CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3499|Reply: 11

ceritakan kat anak2 korang kisah hero2 melayu

[Copy link]
Post time 10-11-2018 12:27 AM | Show all posts |Read mode


...jgn sampai dorang tak tahu melayu ramai hero. biar dorang bangga jadi melayu. insyallah dah besar nanti, dorang jadi hero bangsa melayu.


Mana Hilangnya Pendekar Melayu?



Sepanjang dua tiga hari ini, aku menghabiskan masa menonton drama bersiri pendekar berjudul Keris Hitam Bersepuh Emas. Kisah Bitara (lakonan Eman Manan) mahu menyempurnakan amanat gurunya iaitu Pendeta Arif. Selain itu, rakan-rakannya seperti Sang Guna, Agam, dan Hang Perkasa serta Sali dan Jempol mengembara untuk menewaskan musuh utama, Adi Jaya.

Selain itu, terdapat konflik politik seperti Pendekar Saga dan Adi Jaya, seorang Jawa yang berkomplot dengan Peringgi (aka Portugis) dalam usaha menawan daerah yang dipimpin Datuk Malela.

Walaupun cerita ini jelas adalah untuk mempromosi rokok Perilly’s (hitam emas adalah warna jenama rokok tersebut), tetapi siri drama ini adalah drama persilatan Melayu yang setakat ini paling diingati ramai orang yang pernah menempuh zaman 1990an.

Lalu aku terfikir, mana perginya semua cerita pendekar Melayu zaman sekarang ni?



Mitologi, adalah cerita dongeng yang membentuk ketamadunan sesuatu bangsa. Seperti cerita-cerita samurai di Jepun, atau cerita kung fu dan cerita seperti Journey To The West oleh China. Di UK mereka ada Robin Hood, dan mitologi Greek seperti Zeus.

Antara mitologi yang paling lama bertahan di dunia setakat yang kita tahu ialah mitologi Hammurabi yang menceritakan ketamadunan di Mesopotamia.

Dan bagaimana pula dengan mitologi kontemporari seperti Superman, Batman, Spiderman, Ironman, Star Wars, atau Harry Potter? Atau Game of Thrones?

Semua ini membentuk ketamadunan bangsa melalui penceritaan atau satu idea yang menggambarkan visi bangsa tersebut.

Malangnya, kita orang Melayu tidak lagi mahu melihat orang Melayu menjadi ‘hero’ pada bangsa sendiri, lalu mencari mitologi bangsa lain sebagai satu usaha mencari identiti diri.


Menurut ahli falsafah Swiss, Carl Jung, berkata, mitologi adalah satu cara melalui psikologi, untuk mengekspresi cita-cita sesuatu masyarakat. Alan Dundes, pengkaji mitologi dunia dari University of Berkeley berkata, mitologi adalah naratif suci yang menceritakan tentang bagaimana dunia dan masyarakat berevolusi hingga menjadi masyarakat hari ini.

Kita lihat saja betapa pentingnya mitologi untuk bangsa Jepun, bangsa yang cipta jamban yang bukan sahaja boleh cebok bontot kita secara automatik, tetapi jamban mereka begitu canggih sampai ada muzik, ada boleh pilih pancutan laju atau perlahan.

Bangsa yang macam tu punya maju pun, masih mementingkan mitologi ceritanya melalui siri kartun animenya seperti Naruto atau One Punch Man.

Bahkan dalam usaha menaikkan semangat kaum kulit hitam di Amerika, filem Black Panther dihasilkan dan berjaya mengutip hingga berbilion dolar, tetapi perkara lebih utama, sebagai naratif kepada semangat Black Lives Matter mereka.

Jadi, di mana cerita kita sebagai orang Melayu? Takkan kita nak ulang lagi cerita Hang Tuah dan Hang Jebat? Dan saya percaya ramai manusia Melayu hanya tahu perkelahian Tuah dan Jebat sambil menganggap Kasturi, Lekir dan Lekiu sekadar pak pacak yang sekadar memeriahkan suasana. Buat ramai je.

