View: 2495|Reply: 8
|
“Dia cantik luaran dan dalaman, langsung tak sebut tentang tanda lahir itu...”
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Keunikan rupa paras gadis ini menjadi perhatian warga Twitter selepas terpilih menjadi wajah bagi jenama produk solekan tempatan.
Kisah gadis ini yang memiliki tanda lahir di bahagian dahinya menjadi tular selepas seorang jurusolek memuat naik gambarnya di akaun Twitternya @najilaalala pada Ahad.
Rata-rata netizen kagum dengan wajahnya yang diibaratkan seperti watak kartun fiksyen, Tinkerbell.
Pelayar Twitter, Aini Razali berkata: "Dia sangat cantik! Macam Tinkerbell."
Sementara itu @Najibajas pula menyifatkan kejelitaan gadis tersebut sebagai sukar digambarkan dengan kata-kata.
Jurusolek yang memuat naik posting berkenaan, Nazira Abidin, 31, berkata, dia amat bertuah kerana berpeluang menatarias wajah Syamimi Afrina yang disifatkannya lain daripada yang lain.
"Saya bertuah kerana orang lain (jurusolek) dapat model biasa yang tiada cacat cela dan tiada kekurangan yang perlu disembunyikan.
"Tapi dengan Mimi (Syamimi Afrina), saya dapat model yang ada tanda lahir di muka dan memiliki masalah jerawat.
"Cabaran yang sukar adalah bagaimana saya nak jadikan wajah dia 'stand out' (menyerlah) supaya bila orang tengok dia, orang tidak fokus kepada tanda lahir, tapi kecantikan semula jadi yang ada pada dia," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Nazira yang merupakan seorang jurutera mekanikal sepenuh masa di Ayer Keroh, Melaka menambah, karakter gadis tersebut yang mesra dan berkeyakinan tinggi sepanjang sesi solekan selama satu jam 15 minit itu membuatkan dirinya kelihatan bertambah cantik.
"Dia tiada perasaan 'insecurity' (tidak yakin diri) langsung, sangat peramah dan tidak pernah sekali pun dia menyebut tentang tanda lahir itu.
"Dia juga seorang sangat tenang dan disenangi ketika saya solek wajah dia," ujarnya yang sudah bergelar jurusolek sambilan sejak lapan tahun lalu.
Kata ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia lebih gemar mengenakan solekan untuk menyerlahkan kecantikan sebenar seseorang itu dan bukannya mengubah orang berkenaan menjadi orang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Over nau memujinye mua tu pongggg. |
|
|
|
|
|
|
|
Rainrein replied at 13-11-2018 02:47 PM
Over nau memujinye mua tu pongggg.
Nak sedapkan ati maybe.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang nye manis..tapi tu la..birth mak dia tu...takleh buang eh. |
|
|
|
|
|
|
|
ayy shes pretty apa
tapi mua pun sikit2 dah la puji nya |
|
|
|
|
|
|
|
memula ingatkan inner tudung.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|