusia juga menjadi kebarangkalian haiwan ini amat disayangi oleh penduduk setempat. Aduka dikatakan akan bertindak ganas kepada gajah-gajah liar lain yang cuba menceroboh kawasan jagaannya kerana ingin menghalang gajah -gajah yang lain menakutkan pengguna jalan Gerik-Jeli . Kegiatan gajah liar ini sudah sedia maklum. Ia gemar baring di atas jalan untuk memanaskan badan.
Aduka menggunakan kelebihan fizikal badannya yang besar, gadingnya yang tajam dan putih, untuk menghalau gajah liar dari hutan yang mengganggu. Malah ia juga dikatakan berjaya membuat gajah-gajah liar yang lain mengikuti perintahnya. Untuk pengetahuan anda juga, Aduka seekor gajah yang dilepaskan ke hutan dan ia akan meronda di sekitar kawasan miliknya. Dalam dalam tempoh dua ke tiga minggu sekali, Aduka akan pulang ke Kem Sentri untuk diberi makan dengan makanan kegemarannya. Antara makanan kegemaran Aduka adalah roti, bijiran, nasi putih yang dicampurkan dengan pisang yang masak dan banyak lagi .
Menurut cerita lagi, ada kalanya Aduka sendiri yang akan menghalang laluan pengguna jalan raya. Dikatakan Aduka cuba memberi petunjuk kepada pengguna bahawa terdapat bahaya di hadapan. Misalnya terdapat kumpulan gajah liar yang melintas, atau bahaya lain yang hanya mampu dikesan haiwan ini. Pernah terjadi satu kejadian, di mana Aduka tidak membenarkan sebuah trak Jabatan Bekalan Air (JBA) yang baru sahaja pulang dari Empangan Temenggor. Mereka yang terhalang menunggu dengan sabar hampir 5 jam. Setelah Aduka bangun dan berlalu di situ, mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai di suatu tempat yang tidak jauh dari lokasi mereka ditahan oleh Aduka, tiba-tiba mereka terkejut melihat keadaan pokok-pokok di kiri dan kanan jalan yang teruk dirempuh gajah-gajah liar.
Secara tidak langsung, Aduka dikatakan sebagai penyelamat kepada pekerja-pekerja JBA tersebut.
Bahkan pelbagai kisah Aduka menyelamat manusia menjadi buah cerita . Salah satunya, petikan artikel dari Sinar Harian,
Sejak Aduka dikenali dan terkenal, ia sering dilihat oleh penduduk tempatan apabila ia dibawa ke lapangan terbang oleh pihak tentera. Kehadiran Aduka di sana tidak menggerunkan sedikit pun hati penduduk tempatan kerana sudah terbiasa dengan Aduka yang dikatakan jinak ini. Lantas pemergian Aduka juga telah membuatkan ramai yang bersedih terutamanya buat mereka yang pernah melihat Aduka dan mendekatinya. Akhirnya pada tahun 1991, berlaku pergaduhan antara Aduka dengan seekor gajah ekor kudung. Kesan daripada pergaduhan itu, Aduka jatuh sakit dan kesihatannya semakin merosot sehingga tiada apa yang boleh dilakukan lagi untuk menyelamatkannya. Keadaannya yang sudah parah menyebabkan pihak penghilitan terpaksa mematikan Aduka.
Replika Tanduk Rusa yang digunakan hingga kini. Imej dari internet
Setelah pemergian Aduka , replika gajah digunakan sebagai maskot sebelum "Merdeka" . Namun dikatakan tidak berkenaan dengan Aduka. Kini, replika gajah sudah digantikan dengan replika tanduk rusa.
INFO TAMBAHAN
Aduka seekor gajah berusia lebih 60 tahun dengan ketinggian melebihi 3 meter. Ia juga dikatakan gajah yang terbesar di dunia.
Imej dari internet
Ada yang pernah terjumpa dengan habitat ini sepanjang lalu di Lebuh Raya Pantai Timur, Gerik-Jeli? Masyarakat setempat berpendapat, jika anda lalu di kawasan ini, ada baiknya anda sentiasa lebih berhati-hati dan menjaga pertuturan anda. Jangan sesekali bercakap ingin berjumpa dengan haiwan liar ini, kerana ia boleh mendengar apa yang anda bicarakan. Kemudiannya, sekiranya terserempak dengan haiwan liar ini di pinggir jalan atau tengah jalan , JANGAN PANIK. Perlahankan /berhentikan kenderaan buat seketika dan beri laluan kepadanya terlebih dahulu. AWAS! Jangan berani bermain dengan HON. - CARI
|