Cerita lain seperti Laksamana Bentan, Si Bongkok Tanjung Puteri, dan Raja Bersiung makin dilupakan remaja Melayu dan digantikan dengan mitologi bangsa lain seperti Naruto atau Deadpool.

Cerita-cerita kita hanyalah cerita yang bersifat anak datuk yang bercinta dengan perempuan ini tetapi perempuan lagi satu cuba berebut dan mak mentua tak suka awek anak datuk.

Dengan alasan, “market”. Mana awak tau itu je “market” yang ada sedangkan ramai lagi orang menghabiskan duit menonton setiap mitologi Marvel atau Disney atau beli DVD Naruto sampai beratus episod?

Sudah sampai penerbit filem atau drama mula sedar yang mitologi adalah satu pembinaan bangsa. Kalau Jepun yang boleh reka jamban ada muzik tu pun pentingkan mitologi, takkan kita tak boleh? Takkan kalau kita kata kita nak cerita mitologi, pemikiran kita mundur?

Sebab kita tiada mitologi yang baru untuk bangsa kita, Melayu sendiri memperlekehkan Melayu. Kita jadi takut bila seseorang membahan bangsa Melayu, kita jadi takut untuk pertahankan kerana kita tiada idea, tiada mitologi, tiada sesuatu yang berdiri dalam jiwa kita.

Kita hanya membiarkan sahaja orang lain bahkan kaum kita sendiri mentertawakan budaya bangsa. Sampai bila nak macam ni?

Dulu aku dan seorang kawan pernah nak usahakan diri untuk menulis sebuah novel mitologi, malangnya aku gagal kerana tiada inspirasi dari cerita bangsa sendiri.

Setiap cerita adalah inspirasi daripada cerita yang lain. Macam mana aku nak tulis sebuah cerita epik mitologi Melayu, kalau apa yang aku ada cuma Game of Thrones dan Fong Sai Yuk, yang takde kaitan dengan mitologi Melayu?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2018 12:36 AM | Show all posts
Kisah Tiga Perang: Bangsa Melayu Melawan Penjajah


Orang-orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yang pernah diterajui mereka. Kedatangan penjajah Barat bermula kurun ke 16 telah secara perlahan menghakis kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu ini sehingga akhirnya seluruh Dunia Melayu terjajah.

Walaupun ditindas dan dijajah beratus tahun lamanya, sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu mempunyai semangat kebangsaan dan jati diri yang tinggi untuk menentang penjajah. Artikel ini memberi fokus kepada antara tiga peperangan menentang penjajahan yang terbesar di dalam sejarah Nusantara iaitu Perang Kedah-Siam (di Tanah Melayu), Perang Kastilla (di Borneo) dan Perang Gowa (di Sulawesi).


PERANG KEDAH-SIAM

Perang Kedah-Siam meletus sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II pada kurun ke 19. Armada Siam pada waktu itu belayar ke Kuala Kedah dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi menghadapi serangan tentera Burma yang sedang memerangi Siam. Orang-orang Kedah tidak mengetahui tujuan sebenar lawatan tersebut dan menyambut kedatangan armada Siam itu dengan meriah.



Sesudah berlabuh di Kedah, tentera Siam melancarkan serangan mengejut yang seterusnya melumpuhkan Kedah. Seramai 1000 rakyat Kedah telah dijadikan tawanan perang dan dihantar sebagai buruh paksa ke Bangkok. Sultan Kedah terpaksa berundur ke Prai sebelum melarikan diri ke Pulau Pinang dan diberikan perlindungan oleh kerajaan negeri-negeri Selat yang ditadbir British. Kedah telah secara rasmi dijadikan jajahan takluk Siam pada tahun 1821 dan menerima pentadbiran secara langsung dari Bangkok.


Penjajahan ini meletuskan beberapa siri gerakan pembebasan anjuran bangsawan-bangsawan Kedah. Serangan pertama dilancarkan pada tahun 1826 tetapi berjaya dipatahkan Siam dengan bantuan British. Tengku Kudin melancarkan serangan lagi pada tahun 1831 dan berjaya mengalahkan Siam. Namun kemenangan ini tidak kekal dan pasukan Tengku Kudin terpaksa berundur apabila Siam melakukan serang balas dan mengambil semula kota Kuala Kedah.


