View: 14475|Reply: 46
|
Persediaan Awal Sebelum Bersara
[Copy link]
|
|
Edited by easicircle at 5-12-2018 12:22 PM
Kurangnya kesedaran tentang persediaan kewangan awal sebelum bersara berkemungkinan besar akan mengakibatkan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi selepas bersara.
Rata-rata individu tidak mementingkan untuk memulakan simpanan awal sebelum menjangkau usia persaraan. Menjadikan faktor usia yang masih muda dan terlalu awal untuk mula menyimpan secara tidak langsung menjadi punca sumber kewangan semasa bersara tidak mencukupi.
Statistik daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan hanya 18 peratus ahli yang mencapai sasaran minimum yang ditetapkan KWSP, iaitu sebanyak RM228,000 pada usia 55 tahun.
Dengan andaian jangka hayat rakyat Malaysia seseorang itu memerlukan sumber kewangan yang mencukupi sekurang-kurangnya 20 tahun selepas persaraan demi menampung kos sara hidup.
Manakala, menjelang 2035 pula jumlah penduduk berusia lebih daripada 65 orang akan menjadi 15 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan. Perangkaan ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang meningkat dewasa dan bakal mencapai status negara tua. Hal ini, amat membimbangkan sekiranya masih ramai individu tidak lakukan persediaan awal demi menjamin kewangan kukuh semasa bersara.
Kebanyakan individu hanya bergantung harap pada Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan persaraan mereka. Walaupun, statistik sehingga 2015 menunjukkan bahawa lebih daripada 68 peratus ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.
Bersedia untuk bersara beerti mempunyai ada jaminan kewangan. Maka adalah penting untuk seseorang individu mencari alternatif lain seperti mencarumkan diri dengan Skim Persaraan Swasta (PRS) sebagai persediaan sebelum bersara. Mulakan simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji setiap bulan secara konsisten hingga sampai ke tempoh persaraan.
Simpanan tambahan melalui PRS sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan jumlah simpanan persaraan anda sebanyak 33 peratus setelah ditambah dengan caruman KWSP anda dan majikan. Masih belum terlambat untuk anda membuat persediaan awal bersara. Mulakan simpanan anda sekarang untuk masa depan yang lebih cerah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Den ado pencen nanti.....insyallah kalo cukup TTP - Tempoh Tamat Perkhidmatan |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk penjawat awam bertuah kerana mempunyai pencen tetap setiap bulan. Namun jika ingin jadikan skim persaraan swasta sebagai simpanan tambahan juga tiada masalah. Demi menjamin kewangan persaraan yang kukuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya akan ke kuala lumpur minta sedekah.. orang kuala lumpur pemurah.. |
|
|
|
|
|
|
|
pencen pencen juga.. minta sedekah pun masyukk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang meminta.
|
|
|
|
|
|
|
|
This is good |
|
|
|
|
|
|
|
dubuk replied at 13-11-2018 05:46 AM
saya akan ke kuala lumpur minta sedekah.. orang kuala lumpur pemurah..
uishhh tangan yg memberi lebih baik dari yg meminta like TT mentioned |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks a lot.
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai lah pengemis yang kena tangkap... |
|
|
|
|
|
|
|
What do you mean by that?
|
|
|
|
|
|
|
|
Wang EPF yang direinvest utk tambah income seperti masukkan sebahagian simpanan EPF ke ASB, Tabung haji.
- Persiapkan ilmu asas perniagaan seperti berniaga makanan atau produk dari runah yg tak perlukan modak yg besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur dah 40-an ni, hutang makin langsai... lepas ni nak menabung pula utk hari tua... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for your opinion dan saya sangat setuju dengan cadangan tersebut kerana kebanyakan mereka menggunakan kesemua wang epf hanya dalam tempoh beberapa tahun selepas bersara. Tidak tahu bagaimana menguruskan kewangan dengan betul adalah puncannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah by 40 jika dah mampu melangsaikan segala hutang. Semoga berjaya menabung untuk hari tua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sy bercadang simpan duit EPF dlm ASB&TH. cuma gunakan dividen&hibah..kena berjimat sebaik mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dengan cadangan tersebut. Namun sukar untuk beri kesedaran kewangan kepada para pesara kerana kebanyakan mereka menghabiskan duit KWSP dalam tempoh yang singkat. Menurut laporan KWSP menyatakan bahawa 50% pesara menghabiskan semua wang simpanan mereka dalam jangka masa 5 tahun setelah bersara.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lagi 14 tahun nak pencen. Sekejap Je masa berlalu |
|
|
|
|
|
|
|
easicircle replied at 3-6-2019 11:51 AM
Setuju dengan cadangan tersebut. Namun sukar untuk beri kesedaran kewangan kepada para pesara kera ...
Nak mendisiplinkan diri tu yg payah..dah duit dlm tangan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|