Walaupun mengalami kekalahan yang berpanjangan dan sekatan daripada pihak British yang bersekongkol dengan Siam, ini tidak langsung mematahkan semangat juang Melayu Kedah. Pada tahun 1839, setelah menyusun strategi peperangan yang mantap, angkatan Kedah menyerang balas dan berhasil mengusir Siam dari Kedah dan seterusnya membebaskan Pattani serta Songkhla dari penguasaan Siam. Kekalahan yang memalukan ini telah menconteng arang di wajah pemerintah Siam dan satu angkatan peperangan yang besar dengan persenjataan moden dan dibantu pihak British telah dikerahkan ke Kedah. Akhirnya, Kedah telah jatuh ke tangan Siam dan ditukar namanya kepada Syburi.


Sultan Ahmad Tajuddin yang tidak rela negerinya mengalami nasib yang sama seperti Pattani yang telah dihapus kesultanannya, telah mencuba memperbaiki hubungannya dengan Raja Siam melalui beberapa siri perbincangan diplomatik. Pada tahun 1842, takhta Sultan Kedah telah dikembalikan oleh Raja Siam kepada baginda Sultan Kedah dan kesultanan Kedah kekal sehingga hari ini sebagai sebuah institusi kesultanan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Catatan sejarah ini menunjukkan orang-orang Melayu Kedah mempunyai semangat juang yang sangat tinggi. Jika pihak Siam tidak dibantu oleh British, berkemungkinan besar Siam tidak dengan sesenang itu dapat menjarah bumi Kedah yang berdaulat. Perjuangan menentang penjajahan ini telah dipandang tinggi oleh seorang pegawai tentera laut British, Kapten Sherard Osborn yang menyatakan:


Seperti anjing, orang-orang tempatan di pesisir Semenanjung India menjilat tangan yang mendera mereka; tetapi tidak untuk orang Melayu; dan kita orang-orang Inggeris harus menjadi bangsa yang pertama memberi penghormatan kepada sebuah bangsa yang tidak sewenang-wenangnya tunduk kepada penjajahan dan penindasan’.



Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mona or whatever ur name is.
Ni x semasa sgt.
I move eh ke thread cinta n emosi.
Selamat mencemar duli ke bod plh best dlm dunia
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah
Emosi aangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 10-11-2018 12:51 AM
Hahahah
Emosi aangat ni


Skrg ni x leh move thread suke2 kt bod org lain. Moderator x bg.
So akk move ke bod akk jaga. Settle.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 10-11-2018 02:58 AM
Skrg ni x leh move thread suke2 kt bod org lain. Moderator x bg.
So akk move ke bod akk jaga. S ...

Hahaha
Bertabahlah lava
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2018 10:41 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 10-11-2018 12:40 AM
Mona or whatever ur name is.
Ni x semasa sgt.
I move eh ke thread cinta n emosi.

nak move kat bod lawak pon bleh. momod sana da bg green lite nak humban
tred2 lawak gini.
mungkin bleh dpt markah sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 10-11-2018 10:41 AM
nak move kat bod lawak pon bleh. momod sana da bg green lite nak humban
tred2 lawak gini.
mung ...

Eh thread ilmu ni.
Bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2018 12:21 PM | Show all posts
best ke citer pahlawan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 10-11-2018 12:40 AM
Mona or whatever ur name is.
Ni x semasa sgt.
I move eh ke thread cinta n emosi.

emosi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 10-11-2018 12:40 AM
Mona or whatever ur name is.
Ni x semasa sgt.
I move eh ke thread cinta n emosi.

emosi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita sejarah harus dibaca dgn penuh emosi.
Supaya kita dpt menghayati.
Kemudian membina jati diri.
Menyemarakkan nasionalisme.
Lantas gagah mempertahankan negara.
Mampoo?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.253452 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list